MENGENAI KAMI
VISI
Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan komuniti nelayan dan pembangunan industri perikanan.
MISI
Meningkatkan taraf hidup komuniti nelayan dan kesejahteraaan negeri melalui amalan perikanan yang lestari.
Hebahan Integriti
Hebahan / Aktiviti
Apa yang sedang berlangsung ;
Pengumuman / Hebahan
Ruangan ini menyediakan maklumat seperti aktiviti, hebahan dan pengumuman yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat umum di Malaysia khususnya Negeri Sabah.
Aktiviti Terkini
SALAM NUZUL AL-QURAN
7 Mac 2026
Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.
Semoga peristiwa turunnya Al-Quran menjadi inspirasi kepada kita untuk terus memperkukuhkan iman, memperbanyakkan amalan serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam setiap langkah kehidupan.
Selamat memperingati Nuzul Al-Quran.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI BEAUFORT
6 Mac 2026
Satu majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Pejabat UPPM DUN Lumadan melibatkan sumbangan sebanyak 150 pek beras daripada KO-NELAYAN untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Beaufort.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil KO-NELAYAN, Puan Nurazima Kamaruddin, selaku Pengurus Wilayah Pedalaman KO-NELAYAN. Penyerahan sumbangan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas akibat bencana tersebut.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil PPM Lumadan, Tuan Diuslin Augustine, yang menerima sumbangan berkenaan bagi tujuan pengagihan kepada penduduk yang terjejas.
Diharapkan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu serta memberi sedikit kelegaan kepada mangsa banjir di kawasan terlibat.
SABAH MAJU JAYA
#konelayan #sabahmajujaya
Aktiviti Terkini
SESI SEMAKAN BORANG PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CRM) BAHAGIAN 4 - 5
4 Mac 2026
Sesi semakan Borang Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) Bahagian 3 hingga 5 telah diadakan dengan jayanya
pada 03 Mac 2026 (Selasa), bertempat di Bilik Mesyuarat BIGoNS, Blok A, Tingkat 8, Menara Kinabalu.
SABAH MAJU JAYA
#konelayan
Aktiviti Terkini
VIDEO MAJLIS APRESIASI KO-NELAYAN 2026
27 Februari 2026
Malam ini bukan sekadar majlisโฆ
Ini adalah malam untuk kita raikan usaha, penat lelah dan kejayaan bersama!
Terima kasih semua ahli dan pasukan KO Nelayan yang sentiasa komited dari laut hingga ke darat.
Kita terus maju, kita terus berjaya! ๐ช
#ApresiasiKONelayan #RezekiLaut #KitaSatuPasukan
Tekan link untuk lihat video rakaman:
Aktiviti Terkini
MAJLIS APRESIASI KO-NELAYAN 2026
27 Februari 2026
Malam Apresiasi Ko-Nelayan 2026 yang berlangsung di Grand Ballroom, Level 7, Mariott Hotel Kota Kinabalu pada 13 Februari 2026
#konelayan #nelayan #sabah #majlisapresiasi #2026 #mariott
Aktiviti Terkini
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PEJ. KO-NELAYAN WILAYAH PEDALAMAN
26 Februari 2026
Aktiviti Terkini
NOTIS WAKTU OPERASI KOLAM PANCING KO-NELAYAN
19 Februari 2026
Aktiviti Terkini
PENGAMBILAN BARU SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA - TAHAP 2
19 Februari 2026
๐ฐ PENGAMBILAN BARU 2026
Program Latihan Kemahiran - Akademi Dalam Industri (ADi) Bidang Akuakultur Marin Kini Dibuka Bagi Pengambilan *BULAN MARCH* Tahun 2026.
๐PROGRAM YANG DI TAWARKAN
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA - TAHAP 2
A032-002-02:2017(OPERASI AKUAKULTUR MARIN) - (PROGRAM PENUH) - SIJIL PC
๐ TEMPOH LATIHAN
7 Bulan Sahaja
๐KELEBIHAN PROGRAM
๐๏ธSijil SKM yang di perakuan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK)
๐๏ธElaun RM500 sebulan
๐๏ธPeluang pekerjaan di berikan dalam industri yang sama
๐ SESI TEMUDUGA
Tarikh : 24 FEB 2026
Masa : 8.00am-3.00pm
Tempat : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN ,Tuaran
Kod Pakaian : Formal
Sila Bawa Bersama Resume & Sijil Akademik Yang Berkaitan.
๐Untuk Sebarang Pertanyaan Lanjut Boleh Hubungi :
Pengurus Unit Akademik/Pegawai Penyelaras ADi
๐ BAGI CALON YANG BERMINAT , SILA ISI - LINK PENDAFTARAN SESI TEMUDUGA BERIKUT ๐
BORANG PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN SKM-ADI 2026
Sekian,Terima Kasih.
Aktiviti Terkini
PENGAMBILAN BARU SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA - TAHAP 3
19 Februari 2026
๐ฐ PENGAMBILAN BARU 2026
Program Latihan Kemahiran - Akademi Dalam Industri (ADi) Bidang Akuakultur Marin Kini Dibuka Bagi Pengambilan *BULAN MARCH* Tahun 2026.
๐PROGRAM YANG DI TAWARKAN
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA - TAHAP 3
A032-002-03:2017(PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN) - (PROGRAM MODULAR) - SIJIL PC
๐ TEMPOH LATIHAN
3 Bulan Sahaja
๐KELEBIHAN PROGRAM
๐๏ธSijil SKM yang di perakuan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK)
๐๏ธElaun RM500 sebulan
๐๏ธPeluang pekerjaan di berikan dalam industri yang sama
๐ SESI TEMUDUGA
Tarikh : 24 FEB 2026
Masa : 8.00am-3.00pm
Tempat : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN ,Tuaran
Kod Pakaian : Formal
Sila Bawa Bersama Resume & Sijil Akademik Yang Berkaitan.
๐Untuk Sebarang Pertanyaan Lanjut Boleh Hubungi :
Pengurus Unit Akademik/Pegawai Penyelaras ADi
๐ BAGI CALON YANG BERMINAT , SILA ISI - LINK PENDAFTARAN SESI TEMUDUGA BERIKUT ๐
BORANG PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN SKM-ADI 2026
Sekian,Terima Kasih.
Aktiviti Terkini
JUALAN MEGA DAPUR RAMADAN 2026
19 Februari 2026
Inilah masa yang dinantiโฆ
Kempen khas Ramadan yang menghimpunkan pelbagai pilihan produk Dapur Ramadan untuk memudahkan persiapan anda sepanjang bulan penuh keberkatan ini.
Melalui platform e-Kan, kami membawa pengalaman membeli-belah yang lebih mudah, lebih jimat dan lebih bermakna โ sambil menyokong usahawan tempatan seluruh Malaysia ๐ฒ๐พ
๐ฅ PROMOSI EKSKLUSIF RAMADAN
๐ FREE SHIPPING ke Semenanjung, Sabah, Sarawak & W.P. Labuan
๐
Kempen berlangsung dari 19 Februari hingga 30 April 2026
Kini semuanya di hujung jari โ pilih, beli dan tunggu penghantaran terus ke pintu rumah anda.
Ramadan bukan sekadar juadah di meja, tetapi tentang berkongsi rezeki dan menyokong komuniti usahawan tempatan. Mari jadikan Ramadan tahun ini lebih mudah, lebih bermakna dan lebih berkat bersama e-Kan.
๐ Mulakan pembelian anda sekarang!
๐ Eksklusif di https://ekan.com.my/ sekarang!
#konelayansabah
#JualanMegaDapurRamadan2026
#eKan
#SokongUsahawanTempatan
#RamadanBerkat
Aktiviti Terkini
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK
19 Februari 2026
๐ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H ๐
Pihak Ko-Nelayan ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada warga kerja, ahli-ahli serta pelanggan yang dihormati.
Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan kepada kita semua. Mudah-mudahan setiap amalan dan usaha yang dilaksanakan sepanjang bulan mulia ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama menghayati Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadah, memupuk nilai kesabaran serta memperkukuh ukhuwah sesama kita.
Ramadan Kareem.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan kakitangan Ko-Nelayan
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026
16 Februari 2026
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikan.
Semoga tahun yang baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kemakmuran serta kejayaan yang berpanjangan.
Semoga perayaan ini mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita.
Tulus Ikhlas Daripada :
Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
MAJLIS PERASMIAN JELAJAH KEBUN DAPUR 2026
16 Februari 2026
Inisiatif Kebun Dapur di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bertujuan memperkukuh sekuriti makanan negeri dan memperkasa ekonomi isi rumah, khususnya di luar bandar.
Program ini menggalakkan penanaman sayur dan herba, penternakan kecil serta perikanan air tawar berskala rumah, sekali gus mengurangkan kos sara hidup dan berpotensi menjana pendapatan tambahan.
Sehingga kini, 16 Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (APCC) diwujudkan dan sembilan lagi bakal dilengkapkan. Inisiatif turut merangkumi Program Mentor-Mentee melibatkan 18 mentor belia, kemudahan pinjaman sehingga RM50,000 melalui agensi kewangan, serta galakan pendigitalan perniagaan bagi usahawan makanan tempatan.
#kebundapur #2026
#konelayan #korporasikemajuanperikanandannelayansabah #sabah #malaysia
Aktiviti Terkini
MAJLIS AMANAT PENGURUS BESAR & PELAKSANAAN IKRAR BEBAS RASUAH
16 Februari 2026
Majlis Amanat Pengurus Besar & Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah serta Akta Rahsia Rasmi Ko-Nelayan telah berlangsung di Hotel 7 Suria pada 14 Februari 2026.
