Frequently Asked Questions

1 - BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGEMUKAKAN ADUAN ATAU MAKLUM BALAS YANG BERKAITAN DENGAN KO-NELAYAN:
Sebarang Aduan Atau Maklum Balas Boleh Dikemukakan Kepada:

Pengurus Besar
Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)
Aras 4, Blok A, Wisma Pertanian Sabah
Jalan Tasik
88994 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 088-294301
No. Faks: 088-233076
Atau:
Sistem i-Adu Kerajaan Negeri Sabah

1 - APAKAH KEMUDAHAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH KO-NELAYAN?
Antara kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh KoNelayan adalah seperti;
i. Skim Pembiayaan Ko-Nelayan (i-Nelayan, i-Hiliran, i-Akuakultur, i-Usahawan)
ii. Kemudahan lnfrastruktur
iii. Projek Ketam Lestari
iv. i-Jeti

2 - APAKAH SYARAT UNTUK MEMOHON SKIM PEMBIAYAAN KO-NELAYAN?
Syarat permohonan bagi Skim Pembiayaan adalah seperti di pautan berikut: Program Peningkatan Pendapatan Nelayan

3 - BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN DAN DI MANA SAYA BOLEH MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN TERSEBUT?
- Borang permohonan boleh didapati di pejabat Ko-Nelayan berhampiran atau boleh dimuat turun di laman web Ko-Nelayan.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar di mana mana pejabat Ko-Nelayan yang berhampiran.

4 - SIAPA YANG PERLU SAYA HUBUNGI UNTUK PERTANYAAN LEBIH LANJUT MENGENAI SKIM PEMBIAYAAN KO-NELAYAN?
- Sebarang pertanyaan anda boleh menghubung pegawai lokasi Klik Sini.

1 - SIAPAKAH YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI PEMBORONG SKIM DIESEL BERSUBSIDI NELAYAN DI NEGERI SABAH?
Ko-Nelayan telah dilantik sebagai Pemborong Tunggal Skim Diesel Bersubsidi Nelayan di negeri Sabah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Harga dan Bekalan Diesel.

2 - SIAPAKAH YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI PEMBEKAL SKIM DIESEL BERSUBSIDI NELAYAN DI NEGERI SABAH?
Pembekal bagi Skim Diesel Bersubsidi Nelayan yang telah dilantik di negeri Sabah ialah Syarikat Shell Timur Sdn Bhd, Petronas Dagangan Berhad dan Petron Oil (M) Sdn Bhd melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Harga dan Bekalan Diesel.

3 - SIAPAKAH YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI PERUNCIT SKIM DIESEL BERSUBSIDI NELAYAN DI NEGERI SABAH?
Peruncit Diesel Bersubsidi Nelayan yang telah dilantik di Malaysia adalah Persatuan Nelayan Kabinet Mengenai Harga dan Bekalan Diesel.

4 - DI MANAKAH TEMPAT JETI ATAU PUSAT JUALAN DIESEL BERSUBSIDI DI NEGERI SABAH?
- Berikut adalah tempat Jeti atau Pusat Jualan Diesel Bersubsidi di Negeri Sabah:-
TEMPAT PERSATUAN
Depoh Kota Kinabalu i. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Kinabalu
ii. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kudat
iii. Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH)
Depoh Sandakan i. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan
Depoh Tawau i. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tawau
ii. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semporna
iii. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kunak
iv. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lahad Datu
5 - APAKAH PANDUAN PENGAGIHAN KUOTA DI SETIAP PUSAT JUALAN DIESEL BERSUBSIDI DI NEGERI SABAH?
Pengagihan kuota Diesel Bersubsidi Nelayan di negeri Sabah adalah berpandukan kepada Sijil Kuota Kelulusan Depot Di Bawah Skim Subsidi Diesel Nelayan dan Sijil Kelulusan Kuota Pusat Jualan Diesel Bersubsidi Nelayan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM) melalui kelulusan daripada Mesyuarat lnduk Jawatankuasa Diesel Bersubsidi Nelayan.

