Komuniti Nelayan
Skim Nelayan Sejahtera (i-Nelayan)
Modal untuk nelayan sepenuh masa — enjin, alat menangkap ikan dan keperluan operasi di laut.
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
Pembiayaan mikro bersubsidi, latihan dan sokongan untuk nelayan serta usahawan perikanan Sabah — dari tangkapan laut hingga pemasaran. Semak kelayakan anda dalam beberapa minit.
YBhg. Datuk Hj. Yusof Hj. Ag Besar
Pengurus Besar Ko-Nelayan
Ternak ikan sendiri di rumah — sumber protein segar & pendapatan sampingan untuk setiap isi rumah di Sabah.
Aktiviti, hebahan dan pengumuman terkini Ko-Nelayan.
KO-NELAYAN Sandakan menyertai AquAgro Fiesta 2026 di Politeknik Sandakan (Booth No.16) selama 2 hari, menampilkan pelbagai produk Ko-Nelayan dan usahawan tempatan serta Jualan Rahmah pada harga berpatutan.
SelanjutnyaKO-NELAYAN menyertai pameran Sabah Agro Expo SAEX 2026 di SICC dari 21 hingga 23 Ogos 2026, jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam — cari booth Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) untuk bertemu kami di sana.
SelanjutnyaKO-NELAYAN menyertai Pameran Jelajah Jiwa SME 2026 di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, turut diserikan Majlis Perasmian serta lawatan gerai oleh YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri I MAFFI — mengetengahkan produk KO-Nelayan dan usahawan tempatan Sabah.
SelanjutnyaAhli Lembaga Pengarah KO-NELAYAN mengetuai rombongan seramai 20 orang pegawai dalam lawatan rasmi ke kilang baharu Rosmie Snack Industry Sdn. Bhd. (Bikmie) bagi meninjau kemudahan, infrastruktur dan operasi pengeluaran produk tempatan Sabah.
SelanjutnyaAhli Lembaga Pengarah KO-NELAYAN mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Ko-Nelayan Wilayah Tawau bagi meninjau pengurusan, kemudahan dan perkhidmatan wilayah kepada komuniti nelayan setempat, di samping bertukar pandangan bersama kakitangan wilayah mengenai cabaran dan keperluan semasa.
SelanjutnyaProgram Jelajah Kebun Dapur Kota Marudu menampilkan penyampaian Bantuan Kebajikan kepada lima peserta bimbingan Ko-Nelayan yang ditimpa bencana alam oleh YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri MAFFI, selain demonstrasi produk hiliran (Bebola Lekor Berinti Keju & Sambal, Mi Ikan Bersayur) dan pertandingan Teka & Menang.
SelanjutnyaYB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), mengadakan lawatan kerja ke projek-projek KO-NELAYAN di Taman Mini Akuakultur, Kg. Laya-Laya, Tuaran, termasuk Pusat Asuhan Benih Ikan Marin (SENTS), Pusat Infrastruktur Pengumpulan Ikan, Kolam Pancing, Hab Usahawan serta Pusat Penternakan Ikan Marin di Kg. Trayong.
SelanjutnyaMajlis Sanjungan Budi bagi meraikan mantan Setiausaha Tetap MAFFI, Datuk Jumain Abdul Ghani, diadakan di Pusat Penternakan Ikan Marin KO-NELAYAN, Trayong, Tuaran, sekali gus mengalu-alukan Datuk Ts. Hj. Jifrin Hj. Mohamad sebagai Setiausaha Tetap MAFFI yang baharu, dengan kehadiran YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri MAFFI.
SelanjutnyaPengurusan Tertinggi dan seluruh warga KO-NELAYAN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Ts. Hj. Jifrin bin Hj. Mohamad atas pelantikan sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
SelanjutnyaLawatan YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, ke ruang pameran KO-NELAYAN sempena Road To MAHA Labuan 2026, turut diiringi YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri MAFFI Sabah, dan Tuan Awg. Dzulkernain Awg. Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap I MAFFI.
SelanjutnyaKO-NELAYAN hadir di ROAD TO MAHA LABUAN 2026, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, 23 hingga 26 Julai 2026, dengan jualan produk Usahawan Ko-Nelayan & Hiliran KO-NELAYAN — jom bawa keluarga dan rakan-rakan!
SelanjutnyaKO-NELAYAN mengalu-alukan kehadiran rombongan YB Dato' Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, ke ibu pejabat KO-NELAYAN sempena lawatan kerja beliau ke Sabah, turut meninjau projek e-SMART bersama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
SelanjutnyaKO-NELAYAN Sabah menyertai Borneo International Halal Showcase (BIHAS) 2026 di bawah Pavilion Negeri Sabah anjuran MINDET Sabah di Kuching Waterfront, Kuching, Sarawak, sebagai platform strategik memperkukuh kerjasama dan ekosistem halal global.
SelanjutnyaLawatan Yang Berhormat Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) ke booth Ko-Nelayan sempena Program Jelajah Kebun Dapur Melalap, Tenom di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Melalap, Tenom.
SelanjutnyaLawatan kerja Ko-Nelayan ke Borneo Eco Fish Farm, Batang Ai, Lubok Antu, Sarawak di bawah projek IPR-INTAN Kementerian Ekonomi, atas jemputan Bahagian Pertanian Kementerian Ekonomi Putrajaya bersama pegawai ECERDC, NCIA dan RECODA.
SelanjutnyaPenyertaan Ko-Nelayan dalam Program Outreach Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan peringkat Daerah Pitas 2026, anjuran Pejabat Daerah Pitas bersama YB ADUN N.3 Pitas, memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat peranan agensi untuk kepentingan komuniti nelayan.
SelanjutnyaKO-NELAYAN menyertai 2nd. Mega Halal Bangkok 2026 di bawah Pavilion Negeri Sabah anjuran MINDET Sabah bagi memperluas jaringan pasaran dan memperkukuh potensi eksport produk perikanan dan halal, di Queen Sirikit Convention Centre, Bangkok, Thailand.
SelanjutnyaKATC menerima kunjungan hormat daripada rombongan Insight Trace Sdn. Bhd. yang diketuai oleh En. Loh Yit Hong bersama pelabur dari China bagi meneroka peluang kerjasama pembangunan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di Sabah.
SelanjutnyaDapatkan hebahan terkini mengenai program pembiayaan, aktiviti komuniti nelayan, dan inisiatif pembangunan industri perikanan Sabah — terus dari saluran rasmi kami.