#amanat #pengurusbesar #2026
Aktiviti Terkini
PELANTIKAN YB DATUK HARUN BIN DURABI SEBAGAI PENGERUSI KO-NELAYAN
10 Februari 2026
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YB Datuk Harun bin Durabi atas pelantikan sebagai Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN).
Semoga pelantikan ini membawa sinar baharu, serta memberi manfaat yang berterusan kepada organisasi dan semua pihak berkepentingan.
Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan
Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN)
Aktiviti Terkini
PENGUMUMAN PERUBAHAN WAKTU - KOLAM PANCING KERAPU KO-NELAYAN
9 Februari 2026
Aktiviti Terkini
KO-NELAYAN DI PROGRAM TAWAU AGRICULTURE & AQUACULTURE (TAAE) 2026
23 Januari 2026
Ko-Nelayan memeriahkan Program Tawau Agriculture & Aquaculture (TAAE) 2026 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Januari 2026 di Dewan Masyarakat Tawau dengan mempamerkan pelbagai inisiatif serta produk berkaitan sektor perikanan dan akuakultur.
Penyertaan ini turut diserikan dengan lawatan YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) ke booth Ko-Nelayan sempena Program Tawau Agriculture & Aquaculture Exhibition (TAAE) 2026, sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan industri pertanian dan perikanan di negeri Sabah.
SABAH MAJU JAYA
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
#tawau #taae2026 #pertanian #perikanan
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
[๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐] ๐๐ ๐ซ๐จ๐ญ๐๐ค ๐๐ฏ ๐ : ๐๐๐๐ ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฌ๐ ๐ฐ๏ธ๐
14 Januari 2026
Kepada anda yang terlepas siaran di kaca TV tempoh hari, jangan risau. Kami bawakan detik bersejarah ini terus ke skrin anda!
Saksikan bagaimana Ko-Nelayan kini memacu arus pemodenan industri melalui:
โ
๐๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐-๐๐๐๐๐ : Integrasi teknologi satelit demi ekonomi, kelestarian dan keselamatan Nelayan Sabah
โ
๐๐ ๐ซ๐จ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐จ๐ง๐ ๐๐ง : Meneroka potensi destinasi baharu komuniti.
โ
๐๐๐ฎ๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง๐๐ง : Memperkasa ekonomi rakyat ke tahap lebih tinggi.
Ini bukan sekadar video, ini adalah bukti kesungguhan kita mengubah landskap perikanan Sabah.
Ayuh tonton video penuh ini dan kongsikan kejayaan kita bersama!
#KoNelayansabah #AgrotekRTM #TeknologiAngkasa #eSMART #SabahMajuJaya #SiaranPenuh
Kredit : Agrotek RTM
Aktiviti Terkini
AGROTEK : TEKNOLOGI ANGKASA DI TV1 BERSAMA KO-NELAYAN
7 Januari 2026
"Bha jangan lupa tarikh ini! Ko-Nelayan akan tampil eksklusif dalam AGROTEK di TV1 hujung minggu ini!
Ko-Nelayan dengan bangganya membawakan paparan eksklusif mengenai Agro Pelancongan, Keusahawanan, dan inovasi terbaharu kamiโaplikasi e-SMART.
Saksikan bagaimana inisiatif pendigitalan ini menghubungkan teknologi satelit terus ke telefon pintar nelayan
demi memacu masa depan industri."
11 JANUARI 2026
AGROTEK TV1 (AHAD)
6:00 PETANG
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
SABAH MEDIA : Ko-Nelayan terus pacu pembangunan industri perikanan Sabah
2 Januari 2026
Selain memberi fokus kepada kesejahteraan nelayan, Ko-Nelayan turut menekankan aspek tadbir urus yang baik, integriti dan akauntabiliti dalam setiap pelaksanaan program.
Pautan Artikel
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2026
1 Januari 2026
Aktiviti Terkini
SELAMAT TAHUN BARU 2026
31 Disember 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun yang baru dengan harapan yang baru.
Semoga tahun ini membawa lebih banyak rezeki, kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua.
Apa yang pahit kita jadikan pengajaran,
apa yang manis kita jadikan kenangan.
Semoga segala impian dan doa dipermudahkan,
dan kita menjadi insan yang lebih kuat, sabar dan bersyukur.
Selamat Tahun Baharu 2026!
Semoga hari-hari mendatang lebih bermakna dan diberkati
Aktiviti Terkini
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2025
24 Disember 2025
Aktiviti Terkini
SUASANA SAMBUTAN HARI NATAL PERINGKAT MAFFI TAHUN 2025 DI WISMA PERTANIAN SABAH
20 Disember 2025
Suasana sambutan Hari Natal peringkat Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah berlangsung pada 19/12/2025 bertempat di Dewan Wisma Pertanian. Sambutan majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk Jamawi Jaafar Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).
Bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut, pelbagai acara menarik telah dianjurkan, antaranya Pertandingan Hiasan Pejabat dan Gerai tercantik bertemakan Hari Natal, serta Pertandingan Pakaian Paling Unik yang mendapat sambutan menggalakkan daripada warga MAFFI.
Sambutan ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga kerja untuk merasai kemeriahan suasana Hari Natal yang bakal menjelang, malah turut mengukuhkan hubungan silaturahim serta semangat perpaduan dalam kalangan seluruh warga kerja KO-NELAYAN dan MAFFI.
Aktiviti Terkini
KO-NELAYAN SEBAGAI JOHAN PERTANDINGAN PEJABAT TERCANTIK SEMPENA SAMBUTAN HARI NATAL MAFFI 2025
20 Disember 2025
KO-NELAYAN sekali lagi telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Hiasan Pejabat Tercantik sempena sambutan
Hari Natal Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang telah diadakan pada 19/12/2025. Tahniah!
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
Aktiviti Terkini
PERINTIS TRANSFORMASI PAPAN DIGITAL (DIGITAL BOARD) DI RUANG LOBI PERKHIDMATAN KO-NELAYAN
13 Disember 2025
Pengurus Besar (PB) Ko-Nelayan tuan Yusof Hj Ag Besar dan Penolong Pengurus Besar PPB Khidmat Pengurusan (KP) Ag Asmat meninjau persiapan ahkir dan menjadi catatan sejarah KO-NELAYAN Sabah sebagai perintis di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), melalui pelaksanaan sepenuhnya Papan Digital (Digital Board) Video Wall di lobi perkhidmatan kami.
Langkah ini adalah sebahagian daripada persediaan awal Ko-Nelayan dalam merealisasikan Visi Sabah Maju Jaya 2.0 yang bakal dilaksanakanselari dengan aspirasi
Sabah Digital Government Initiative (SDGI) dan Pelan Strategik Ko-Nelayan 2023-2030 ke arah penyampaian perkhidmatan yang moden, cekap dan berteraskan rakyat.
Kami akan terus melangkah dengan tekad yang utuh,
mendukung Sabah Maju Jaya, Transformasi Digital
demi nelayan, demi industri perikanan, demi rakyat, demi masa depan Sabah.
#DigitalBoard #konelayan #sabah #digital #SMJ #MAFFI
Aktiviti Terkini
ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (SM2) TAHUN 2025
8 Disember 2025
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Penganugerahan Penarafan 5 Bintang Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) Tahun 2025 pada 05 Disember 2025 (Jumaat), bertempat di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Resort.
Perasmian majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Majlis ini merupakan acara tahunan yang mula diperkenalkan sejak tahun 2019, dengan objektif untuk menghargai komitmen dan iltizam warga kerja Pengurus Sumber Manusia dan pegawai SM2 dalam memastikan pangkalan data SM2 sentiasa dikemaskini dengan maklumat yang tepat.
SM2 agensi-agensi Kerajaan Negeri Sabah dinilai berdasarkan empat (4) kriteria utama iaitu Data Perjawatan, Data Maklumat Penjawat, Data Prestasi dan Ketepatan Data. Setiap agensi negeri dibahagi kepada lapan (8) kluster berdasarkan jenis agensi dan juga jumlah perjawatan agensi.
KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN) Kategori Kluster Lapan(8), telah mendapat tempat Pertama dengan markah sebanyak 99.80% dan menerima ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (SM2) TAHUN 2025
Majlis ini telah dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua- Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Daerah/Daerah Kecil, Pegawai-Pegawai Eksekutif, Ketua-Ketua Agensi Badan Berkanun Negeri, Pengurus-Pengurus Sumber Manusia Agensi dan pegawai-pegawai yang menguruskan SM2.
Turut hadir Puan Aidah Hj Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) selaku Pengerusi Penganjur, Puan Maznah binti Maun, Pengarah Perkhidmatan Awam selaku Ketua Penyelaras Program dan Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.
Aktiviti Terkini
TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MENTERI DAN PEMBANTU MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH (MAFFI)
6 Disember 2025
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YB Datuk Jamawi Jaafar atas pelantikan sebagai Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).
Sekalung tahniah juga kepada
YB Datuk Haji Ruslan Muharam dan YB Datuk Hendrus Anding
atas pelantikan sebagai Pembantu Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).
Semoga pelantikan ini membawa MAFFI ke arah kemajuan yang lebih cemerlang serta terus memperkasa sektor pertanian, perikanan dan industri makanan negeri Sabah.
Daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan
Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Sabah Seafood Festival 2025
26 November 2025
Sabah Seafood Festival 2025 anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bertempat di Todak Waterfront, Kota Kinabalu.