6 - APAKAH SYARAT UTAMA UNTUK MEMBUKA JETI SEKIRANYA MENJALANKAN AKTIVITI SEBAGAI PUSAT JUALAN DIESEL BERSUBSIDI NELAYAN DAN SIAPAKAH LAYAK UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN?
Syarat utama adalah membuat permohonan dan seterusnya mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM) dan yang layak membuat permohonan adalah hanya Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang telah dilantik sebagai Peruncit Diesel Bersubsidi Nelayan.

1 - APAKAH KEMUDAHAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH KO-NELAYAN?
- KO-NELAYAN menyediakan Kompleks Perikanan bagi membantu memudahkan aktiviti harian nelayan setempat. Antara kemudahan yang disediakan di kompleks perikanan adalah pusat pendaratan hasil tangkapan, pemunggahan hasil, penyimpanan bilik sejuk, bekalan air batu serta bekalan minyak diesel. Kompleks perikanan juga menyediakan kemudahan kawasan dan ruang niaga bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat nelayan setempat.
- Bantuan infrastruktur melalui skim i-JETI juga antara kemudahan yang diberikan secara percuma oleh Ko-Nelayan kepada kampung nelayan yang menepati syarat dan sesuai.

2 - DIMANAKAH LOKASI KOMPLEKS PERIKANAN KO-NELAYAN?
Pada ketika ini, Ko-Nelayan mempunyai 2 buah Kompleks dan 6 Mini Kompleks Perikanan yang menyediakan infrastruktur sokongan kepada aktiviti komuniti nelayan setempat.
Berikut adalah senarai Kompleks dan Mini Kompleks:
KOMPLEKS LOKASI KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
KOMPLEKS PERIKANAN Kudat - Jeti pendaratan ikan
- Bekalan ais blok
- Bekalan diesel
- Kilang pemprosesan produk hiliran
- Ruang niaga
Lahad Datu - Jeti pendaratan ikan
- Bekalan ais blok
- Bekalan diesel
- Ruang niaga
MINI KOMPLEKS PERIKANAN Sipitang - Bekalan ais blok
- Ais tiub
Beluran - Jeti pendaratan
- Bekalan ais blok
- Bekalan diesel
Papar - Penyimpanan bilik sejuk
- Ruang Niaga
Keningau - Penyimpanan bilik sejuk
- Tapak Niaga
Kota Marudu - Ruang Niaga
Tambisan, Lahad Datu - Jeti pendaratan
- Ruang Niaga
3 - CARA MEMOHON RUANG NIAGA DI KOMPLEKS KO-NELAYAN?
- Permohonan boleh dibuat melalui pejabat Ko-Nelayan di daerah yang berdekatan dengan melengkapkan senarai semak borang "permohonan sewaan premis Ko-Nelayan"

4 - BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON SKIM BANTUAN I-JETI?
- Permohonan boleh dipohon melalui pejabat Ko-Nelayan di daerah yang berdekatan dengan melengkapkan borang PK(O).KONEL.JT.03(L 1) "Borang Permohonan Program Bantuan Pembangunan Asas Perkampungan Nelayan" 5 - APAKAH SYARAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN I-JETI?
- Surat permohonan daripada Pengerusi JPKK atau Ketua Kampung yang dilantik secara rasmi oleh Kerajaan layak mendapatkan Borang Permohonan PK(O).KONEL.JT.03(L 1)
- Keutamaan Program adalah mensasarkan perkampungan nelayan pesisir Pantai. Bilangan nelayan tidak kurang 10 orang dan/ atau bilangan perahu tidak kurang 10 buah.
- Tapak yang dicadangkan tidak ter1etak di dalam kawasan pemilikan individua tau Syarikat atau kawasan larangan Kerajaan.
- Binaan yang dicadangkan adalah tidak melanggar peraturan-peraturan Kerajaan yang berkuatkuasa.