Pembangunan Usahawan
Jom sertai kami
Skim Peneraju Usahawan Perikanan (i-USAHAWAN)
1. Objektif
- Meningkatkan pendapatan usahawan dengan menaiktaraf perusahaan yang bersaiz mikro kepada perusahaan yang berskala besar dan berdaya maju.
- Mengalakkan penglibatan siswazah menyertai perusahaan dalam bidang perikanan
- Meningkatkan produktiviti pengeluaran produk makanan tempatan yang berkualiti dan selamat.
2. Kumpulan Sasar
- Peserta i-NELAYAN, i-HILIRAN dan i-AKUAKULTUR telah mencapai pendapatan M40.
- Siswazah yang telah menceburi bidang perikanan dan telah mencapai pendapatan M40.
- Siswazah yang telah berjaya mengikuti kursus keusahawanan Akuasis di KATC. Keutamaan akan diberi kepada siswazah yang mempunyai pengkhususan dalam bidang perikanan atau akuakultur.
3. Pakej Skim
- Modal Pusingan
- Peralatan
- Naiktaraf Premis Perusahaan
- Pemerkasaan Jenama dan Rekabentuk Pembungkusan Produk
- Latihan keusahawanan
4. Tempoh bayaran balik
- 60 Bulan