#konel #konelayan #sirim #2025 #pembungkusan #csr #usahawan
Aktiviti Terkini
Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Rekabentuk Pembungkusan dan Percetakan Produk (INNOPACK) Ko-Nelayan dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SIRIM
13 November 2025
Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Rekabentuk Pembungkusan dan Percetakan Produk (INNOPACK) Ko-Nelayan
dan
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SIRIM
Kepada Usahawan Ko-Nelayan Tahun 2025 hari ini bertempat di Kinabalu Hall, Level 5, Sabah International Convention Centre(SICC)
Seramai 10 Usahawan bimbingan Ko-Nelayan menerima Geran INNOPACK bagi tahun 2025. Manakala bagi Program CSR SIRIM, Wilayah Sabah telah terpilih bagi program CSR SIRIM dan memilih Ko-Nelayan bagi kerjasama dalam bantuan Pembungkusan label produk Usahawan yang tergolong dalam B40. Seramai 10 Usahawan bimbingan Ko-Nelayan telah menerima maanfaat daripada program tersebut. Diharapkan kerjasama seperti ini, dapat diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai Usahawan Bimbingan Ko-Nelayan dapat dibantu.
#konel #konelayan #sirim #2025 #pembungkusan #csr #usahawan
Aktiviti Terkini
PROGRAM TAKLIMAT MEKANISASI DENGAN KERJASAMA AEC MACHINERY SDN BHD
10 November 2025
PROGRAM TAKLIMAT MEKANISASI KEPADA USAHAWAN BIMBINGAN KO-NELAYAN 2025
KERJASAMA KO-NELAYAN BERSAMA AEC MACHINERY SDN BHD 10 NOVEMBER 2025
#konel #konelayan #aec #machinery
Aktiviti Terkini
PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN KURSUS PENTERNAKAN AKUAKULTUR IKAN AIR TAWAR (TILAPIA)
7 November 2025
MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN KURSUS PENTERNAKAN AKUAKULTUR IKAN AIR TAWAR (TILAPIA) 07 NOVEMBER 2025
#kursus #latihan #2025 #ikan #konel #konelayan
Aktiviti Terkini
Pembentangan: Marketing Proposal โSabah Grouperโ
2 November 2025
Pembentangan: Marketing Proposal โSabah Grouperโ
Oleh : Encik Burhan Japar
Pen. Pengurus Besar, Pembangunan Industri Perikanan (PIP)
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Majlis Perasmian Big Sabah Sale 2025
1 November 2025
Ko-Nelayan sebagai Rakan Strategik (Strategic Partner) bagi Big Sabah Sale 2025 di Sabah International Convention Centre ( SICC )
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Sumbangan Bantuan Dari Ko-Nelayan dengan Kerjasama dari Petron Oil
31 Oktober 2025
Seramai 40 orang nelayan yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini menerima sumbangan bantuan berupa barangan keperluan asas harian daripada KO-NELAYAN dengan kerjasama Petron Oil Sdn. Bhd.
Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Hj. Muhammad bin Hj. Tasan, Timbalan Pengerusi KO-NELAYAN diiringi oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN dan Pn. Ruth Bensing, Wakil Petron Oil (M) Sdn Bhd bertempat di Jeti KPN Pasir Putih, Putatan.
Hadir bersama di majlis ini, Tuan Isquzawan Israq bin Hj Arsit, Timbalan Pengerusi SAFMA dan Tuan Mohd Faqyzree Salim, Ahli Lembaga Pengarah KO- NELAYAN merangkap Pengerusi Kumpulan Penyelaras Nelayan Pasir Putih.
#konelayansabah #PetronMalaysia #putatan
Aktiviti Terkini
PROGRAM VARSHA INTEGRITI KEMENTERIAN PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH
31 Oktober 2025
PROGRAM VARSHA INTEGRITI KEMENTERIAN PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH SECARA ATAS TALIAN pada 30 Oktober 2025
Aktiviti Terkini
JOM SERBU BIG SABAH SALE @ SICC 2025!
30 Oktober 2025
Nikmati keaslian rasa produk hiliran & usahawan tempatan keluaran KO-NELAYAN!
Dari keropok rangup, pes masakan, hingga sambal menyengat โ semuanya ada di sini!
๐
31 Okt โ 2 Nov 2025
๐ SICC, Kota Kinabalu
โจ Sokong produk tempatan, rasa hebat buatan Sabah!
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Lawatan Kerja Dalam Bidang Pertanian & Penternakan oleh Delegasi Negara Brunei Darussalam
20 Oktober 2025
Lawatan Kerja Dalam
Bidang Pertanian & Penternakan oleh Delegasi Negara Brunei Darussalam yang dibuat pada 22hb di Desa Cattle Kundasang.
#brunei #konel #konelayan #desacattle #kundasang
Aktiviti Terkini
The Independent Web Innovator Award (Second Runner Up)
8 Oktober 2025
Ko-Nelayan telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori โThe Independent Web Innovator Awardโ sempena Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI). Penyampaian anugerah tersebut diadakan pada 7 Oktober 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC).
Tuan Awang Asmat Bin Ag. Saman, Penolong Pengurus Besar (Bahagian Khidmat Pengurusan) telah menerima anugerah tersebut bagi pihak KO-NELAYAN. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Mohd Nadzril Anak Encharang, Ketua Unit Teknologi Maklumat.
Tahniah atas kejayaan ini!
Semoga Ko-Nelayan terus cemerlang dalam memperkukuh inovasi dan transformasi digital ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berimpak tinggi.
#konelayan
Aktiviti Terkini
Sabah Investment and Trade Expo 2025 (SITE2025)
30 September 2025
Pameran sempena Sabah Investment and Trade Expo 2025 (SITE2025) feat Sabah International Coffee Festival (SICF) dan Mini Thailand Week dari 26-28 September betempat di Sabah International Convention Centre(SICC)
#site2025 #2025 #coffeefestival #thailandweek #sicc
Aktiviti Terkini
Program Pengukuhan Integriti : (Fit Integriti) Kibar Bendera Ko-Nelayan di Puncak Gunung Kinabalu
22 September 2025
Seramai 15 orang kakitangan Ko-Nelayan telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu menerusi Program Pengukuhan Integriti (Fit Integriti) yang berlangsung pada 12 hingga 13 September 2025. Kejayaan ini turut diabadikan dengan pengibaran bendera Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) dan bendera Ko-Nelayan di puncak gunung tertinggi di Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk:
โข Menyemai nilai integriti merangkumi kejujuran, disiplin dan tanggungjawab.
โข Meningkatkan daya tahan fizikal dan mental warga kerja.
โข Memperkuatkan kemahiran kerja berpasukan dan kepimpinan.
โข Menyemarakkan semangat patriotik serta mengukuhkan identiti jabatan.
Selain itu, kakitangan Ko-Nelayan turut membawa Produk Hiliran Ko-Nelayan ke puncak Gunung Kinabalu sebagai simbol kebanggaan terhadap hasil keluaran Ko-Nelayan serta sekaligus mempromosikan produk-produk Ko-Nelayan kepada masyarakat umum.
#mountkinabalu #gunungkinabalu #sabah #konelayan
Aktiviti Terkini
Selamat Hari Malaysia 2025
16 September 2025
Bersama kita pupuk semangat perpaduan, kebersamaan dan cinta tanah air demi masa depan yang lebih gemilang.
Salam Hari Malaysia daripada kami di Ko-Nelayan
#HariMalaysia2025
#KoNelayansabah
#MalaysiaMadani
Aktiviti Terkini
Promosi Kemasukan Memancing Percuma di Taman Mini Akuakultur (TMA) Ko-Nelayan
10 September 2025
Aktiviti Terkini
Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M
5 September 2025
Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menghayati ajaran Baginda yang penuh dengan kasih sayang, keadilan dan akhlak mulia.
Moga semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW menjadi inspirasi untuk kita memperkukuh ukhuwah, meningkatkan integriti, serta berkhidmat dengan penuh amanah dan ikhlas demi kebaikan bersama.
#konelayansabah
#MaulidurRasul1447H
Aktiviti Terkini
MAJLIS PENYERAHAN SKIM PEMBIAYAAN & MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) KO-NELAYAN WILAYAH PANTAI BARAT
4 September 2025
Majlis Penyerahan ini telah berlangsung pada 03 September 2025 bertempat di Dewan Kanai Taman Mini Akuakultur (TMA) KO-NELAYAN, Tuaran yang disampaikan oleh YB Datuk Peto Galim Pembantu Menteri (II) Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah diiringi dengan YBhg. Datuk Haji Muhammad bin Haji Tasan, Timbalan Pengerusi KO-NELAYAN.
Seramai 34 orang penerima skim pembiayaan yang terdiri daripada SKIM i-NELAYAN, i-HILIRAN, i-AKUAKULTUR dan i-USAHAWAN manakala seramai 4 orang penerima Surat Setuju Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). 3 orang peserta skim kredit KO-NELAYAN turut menerima bantuan bencana daripada KO-NELAYAN.
Sesi penyampaian ini turut dihadiri oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar Pengurus Besar KO-NELAYAN dan Tuan Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN, Puan Dahara Paro Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Nelayan, Tn. Burhan Hj. Japar, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Industri Perikanan), Puan Dayang Adrina Fatiah Hj. Nohin, Ketua Unit Pengurusan Kredit dan Tn. Arieavistara Ryee Kuinon Pengurus Wilayah Ko-Nelayan Pantai Barat.
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 & Hari Sabah 2025
31 Ogos 2025
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 & Hari Sabah 2025!
Semoga semangat perpaduan, keharmonian, dan kecintaan terhadap tanah air terus mekar di hati setiap rakyat Malaysia.
โDi mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.โ
Kitalah generasi penerus yang harus mempertahankan kemerdekaan ini dengan ilmu, usaha, dan hati yang ikhlas untuk tanah air tercinta.
