Dasar Privasi
Kerajaan Negeri Sabah menghormati sepenuhnya privasi anda semasa mengguna laman web ini. Bahagian ini menerangkan polisi privasi laman web ini dan juga perlindungan maklumat bagi setiap pengguna kami.
1. Maklumat yang Dikumpul
Kerajaan Negeri Sabah tidak akan mengumpul apa-apa maklumat peribadi pengguna laman web ini kecuali maklumat yang diberi oleh pengguna melalui e-mel, pendaftaran online dan juga sebarang borang online.
2. Maklumat yang Diguna
Sekiranya pengguna memilih untuk mengguna laman web ini, dan juga mereka dikehendaki membekal maklumat peribadi mereka, maklumat tersebut mungkin akan diguna oleh jabatan dan agensi Kerajaan yang lain, hanya sekiranya ia diperlukan. Sebagai contoh apabila pengguna menghantar pertanyaan mereka secara online dan ia perlu dimajukan kepada jabatan lain yang berkaitan untuk diselesaikan, maka maklumat tersebut akan dikongsi dengan jabatan/agensi yang berkaitan. Tujuan utama perkongsian maklumat tersebut ialah untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dengan cara yang paling efisien dan efektif.
3. Cookies
Laman Web Kerajaan Elektronik Sabah mengguna cookies untuk mengenalpasti pengguna yang kembali melawat laman web tersebut. Cookies tidak akan merekod sebarang maklumat di komputer pengguna dan juga tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi atau sulit di dalamnya. Walau bagaimanapun, pengguna boleh mengubah pelayar web mereka dengan menolak penerimaan cookies atau membuang cookies daripada komputer mereka.
4. Pautan Pihak Ketiga
Laman Web Kerajaan Elektronik Sabah mempunyai pautan ke laman web Kerajaan dan badan bukan Kerajaan yang lain. Polisi Privasi ini hanya dipraktikkan bagi pengumpulan maklumat di Laman Web Kerajaan Elektronik Sabah ini. Pengguna perlulah sedar bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman web yang lain. Pengguna adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami pernyataan privasi bagi setiap laman web yang mereka layari.
5. Penggunaan Pembantu AI (Chatbot)
Laman web ini menyediakan Pembantu Maklumat Ko-Nelayan, sebuah pembantu AI yang menjawab soalan pengguna berkaitan program, inisiatif, dan perkhidmatan Ko-Nelayan. Penggunaan pembantu ini adalah bersifat sukarela, dan pengguna boleh memilih untuk tidak menggunakannya.
5.1 Maklumat yang Diproses: Hanya teks soalan yang ditaip oleh pengguna diproses. Tiada maklumat akaun atau data peribadi dikumpul secara automatik. Pengguna tidak digalakkan untuk berkongsi maklumat peribadi sensitif (nombor kad pengenalan, alamat penuh, nombor telefon peribadi) di dalam ruang chat.
5.2 Penapisan Maklumat Peribadi: Sistem secara automatik mengesan dan menyembunyikan corak maklumat peribadi (contoh: nombor kad pengenalan, nombor telefon Malaysia, alamat e-mel) sebelum soalan dihantar kepada penyedia perkhidmatan AI.
5.3 Penyedia Perkhidmatan AI: Pembantu ini disokong oleh teknologi AI dari Anthropic PBC (Amerika Syarikat) melalui Cloudflare Workers. Soalan pengguna (selepas penapisan) dihantar ke server Anthropic untuk diproses. Pengguna yang tidak bersetuju dengan pemindahan data ini boleh memilih untuk tidak menggunakan pembantu chat.
5.4 Penyimpanan Log: Untuk tujuan analitik, penambahbaikan perkhidmatan dan audit keselamatan, perkara berikut direkodkan secara anonim:
- Soalan yang ditaip pengguna dan jawapan Nelia
- Pengecam sesi rawak (anonymous session ID — bukan IP, bukan identifier peribadi)
- URL halaman tempat chat berlaku
- Cap masa
Log disimpan dalam Google Sheet admin dalaman Ko-Nelayan. Pengguna tidak digalakkan berkongsi maklumat peribadi dalam soalan chat (rujuk 5.1). Tempoh penyimpanan log: bergantung kepada keperluan operasi Ko-Nelayan; log lama akan dipadam secara berkala.
5.5 Hak Pengguna: Pengguna berhak (a) menolak penggunaan pembantu AI, (b) menarik balik persetujuan pada bila-bila masa dengan tidak meneruskan penggunaan, (c) memohon penjelasan tentang pemprosesan data dengan menghubungi pegawai bertanggungjawab.
5.6 Had Tanggungjawab: Jawapan yang diberikan oleh pembantu AI adalah berdasarkan pangkalan maklumat rasmi Ko-Nelayan yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, untuk pengesahan rasmi terutamanya berkaitan permohonan, syarat kelayakan, atau jumlah bantuan, pengguna WAJIB merujuk kepada pegawai bertanggungjawab. Ko-Nelayan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat kebergantungan eksklusif kepada jawapan pembantu AI.
5.7 Pegawai Bertanggungjawab: Pertanyaan tentang penggunaan pembantu AI, hak data, atau permohonan untuk akses/pemadaman log boleh dikemukakan kepada Bahagian Perancangan dan Penilaian Strategik (PSS) Ko-Nelayan melalui maklumat hubungan di halaman Direktori.
6. Pindaan Polisi
Kerajaan Negeri Sabah berhak meminda pernyataan Polisi Privasi pada bila-bila masa. Sebarang pindaan akan dikemaskini di laman web ini untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai perlindungan privasi yang terdapat di laman web ini.
Pertanyaan mengenai Polisi Privasi
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Polisi Perlindungan Privasi, sila e-mel :
Email: webmaster@sabah.gov.my