โSabah Maju Jaya, Malaysia Madani!โ
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Sabah Media : Ko-Nelayan Bantu Transformasi Kehidupan Nelayan Pantai Timur Sabah
29 Ogos 2025
Usaha berterusan kerajaan negeri melalui Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) menjadi pemangkin utama dalam
mentransformasi kehidupan nelayan di pantai timur Sabah sekali gus membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
Link Artikel
Aktiviti Terkini
Majlis Penyerahan Bantuan Pembiayaan Di Bawah Program Peningkatan Pendapatan Nelayan Dan Usahawan Perikanan
28 Ogos 2025
28082025 Majlis Penyerahan Skim Pembiayaan Di Bawah Program Peningkatan Pendapatan Nelayan Dan Keusahawanan Ko- Nelayan Tawau 2025
#konel #konelayan #skim #pembiayaan #majlis #2025
Aktiviti Terkini
Majlis Penyerahan Bantuan Pembiayaan Di Bawah Program Peningkatan Pendapatan Nelayan Dan Usahawan Perikanan
17 Ogos 2025
17082025 Majlis Penyerahan Bantuan Pembiayaan Di Bawah Program Peningkatan Pendapatan Nelayan Dan Usahawan Perikanan (Ko-Nelayan) Wilayah Kudat 2025
#pinjaman #bantuan #pn #konel #konelayan #2025
Aktiviti Terkini
Sambutan Hari Sabah Peringkat Daerah Keningau
09 Ogos 2025
Perasmian Gerai Harian & Tamu KPD serta Majlis Penyerahan Bantuan Pembiayaan Di Bawah Program Peningkatan Pendapatan Nelayan & Usahawan Perikanan (Ko-Nelayan) Wilayah Pedalaman pada 09 Ogos 2025.
#konel #konelayan #bantuan #pembiayaan #nelayan #usahawan #2025
Aktiviti Terkini
Selamat Hari Lahir Tuan Kong Soon Choi
05 Ogos 2025
Selamat Hari Lahir Tuan Kong Soon Choi, Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagian dan keberkatan dalam setiap urusan.
Aktiviti Terkini
Perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025
03 Ogos 2025
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 dirasmikan oleh YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 3 Ogos 2025.
#SabahInternationalConventionCentre #SICC #SICCSabah #SICCEvents #KotaKinabalu #Sabah
Aktiviti Terkini
Pelancaran Jalinan Kerjasama Strategik Agrobank & Ko-Nelayan
02 Ogos 2025
Detik bersejarah apabila Ko-Nelayan dan Agrobank memeterai satu kerjasama strategik dalam mentransformasi ekosistem komuniti nelayan di Sabah
Aktiviti Terkini
Ko-Nelayan teroka pasaran global menerusi produk kerapu sejuk beku
02 Ogos 2025
Ko-Nelayan menyasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa, khususnya ke negara-negara seperti Singapura, China dan Timur Tengah yang diyakini mempunyai kualiti dan nilai eksport tinggi.
Aktiviti Terkini
Program Lawatan Sambil Belajar ke Projek Ikan Hiasan Ko-Nelayan Sabah (PIHS)
18 Julai 2025
Program Lawatan Sambil Belajar ke Projek Ikan Hiasan Sabah (PIHS) anjuran Unit Sumber Manusia dengan kerjasama kelab KONEL pada 17 Julai 2025. Seramai 44 orang kakitangan yang terlibat dalam program ini.
#lawatan #lawatansambilbelajar #konel #konelayansabah #konelayan #ikanarowana #sabah #malaysia
Aktiviti Terkini
MAJLIS PERASMIAN ROAD TO HPPNK 2025
5 Julai 2025
Majlis Perasmian Road to HPPNK 2025 yang dirasmikan oleh YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Aktiviti Terkini
ROAD TO HPPNK 2025 DI MAJLIS PERBANDARAN TAWAU
5 Julai 2025
Temui KO-NELAYAN bermula 5 hingga 6 Julai 2025 bertempat di Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau sempena Road to HPPNK 2025! Terdapat pelbagai program yang menarik khususnya pameran dan jualan daripada usahawan bimbingan KO-NELAYAN dan pameran daripada jabatan / agensi kerajaan.
Jom datang beramai-ramai!
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan #hppnk #hppnk2025 #RoadToHPPNK
Aktiviti Terkini
KUNJUNGAN HORMAT KO-NELAYAN KEPADA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH (JPSM)
3 Julai 2025
Satu kunjungan hormat telah dibuat kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi tujuan perbincangan pembangunan modal insan melalui latihan TVET perikanan dan akuakultur di Sabah.
Berdasarkan perbincangan sebentar tadi, pihak JPSM selaku Sekretariat Majlis TVET Sabah berbesar hati untuk mengesyorkan Ko-Nelayan melalui Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC) memohon untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Teknikal di dalam Majlis TVET Sabah.
Pihak JPSM juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan KATC untuk memberikan latihan dan kursus dalam bidang akuakultur, perikanan dan hiliran perikanan di Sabah.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh En Salleh Hj. Obong (Timb. Pengurus Besar Ko-Nelayan) dan turut hadir bersama adalah En. Pelef. Meneh (Pen. Pengurus Besar bahagian (PPS), En. Guntur Putera Malindo (Ketua KATC), En. Razman Durhan (Ketua Unit Pelaburan) dan Puan Ahzlinda Akian (Pengurus Unit Akademik KATC).
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
BENIH AROWANA (MALAYSIAN GOLD BLUE BASE) & BENIH TILAPIA MERAH
1 Julai 2025
Aktiviti Terkini
SALAM MAAL HIJRAH 1447H
26 Jun 2025
๐ Salam Maal Hijrah 1447H ๐
Selamat menyambut Awal Muharam kepada semua umat Islam. Semoga tahun baru ini membawa seribu keberkatan, limpahan rahmat dan peluang untuk kita semua berhijrah ke arah yang lebih baik, lebih taqwa dan lebih bermakna.
โSesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat.โ โ Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Mari kita mulakan tahun baru Hijrah ini dengan azam yang baru, hati yang bersih dan semangat yang membara.
#MaalHijrah1447H
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2025
25 Jun 2025
37 ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐!
Jom meriahkan HPPNK 2025 dengan aura baharu yang penuh vibes anak muda, tarikan keluarga dan pelbagai aktiviti menarik untuk semua!
๐
Tarikh : 1 โ 3 Ogos 2025
๐ Masa : 9.00 pagi โ 10.00 malam
๐ Lokasi : Sabah International Convention Centre (SICC), Sabah
4 Fokus Utama HPPNK 2025 :
๐ฑ Agro Millenia
๐ฅฌ Cukup dan Terjamin
โค๏ธ Sejahtera MADANI
๐๏ธ Jualan & Keusahawanan
Dari pertanian moden hingga jualan terus dari ladang, dari hiburan ke ilmu, semuanya ada di sini!
Nak tahu apa lagi yang best?
Datang Bah HPPNK 2025 Sabah โ Pesta Agro Paling Happening Tahun Ini!
#๐๐ฎ๐ฎ๐๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ฃ๐ฃ๐ฑ๐ฎ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป
#๐๐ฃ๐ฃ๐ก๐๐ฑ๐ฌ
#๐๐๐ฑ๐ฟ๐ฎ๐๐๐ฎ๐บ๐ถ๐ ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐บ๐ถ๐ป๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐๐ถ
#๐๐ฃ๐ฃ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ฃ๐ฃ๐ฐ๐๐ฎ๐ฟ๐บ๐ฒ๐ฟ๐
#๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด
#๐๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด
#๐๐ฃ๐๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐ง๐ฒ๐ฎ๐บ๐๐ฃ๐๐
#MalaysiaMadani
#CukupDanTerjamin
Jumpa anda di sana!
#hppnk2025
Aktiviti Terkini
DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA
21 Jun 2025
DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA.
sempena Ulang Tahun Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah.
โSemoga Tuan Yang Terutama sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus memimpin Negeri Sabah dengan penuh kebijaksanaan, keharmonian dan kemakmuran. Daulat Tuanku!โ
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Bengkel Penilaian Pencapaian Pelan Strategik Ko-Nelayan 2023-2030
13 Jun 2025
Bengkel Penilaian Pencapaian Pelan Strategik Ko-Nelayan 2023-2030 di Beringgis Beach Resort, Kinarut Papar yang berlangsung dari 11 sehingga 13 Jun 2025.
#bengkel #konel #konelayan #beringgis #2025
Aktiviti Terkini
NOTIS MAKLUMAN KEROSAKAN TALIAN TELEFON IBU PEJABAT KO-NELAYAN
10 Jun 2025
Aktiviti Terkini
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA TRAYONG ECO FISHING POINT KO-NELAYAN
6 Jun 2025
Aktiviti Terkini
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KOLAM PANCING KERAPU KO-NELAYAN
6 Jun 2025
Aktiviti Terkini
PENGAMBILAN BARU PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI DALAM INDUSTRI (ADI) 2025 - INTAKE JUN
6 Jun 2025
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani &
Salam 1 Kemahiran.
๐ฐ PENGAMBILAN BARU
Program Latihan Kemahiran Akademi Dalam Industri (ADi) Yang Menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dalam Bidang Operasi Akuakultur Marin - Tahap 2 Kini Dibuka Bagi Pengambilan JUN Tahun 2025.
๐ SIJIL KURSUS LATIHAN (PC) YANG DITAWARKAN
1. Penjagaan Kualiti Air Ternakan Akuakultur Marin
2. Pengendalian Pemakanan Ternakan Akuakultur Marin
3. Penjagaan Kesihatan Ternakan Akuakultur Marin
๐ TEMPOH LATIHAN
3 Bulan Sahaja
๐ SESI TEMUDUGA
Tarikh : 11 JUN 2025
Masa : 8.00am-12.00pm
Tempat : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN ,Tuaran
Kod Pakaian : Formal
Sila Bawa Bersama Resume & Sijil Akademik Yang Berkaitan.
๐Untuk Sebarang Pertanyaan Lanjut Boleh Hubungi :
Pengurus Unit Akademik/Pegawai Penyelaras ADi Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN Tuaran Di Talian Berikut :
Pegawai Penyelaras ADi
๐BAGI CALON YANG BERMINAT , SILA ISI - LINK PENDAFTARAN SESI TEMUDUGA BERIKUT :
Borang Pengambilan Baru Program Latihan Kemahiran Akademi Dalam Industri (Adi) 2025 - Intake Jun
Sekian,Terima Kasih.
#pusatlatihanakuakulturmarin #katc #konelayan
Aktiviti Terkini
DIRGAHAYU TUANKU
2 Jun 2025
DIRGAHAYU TUANKU
Aktiviti Terkini
MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
30 Mei 2025
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2025 ๐พ
Majlis Perasmian Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, hari ini bertempat di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang Sabah.
Bagi yang terlepas peluang untuk mendapatkan produk-produk usahawan dan Hiliran KO-NELAYAN, jangan risau esok merupakan hari terakhir KO-NELAYAN berada di KDCA! Temui KO-NELAYAN di booth Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).
Jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan dan merasai suasana budaya sambutan Pesta Kaamatan yang hanya diraikan setahun sekali di Negeri di Bawah Bayu, SABAH โค๏ธ
Pesta Kaamatan bukan sahaja menjadi salah satu platform untuk menghimpunkan seluruh kaum etnik yang terdapat di Negeri Sabah, tetapi melalui sambutan Pesta Kaamatan, negara kita Malaysia semakin dikenali oleh negara luar kerana Pesta Kaamatan juga diraikan oleh seluruh rakyat Sabah yang berada di luar negara kerana
"KAAMATAN UNTUK SEMUA"
"KAAMATAN FOR ALL"
"KAAMATAN MONTOK TOINSANAN"
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan #KDCA #kaamatan #Kaamatan2025
Aktiviti Terkini
SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2025
30 Mei 2025
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan! ๐พ
Semoga semangat perpaduan, kesyukuran dan warisan budaya terus mekar dalam sanubari kita semua.
Marilah kita raikan musim menuai ini dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur.
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2025 ๐พ
๐พ๐ฟโจ
#konelayansabah
#Kaamatan2025 #PestaKaamatan #KotobianTadauTagazoDoKaamatan
Aktiviti Terkini
PENYERTAAN KO-NELAYAN SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
29 Mei 2025
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2025 ๐พ
Sekitar suasana penyertaan KO-NELAYAN dalam pameran dan jualan produk Usahawan & Hiliran KO-NELAYAN sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah 2025.
"KAAMATAN UNTUK SEMUA"
"KAAMATAN FOR ALL"
"KAAMATAN MONTOK TOINSANAN"
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan #KDCA #kdca2025 #kaamatan #Kaamatan2025
Aktiviti Terkini
MAJLIS PENUTUPAN DAN PERASMIAN KURSUS EVOLUSI KAEDAH PENANGKAPAN IKAN MODEN E-SMART SIRI 1/2025
28 Mei 2025
Majlis Perasmian dan Penutupan Program Nelayan Digital, Kursus Evolusi Kaedah Penangkapan Ikan Moden e-SMART Siri 1/2025 telah diadakan pada 28 Mei 2025 di Auditorium Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) di Tuaran dan telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN.
Program ini dirancang untuk memberikan pendedahan mengenai penggunaan teknologi satelit dalam bidang perikanan dan latihan kepada nelayan mengenai teknik-teknik penangkapan ikan yang lebih efisien dan inovatif melalui sistem https://esmart.mysa.gov.my .
KO-NELAYAN - Peneraju Transformasi Nelayan
#KONELAYAN
#SabahMajuJaya
#PenerajuTransformasiNelayan
Aktiviti Terkini
TEMUI KO-NELAYAN DI MALAYSIAN INTERNATIONAL COCOA FAIR 2025
24 Mei 2025
"MYCocoa Delight: Indulge, Meet & Connectโ
Temui KO-NELAYAN (No. Tapak:3212) sempena MALAYSIAN INTERNATIONAL COCOA FAIR 2025 (MICF2025) bermula 24 Mei hingga 27 Mei 2025 bertempat di SICC Kota Kinabalu, Sabah.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke program ini dan dapatkan pelbagai jualan produk hasil keluaran Usahawan Ko-Nelayan dan Hiliran KO-NELAYAN. Selain itu, anda juga akan mendapat info secara langsung mengenai skim-skim yang disediakan oleh KO-NELAYAN khususnya untuk para usahawan dan nelayan Sabah.
JOM DATANG!
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#MICF2025 #konelayan #sicckk
Aktiviti Terkini
Bengkel Debt Recovery anjuran Bahagian Pembangunan Nelayan bersama Movin Training Resources
22 Mei 2025
Bengkel Debt Recovery anjuran Bahagian Pembangunan Nelayan bersama Movin Training Resources telah berjaya dilaksanakan pada 21โ22 Mei 2025 bertempat di Taman Mini Akuakultur, Laya-Laya, Tuaran.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen serta penyertaan aktif sepanjang kursus ini. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan
keberkesanan pengurusan pemulihan hutang dan memperkukuh perkhidmatan kepada komuniti nelayan.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Pertandingan Memancing daerah Pitas sempena Kaamatan Tahun 2025
16 Mei 2025
Sekitar suasana Pertandingan Memancing daerah Pitas sempena Kaamatan / Pesta Pitas bagi Tahun 2025 yang telah berlangsung pada 15 Mei 2025 bertempat di Dataran Pitas, Sabah.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN Perancangan dan Pembangunan Strategik (PPS) KO-NELAYAN KEPADA INSTITUT KAJIAN ORANG ASAL BORNEO (BorIIS)
16 Mei 2025
Kunjungan ini diketuai oleh YBrs. Tn. Pelef Meneh, Ketua Bahagian Perancangan dan Pembangunan Strategik untuk membincangkan mengenai kajian impak pelaksanaan projek-projek Ko-Nelayan.
Pihak BorIIS diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Normah Abd Latip, Pengarah Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) dan turut hadir Prof. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan, Felo Utama BorIIS.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Notis Penutupan Sementara Kolam Pancing Kerapu Ko-Nelayan
12 Mei 2025
Aktiviti Terkini
TAMAN MINI AKUAKULTUR KO-NELAYAN SABAH
09 April 2025
๐ Selami Dunia Akuakultur di Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan KO-NELAYAN Sabah!
๐ฃ๐
Terokai destinasi santai dan penuh ilmu di Taman Mini Akuakultur, pusat pelancongan komuniti yang mengetengahkan keindahan serta potensi industri akuakultur Sabah!
Apa yang menanti anda di sini?
๐ฃ Kolam Pancing Ikan
Uji kemahiran memancing anda di kolam pancing kami โ sesuai untuk seisi keluarga dan kaki pancing tegar!
๐ก Penginapan & Tempahan Majlis
Rancang percutian ringkas di ruang penginapan kami yang selesa dan damai atau kalau ada event kecil kecilan boleh menggunakan bilik mesyuarat kami.
๐ Jualan Ikan Segar
Dapatkan ikan segar terus dari kolam! Berkualiti, bersih dan berkhasiat.
๐ผ Hab Usahawan
Platform pembangunan usahawan tempatan โ dari produk hasil laut hingga inovasi agro-marin.
๐ฟ Ladang Coral
Nikmati keindahan ladang coral sambil belajar tentang pemuliharaan marin dan biodiversiti laut.
๐ Lokasi strategik di KO-NELAYAN Sabah
๐ Tempahan & lawatan: [0165827940 - Puan Asniesah]
Mari alami gabungan rekreasi, pendidikan dan keusahawanan di satu destinasi unik โ Taman Mini Akuakultur KO-NELAYAN, Kg. Laya-Laya, Tuaran.
โจ Tempat santai, penuh manfaat!
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Hari Wesak 2025
12 Mei 2025
Selamat Menyambut Hari Wesak!
Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Bengkel Kurasi Tulang Ikan 2025
09 Mei 2025
Bengkel Kurasi Tulang Ikan Yang Disertai Oleh Kakitangan Bahagian Pembangunan Industri Perikanan Di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah Yang Berlangsung Pada 6-8 Mei 2025 Anjuran Unit Sumber Manusia Ko-Nelayan.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Sesi Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Bagi Jawatan Pengurusan Tertinggi Ko-Nelayan
06 Mei 2025
Tahniah diucapkan kepada;
Encik Salleh Haji Obong, Timbalan Pengurus Besar, gred N14/54
Puan Dahara Haji Paro, Penolong Pengurus Besar (PN), gred N13/52
Encik Pelef Meneh @ Salleh, Penolong Pengurus Besar (PPS), gred N12/48
diatas Kenaikan Pangkat tuan/puan yang berkuat kuasa 23/04/2025.
Semoga dengan lantikan ini, organisasi kita akan terus meningkat, berkualiti dan berada ditahap yang lebih baik dan lebih cemerlang.
Turut hadir bersama pada sesi itu ialah Encik Ag. Asmat Hj. Ag. Saman, Penolong Pengurus Besar (KP), Encik Burhan Hj. Japar, Penolong Pengurus Besar (PIP) dan Cik Asmijah Abd. Majid, Pegawai Sumber Manusia.
#konel #konelayan
Aktiviti Terkini
Majlis Perayaan Pesta Kaamatan Tuaran 2025
05 Mei 2025
Berita baik untuk warga Tuaran!
KO-NELAYAN akan berada di Dewan Masyarakat Kiulu sempena Majlis Perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tuaran yang telah berlangsung bermula 04 sehingga 06 Mei 2025.
Penyertaan ini merupakan salah satu inisiatif KO-NELAYAN dalam mempromosikan produk keluaran usahawan bimbingan dan Hiliran KO-NELAYAN. Selain itu, pameran ini juga akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan Program Peningkatan Pendapatan yang disediakan oleh KO-NELAYAN khususnya kepada para nelayan, pengusaha Hiliran dan juga Akuakultur.
Penyertaan ini turut menyokong usaha memeriahkan sambutan perayaan kebudayaan masyarakat setempat di Negeri Sabah.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#tuaran #pestakaamatan2025 #kaamatan #konelayan #SabahMajuJaya
Aktiviti Terkini
PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN BELIA 2025
04 Mei 2025
Berita baik kepada semua belia dan beliawanis yang berminat untuk menjadi USAHAWAN dalam bidang Akuakultur dengan mempelajari Kemahiran teori dan amali bagi bidang ini.
Anda boleh memohon mengikuti Program Latihan Keusahawanan ini melalui pautan link berikut :
๐ Borang Permohonan Program Latihan Keusahawanan Belia 2025
Faedah yang diperolehi dari pada Latihan Keusahawanan Belia ini adalah :
1. Latihan diberikan PERCUMA
2. Insuran Berkelompok Sepanjang Latihan PERCUMA
3. Insentif bulanan RM300 seorang
Lokasi:
Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN, Tuaran
Sebarang pertanyaan, sila Whatsapp :
Penyelaras Program
(Madam Linda) : Whatsapp
#PenerajuKemahiranAkuakultur
Aktiviti Terkini
MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
01 Mei 2025
Majlis Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 yang diadakan pada 1 Mei 2025 di Dewan Terbuka Pisompuruan Square Tambunan.
#kaamatan #kaamatan2025
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2025
01 Mei 2025
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2025 kepada semua warga kerja di pelbagai lapisan masyarakat.
Terima kasih atas dedikasi, usaha, dan komitmen anda dalam membangunkan negara.
Semoga terus maju dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Majlis Perasmian Mini HPPNS Tahun 2025
30 April 2025
Majlis Perasmian Mini Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 (HPPNS 2025) pada 30 April 2025 di Dewan Terbuka Pisompuruan Square Tambunan.
#hppns2025 #hppns #konel #konelayan #tambunan #sabah #malaysia
Aktiviti Terkini
Majlis Penutupan Sabah International Food Expo (SIFEX 2025)
27 April 2025
Hari ini merupakan hari terakhir dan majlis penutupan Sabah International Food Expo (SIFEX 2025), yang dirasmikan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Majlis ini berlangsung dari 25 hingga 27 April 2025, bermula jam 10 pagi hingga 9 malam di Sabah International Convention Centre (SICC).
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi booth kami, Ko-Nelayan, serta menikmati pelbagai pameran makanan menarik sebelum tirai ditutup!
#sifex2025
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Sabah International Food Expo (SIFEX 2025)
25 April 2025
Sabah International Food Expo(SIFEX 2025) yang berlangsung 25-27hb April 2025 dari jam 10am - 9pm di Sabah International Convention Centre(SICC)
#sicc #konel #konelayan #sifex2025 #sabah #malaysia
Aktiviti Terkini
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025/1446H Dibawah MAFFI
23 April 2025
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah.
#HariRaya #raya #raya2025 #konelayan #konel
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Good Friday
18 April 2025
Selamat menyambut Good Friday kepada semua warga kerja dan rakan-rakan yang memperingatinya.
Semoga hari yang penuh makna ini membawa kedamaian, harapan dan kekuatan kepada kita semua.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Audit Pematuhan Pensijilan Sijil myGAP (PIHS)
14 April 2025
Pada 9hb. April, 2025, Pusat Ikan Hiasan Ko-Nelayan Sabah (PIHS) telah menjalani Audit Pematuhan Pensijilan Sijil myGAP yang diaudit oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Biosekuriti Perikanan, Cawangan Standard dan Perkhidmatan Makmal, Jabatan Perikanan Malaysia.
Pihak KO-NELAYAN mengucapkan terima kasih kepada Puan Norfatmahwati binti Yakup dan Dr. Noor Affizah binti Bujang Saili, juruaudit-juruaudit dari Jabatan Perikanan Malaysia yang telah menjalankan auditan di PIHS.
#korporasikemajuanperikanandannelayansabah
#penerajutransformasinelayan
#SabahMajuJaya
#konelayan
Aktiviti Terkini
MAJLIS APRESIASI KO-NELAYAN TAHUN 2025
09 April 2025
Majlis Apresiasi KO-NELAYAN 2025 telah diadakan pada 23hb. Februari 2025 di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Leonard Stephen, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN serta ahli-ahli Lembaga Pengarah KO-NELAYAN.
Pada majlis tersebut turut disampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2024 dan Anugerah Jasamu DiKenang untuk pesara-pesara KO-NELAYAN bagi tahun 2024 dan 2025.
.
Saksikan video ๐:
Aktiviti Terkini
Audit Pematuhan Pensijilan Sijil myGAP
09 April 2025
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Malaysia Madani
Selamat menjalani Audit Pematuhan Pensijilan Sijil myGAP kepada Pusat Ikan Hiasan Ko-Nelayan Sabah (PIHS) pada hari ini, 9hb. April 2025.
Aktiviti Terkini
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H
31 Mac 2025
๐ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H ๐
โจ Maaf Zahir & Batin โจ
Pengurusan Tertinggi dan kakitanggan Ko-Nelayan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua! Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.
Di kesempatan ini, pihak kami juga ingin memohon maaf atas sebarang kekhilafan. Semoga ikatan silaturahim terus kukuh dan kehidupan kita sentiasa diberkati.
Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Sambutlah lebaran dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
Aktiviti Terkini
DIRGAHAYU TYT NEGERI SABAH
30 Mac 2025
Dirgahayu TYT Negeri Sabah.
Selamat Hari Jadi rasmi diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman, Yang Di-Pertua Negeri Sabah.
Semoga Allah S.W.T melanjutkan usia Tuan Yang Terutama, memberkati dan merahmati pemerintahan Tuan Yang Terutama.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Kakitanggan Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah ( Ko-Nelayan )
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
PROGRAM BAKIK KO-NELAYAN : AGIHAN BUBUR DAGING SEMPENA RAMADHAN 2025
25 Mac 2025
Program BAKIK Agihan Bubur Daging sempena Ramadhan 2025 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya di perkarangan Fish Mart Ko-Nelayan, Wisma Pertanian Sabah.
Aktiviti Terkini
KURSUS UPSKILLING: PEMBENIHAN & ASUHAN UDANG GALAH
20 Mac 2025
โ Ingin mempelajari teknik pembenihan & asuhan udang galah?
โ Mahu menambah ilmu & menjana pendapatan dalam industri akuakultur?
Jom sertai Kursus Upskilling Pembenihan & Asuhan Udang Galah bersama Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC)!
๐
Tarikh: 25 Mac 2025
๐ป Platform: Google Meet (Secara Online)
๐ฐ Yuran: RM30 sahaja!
๐ฅ Terhad kepada 30 peserta sahaja!
๐ก Apa yang anda akan pelajari?
โ
Teknik pembenihan & penjagaan larva udang galah
โ
Pengurusan makanan & kualiti air secara profesional
โ
Strategi penternakan untuk hasil yang optimum
โ
Nota eksklusif & e-sijil penyertaan
๐Siapa yang boleh sertai?
โ Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas
โ Berminat dalam industri akuakultur atau ingin memulakan perniagaan
โ Mempunyai akses internet stabil & peranti untuk Google Meet
๐ฉ Daftar Sekarang!
๐ Klik
BORANG PENYERTAAN - PEMBENIHAN DAN ASUHAN UDANG GALAH - 25(01)
๐ Pendaftaran mudah! Imbas kod QR di poster atau hubungi:
๐ En. Fhairull: Whatsapp
๐ Pn. Hana: Whatsapp
๐ Pejabat: 088 294 329
๐ฏ Jangan lepaskan peluang! Tempat sangat terhad! ๐๐ฅ
Aktiviti Terkini
KEMPEN BAKUL RAMADAN 2025
19 Mac 2025
Jom raikan bulan penuh keberkatan ini dengan pelbagai tawaran istimewa dari e-Kan!
โ
PROMOSI MENARIK sepanjang Ramadan
โ
PELBAGAI PILIHAN produk segar & makanan berkualiti
โ
PENGHANTARAN PERCUMA ke lokasi terpilih! ๐๐จ
Tempoh Kempen : 1 Mac - 31 Mac 2025
๐ Klik
e-kan Platform
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan & Raya dengan lebih mudah dan berbaloi!
๐ฒ Scan QR code di poster atau klik link di atas untuk membeli sekarang!
#KONELAYAN
#eKan #KempenBakulRamadan2025 #RamadanBerkat #ShoppingOnline #PenghantaranPercuma #JomBeli
Aktiviti Terkini
KURSUS UPSKILLING: ASUHAN & PENTERNAKAN IKAN KELI AFRIKA
19 Mac 2025
โIngin mempelajari teknik pembenihan & penternakan ikan Keli Afrika?
โ Mahukan tambah ilmu & jana pendapatan dalam industri akuakultur?
Jom sertai Kursus Upskilling Asuhan & Penternakan Ikan Keli Afrika bersama Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC)!
Tarikh : 27 Mac 2025
Platform : Google Meet (Secara Online)
Yuran : RM 30 Sahaja!
Terhad kepada 30 ORANG Sahaja!
Apa yang dipelajari?
โข Teknik Pembenihan & Penjagaan Anak Ikan Keli
โข Strategi Pemakanan & Pengurusan air yang efektif
โข Kaedah penternakan moden & berskala komersial
โข Nota eksklusif & e-sijil penyertaan
Siapa yang boleh sertai?
โ๏ธ Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
โ๏ธ Berminat dalam industri akuakultur atau ingin memulakan perniagaan
โ๏ธ Mempunyai akses internet yang stabil & peranti untuk Google Meet
๐ฉ Daftar Sekarang!
๐ Klik
Borang Kursus Upskilling: PEMBENIHAN & PENTERNAKAN ASUHAN & PENTERNAKAN IKAN KELI AFRIKA
๐ Hubungi:
๐ En. Fhairull Di Talian Berikut :
Whatsapp
ATAU
๐ Pn. Hanah : Di Talian Berikut :
Whatsapp
ATAU
๐ PEJABAT : Di Talian Berikut :
088 294 324
Tempat terhad! Jangan lepaskan peluang, daftarlah sekarang ๐ฆโจ
#KONELAYAN
#KATC
Aktiviti Terkini
KURSUS UPSKILLING: PEMBENIHAN & PENTERNAKAN IKAN TiLAPIA
19 Mac 2025
โIngin mempelajari teknik pembenihan & penternakan ikan tilapia secara profesional ?
โ Mahukan ilmu dari pakar industri dengan kos yang sangat berpatutan?
Jom sertai Kursus Upskilling Pembenihan & Penternakan Ikan Tilapia bersama Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC)!
Tarikh : 26 Mac 2025
Platform : Secara Online
Yuran : RM 30 Sahaja!
Terhad kepada 30 ORANG Sahaja!
Apa yang dipelajari?
โข Teknik Pembenihan & Penjagaan anak ikan Tilapia
โข Strategi pengurusan & Pemasaran untuk meningkatkan keuntungan
โข Nota eksklusif & e-sijil penyertaan
Siapa yang boleh sertai?
โ๏ธ Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
โ๏ธ Berminat dalam industri akuakultur atau ingin memulakan perniagaan
โ๏ธ Mempunyai akses internet yang stabil & peranti untuk Google Meet
๐ฉ Daftar Sekarang!
๐ Klik
Borang Kursus Upskilling: PEMBENIHAN & PENTERNAKAN IKAN TILAPIA
๐ Hubungi:
๐ En. Fhairull Di Talian Berikut :
Whatsapp
ATAU
๐ Pn. Hanah : Di Talian Berikut :
Whatsapp
ATAU
๐ PEJABAT : Di Talian Berikut :
088 294 324
Tempat terhad! Jangan lepaskan peluang, daftarlah sekarang ๐ฆโจ
#KONELAYAN
#KATC
Aktiviti Terkini
KURSUS UPSKILLING: PEMBENIHAN & ASUHAN UDANG GALAH
19 Mac 2025
โIngin mempelajari teknik pembenihan & asuhan udang galah?
โ Mahu menambah ilmu & menjana pendapatan dalam industri akuakultur?
Jom sertai Kursus Upskilling Pembenihan & Asuhan Udang Galah bersama Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC)!
Tarikh : 25 Mac 2025
Platform : Secara Online
Yuran : RM 30 Sahaja!
Apa yang dipelajari?
โข Teknik Pembenihan & Penjagaan Larva Udang Gajah
โข Pengurusan Makanan & Kualiti air secara Profesional
โข Strategi Penternakan untuk hasil yang optimum
โข Nota eksklusif & e-sijil penyertaan
Siapa yang boleh sertai?
โ๏ธ Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas
โ๏ธ Berminat dalam industri akuakultur atau ingin memulakan perniagaan
โ๏ธ Mempunyai akses internet yang stabil & peranti untuk Google Meet
๐ฉ Daftar Sekarang!
๐ Klik
Borang Kursus Upskilling: Pembenihan & Asuhan Udang Galah
๐ Hubungi:
๐ En. Fhairull Di Talian Berikut :
Whatsapp
ATAU
๐ Pn. Hanah : Di Talian Berikut :
Whatsapp
ATAU
๐ PEJABAT : Di Talian Berikut :
088 294 324
Tempat terhad! Jangan lepaskan peluang, daftarlah sekarang ๐ฆโจ
#KONELAYAN
#KATC
Aktiviti Terkini
Sumbangan Beras 10KG Sebanyak 150 Beg Kepada Pejabat Perhubungan ADUN, Kawasan DUN N.07 Tander
13 Mac 2025
KO-NELAYAN telah menyerahkan sumbangan CSR berupa sumbangan beras 10KG sebanyak 150 beg kepada pihak Pejabat Perhubungan ADUN, Kawasan Dun N.07 Tandek bertempat di One Commercial Center, Kota Marudu pada 19/02/2025 (Rabu). Sumbangan tersebut telah diterima oleh YB. Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri (I) Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di kawasan Dun N.07 Tandek, Kota Marudu.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
PROGRAM PEMODENAN NELAYAN ASNAF ETIQA
25 Februari 2025
Yang disempurnakan oleh YBhg. Encik Zafri Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad.
Dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajian Hawariyyun dan dilaksanakan oleh Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC) Bahagian Perancangan dan Pembangunan Strategik (PPS). Seramai 60 peserta yang terlibat terdiri daripada daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu. Program ini berlangsung pada 20-22 Februari 2025 dan bertempat di Hotel LA Tawau, Sabah.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KOLAM PANCING KERAPU KO-NELAYAN PADA 22 FEBRUARI 2025
17 Februari 2025
Aktiviti Terkini
KUNJUNGAN HORMAT DARI KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN) KE JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)
13 Februari 2025
Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), YBhg. KPjR Lokman Effendi Ramli telah menerima kunjungan hormat daripada Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) yang diketuai oleh YBrs. Encik Salleh Hj. Obong, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Strategik.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik yang boleh dikembangkan diantara RELA dengan KO-NELAYAN.
Turut hadir semasa sesi kunjungan hormat ini adalah TKPjR Muhamad Ghazali Bin Mamat @ Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).
#SetiaBerbakti
#RELASiapsiaga
#keselamatantanggungjawabersama
#taatsetia
#IhsanMADANI
#MalaysiaMadani
Aktiviti Terkini
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Ko-Nelayan 2025
12 Februari 2025
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Ko-Nelayan 2025 yang di sambut baik dan dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Kong Soon Choi dan Tuan Hj. Yusof Hj. Ag Besar di Ibu Pejabat Ko-Nelayan.
#konel
#konelayan
#tahunbarucina2025
#selamattahunbarucina
Aktiviti Terkini
Bengkel Training Of Trainers (TOT) Untuk Aplikasi "Electronic - Sabah Mobile Artisanal (Fisherman) Remote Technology (e-SMART)"
6 Februari 2025
Bengkel Training of Trainers (TOT) yang dianjurkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ini bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh kepada pegawai dan kakitangan KO-NELAYAN mengenai teknologi angkasa (remote sensing), Sistem Maklumat Geospatial (GIS), Sistem Penentududukan Global (GPS), serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan oseanografi dan perikanan.
Program ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menggunakan teknologi canggih ini bagi membantu para nelayan dan masyarakat pesisir dalam meningkatkan hasil perikanan mereka serta memudahkan pemantauan keadaan laut.
Seramai 6 orang pegawai penyelidik MYSA dan 10 orang pegawai serta kakitangan KO-NELAYAN terlibat dalam bengkel ini.
Peserta yang terlibat telah didedahkan dengan cara menggunakan aplikasi dan teknologi yang berhubung rapat dengan perikanan dan oseanografi, melalui sesi pembelajaran teori dan praktikal.
Bengkel ini berlangsung selama tiga hari, dari 4 hingga 6 Februari 2025 bertempat di Bilik Latihan, Agensi Angkasa Malaysia di Kuala Lumpur.
Bengkel ini bertujuan untuk membolehkan pegawai-pegawai terlatih untuk menyebarkan pengetahuan kepada komuniti nelayan dan seterusnya meningkatkan keberkesanan penggunaan teknologi angkasa dan peralatan berkaitan dalam sektor perikanan di Sabah.
#konelayansabah
#programnelayandigital
#MalaysiaMadani
Aktiviti Terkini
KURSUS ONLINE PEMBENIHAN & ASUHAN UDANG GALAH
5 Februari 2025
Kepada yang berminat dengan udang galah, Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC) akan menganjurkan kursus secara bersemuka. Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknik pembenihan dan asuhan udang galah.
Tarikh : 10 - 12 Februari 2025
Masa : 8.00am
Tempat : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN, Tuaran
Yuran : RM500.00 / Seorang (Yuran termasuk penginapan, makan minum, sijil penyertaan)
๐ฏ Siapa yang patut sertai?
โข Pengusaha akuakultur
โข Individu yang berminat menceburi penternakan udang galah
โข Mereka yang ingin menambah pengetahuan tentang industri ini
๐ Kelebihan Kursus:
โ๏ธ Penceramah berpengalaman
โ๏ธ Modul komprehensif
โ๏ธ Sesi soal jawab
๐ฉ Daftar Sekarang!
๐ Klik
BORANG PENYERTAAN - PEMBENIHAN DAN ASUHAN UDANG GALAH - 25(01)
๐ Hubungi:
๐ En. Fhairull Di Talian Berikut :
Whatsapp
ATAU
๐ Pn. Hanah : Di Talian Berikut :
Whatsapp
Tempat terhad! Jangan lepaskan peluang, daftarlah sekarang ๐ฆโจ
#KONELAYAN
#KATC
Aktiviti Terkini
Israk Mikraj Tahun 2025
28 Januari 2025
Selamat Tahun Baru Cina!
Mari kita sambut tahun Ular dengan semangat baru dan harapan yang tinggi!
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Pengambilan Baru Perantis Tahap 2 Tahun 2025
28 Januari 2025
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani &
Salam 1 Kemahiran.
๐ฐ PENGAMBILAN BARU
Program Latihan Kemahiran Akademi Dalam Industri (ADi) Yang Menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Dalam Bidang Operasi Akuakultur Marin - Tahap 2 Kini Dibuka Bagi Pengambilan FEBRUARI Tahun 2025.
๐ SIJIL KURSUS LATIHAN YANG DITAWARKAN :
1. Persampelam Tanah Dan Air Tapak Akuakultur Marin
2. Penyediaan Tempat Ternakan Akuakultur Marin
3. Pengendalian Pelepasan Benih Akuakultur Marin
๐ TEMPOH LATIHAN
3 Bulan Sahaja
๐ SESI TEMUDUGA
Tarikh : 5 Februari 2025
Masa : 8.00am
Tempat : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN ,Tuaran
Kod Pakaian : Formal
โก๏ธ Sila Bawa Bersama Resume & Sijil Akademik Yang Berkaitan.
๐Untuk Sebarang Pertanyaan Lanjut Boleh Hubungi :
Pengurus Unit Akademik/Pegawai Penyelaras ADi Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN Tuaran :
๐ Pn.Ahzlinda Akian
Di Talian Berikut :
Whatsapp
๐ BAGI CALON YANG BERMINAT , SILA ISI - LINK PENDAFTARAN SESI TEMUDUGA BERIKUT :
BORANG PERMOHONAN - PENGAMBILAN PROGRAM AKADEMI DALAM INDUSTRI (ADi) 2025
#PenerajuKemahiranAkuakultur
#KONELAYAN
#KATC
Aktiviti Terkini
Israk Mikraj Tahun 2025
27 Januari 2025
Selamat memperingati Israk Mikraj 2025.
Semoga kita sentiasa mengambil hikmah dari perjalanan mulia Nabi Muhammad SAW dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan sehari-hari.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Majlis Amanat Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan serta Selamat Tahun Baru Cina 2025
24 Januari 2025
Majlis Amanat Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan serta Selamat Tahun Baru Cina 2025 di dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah.
#TahunBaruCina2025
#happychinesenewyear
#HappyChineseNewYear2025
#konel
#konelayan
Aktiviti Terkini
KURSUS UPSKILLING: PENGHASILAN MAKANAN IKAN BERFORMULASI KOS RENDAH
22 Januari 2025
๐ KURSUS UPSKILLING: PENGHASILAN MAKANAN IKAN BERFORMULASI KOS RENDAH
๐
Tarikh: 27 - 28 Januari 2025
๐ Lokasi: Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan, Laya-Laya, Tuaran
๐ฐ Yuran Penyertaan: RM400.00
Adakah anda ingin mempertingkatkan kemahiran dalam industri akuakultur?
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kursus ini yang direka khusus untuk memberi pendedahan praktikal dan teori dalam menghasilkan makanan ikan yang berformulasi kos rendah.
Faedah Kursus:
โข Dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang akuakultur
โข Makan dan minum disediakan;
โข Penginapan disediakan; dan
โข Sijil kursus akan diberikan;
Syarat Penyertaan:
1. Terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
2. Yuran kursus hendaklah dijelaskan sebelum tarikh kursus bermula.
3. Peserta hendaklah sihat tubuh badan dan mampu melaksanakan kerja praktikal.
4. Keutamaan diberikan kepada individu yang sedang atau berminat untuk menceburi industri akuakultur.
Syarat dan Terma Kursus:
โข Kursus ini diadakan secara bersemuka.
โข Terhad kepada 40 orang peserta sahaja.
โข Peserta wajib hadir sepanjang sesi kuliah dan praktikal.
โข Sijil penyertaan hanya diberikan kepada peserta yang memenuhi semua syarat kursus.
โ ๏ธ Tempat adalah terhad, sila daftar segera !!!
Pendaftaran dan Maklumat Lanjut:
Hubungi โก๏ธ
En. Fhairull : Whatsapp
Pn. Hanah : Whatsapp
atau
Pejabat di talian 088-294 329.
Ambil langkah pertama ke arah meningkatkan kemahiran anda dalam bidang akuakultur hari ini!
Sila klik pautan dibawah untuk mendaftar secara dalam talian โฌ๏ธ
๐ BORANG PENYERTAAN - KURSUS UPSKILLING: PENGHASILAN MAKANAN IKAN BERFORMULASI KOS RENDAH - 25(01)
Aktiviti Terkini
Takwin Kursus Anjuran Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC) Bagi Tahun 2025
22 Januari 2025
PEMAKLUMAN TAKWIM KURSUS ANJURAN PUSAT LATIHAN AKUAKULTUR KO-NELAYAN (KATC) BAGI TAHUN 2025
Aktiviti Terkini
Notis Penutupan Sementara Kolam Pancing Ko-Nelayan
3 Januari 2025
๐NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KOLAM PANCING BAGI PERTANDINGAN MEMANCING
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025
31 Disember 2024
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2025
Semoga di tahun baharu ini impian dan matlamat kejayaan akan dapat dicapai untuk terus cemerlang dan gemilang.
#konelayansabah
#tahunbaru
Aktiviti Terkini
Ucapan Tahun Baru 2025 Dari Warga Ko-Nelayan
31 Disember 2024
Menanam bunga di taman hati, Subur tumbuh, indah bersemi.
Tahun baru buang rasa iri, Bawa damai penuh harmoni.
Semoga segala aturan yang dirancang beroleh kejayaan serta keberkatan dari-Nya.
Di sini ada sedikit ucapan yang sempat dirakamkan untuk diabadikan sebagai kenangan.
#konel #konelayan #sabah #tahunbaru #2025
Aktiviti Terkini
KURSUS ONLINE PEMBENIHAN & PENTERNAKAN UDANG GALAH ANJURAN KATC
26 Disember 2024
Kepada yang berminat dengan udang galah, Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC) akan menganjurkan kursus terakhir untuk tahun 2024.
Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknik penternakan udang galah.
๐
Tarikh: 30 Disember 2024
โฐ Masa: 9.30 pagi
๐ฅ๏ธ Platform: Google Meet
๐ต Yuran: RM30.00
(Sila kemukakan resit bayaran kepada urusetia selewat-lewatnya sehari sebelum kursus)
๐ฆ CIMB : 8005523576 (KO-NELAYAN TUARAN)
๐ Apa yang anda akan pelajari?
โ
Teknik pembenihan udang galah
โ
Asas penternakan udang galah
โ
Kaedah penjagaan dan pengurusan kolam
๐ฏ Siapa yang patut sertai?
โข Pengusaha akuakultur
โข Individu yang berminat menceburi penternakan udang galah
โข Mereka yang ingin menambah pengetahuan tentang industri ini
๐ Kelebihan Kursus:
โ๏ธ Penceramah berpengalaman
โ๏ธ Modul komprehensif
โ๏ธ Sesi soal jawab
๐ฉ Daftar Sekarang!
๐ Klik Pautan Di Bawah :
๐ BORANG PENYERTAAN - KURSUS UPSKILLING PEMBENIHAN & PENTERNAKAN UDANG GALAH โ ONLINE 24(10)
๐ Hubungi :
โก๏ธ En. Fhairull : https://wa.me/+60138999914 ,
โก๏ธ Pn. Hanah : https://wa.me/+60128526065
Tempat adalah terhad! Jangan lepaskan peluang, daftarlah sekarang ๐ฆโจ
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Hari Natal Tahun 2024
24 Disember 2024
Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang meraihkanya.
Semoga perayaan ini akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan anda sekeluarga.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Promosi Disember : Kolam Pancing Tangkap & Lepas Ko-Nelayan
11 Disember 2024
โผ๏ธ PROMOSI DISEMBER โผ๏ธ
Jom kita beramai-ramai mengambil peluang sempena promosi sepanjang bulan disember ini memancing di kolam pancing tangkap & lepas Ko-Nelayan di Kg Laya-Laya Tuaran
#konelayan
#konelayansabah
#tmakonelayan
Aktiviti Terkini
Selamat bersara kepada Puan Raya Binti Undui @ Suraya, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN
6 Disember 2024
Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kakitangan KO-NELAYAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat bersara kepada Puan Raya Binti Undui @ Suraya, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN. Beliau akan bersara wajib pada 08 Disember 2024 dan hari ini merupakan hari terakhir beliau berada di Ibu Pejabat KO-NELAYAN setelah 32 tahun 9 bulan berkhidmat di KO-NELAYAN.
Selamat menikmati dunia persaraan dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta dilimpahkan kebahagiaan dan keberkatan hidup senantiasa disamping keluarga tercinta.
Hilangmu tiada pengganti,
hanya tinggal kenangan abadi,
terima kasih jasa di beri,
akan kami semai di hati.
Terima kasih dan selamat bersara โค๏ธ
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
MAJLIS PENYAMPAIAN DIVIDEN & SUMBANGAN DARIPADA AGENSI AWAM KEPADA KERAJAAN NEGERI
28 November 2024
KO-NELAYAN telah menyerahkan sebanyak RM600,000.00 kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam Majlis Penyampaian Dividen dan Sumbangan daripada Agensi Awam kepada Kerajaan Negeri pada 26 November 2024 bertempat The Magellan Sutera, Kota Kinabalu Sabah. Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Sesi penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Tn. Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN diiringi oleh Tn. Hj. Yusof. Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN bersama Tn. Ag. Asmat Hj. Ag. Saman, Pen. Pengurus Besar, Bahagian Khidmat Pengurusan KO-NELAYAN.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Ko-Nelayan Menerima Anugerah Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) Terbaik Peringkat Badan Berkanun Negeri
28 November 2024
Sesi bergambar Tn. Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN dan Pn. Nur Ermalina Madsun, Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) KO-NELAYAN bersama trofi dan sijil penganugerahan yang telah diterima semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Rekod Jabatan peringkat Kerajaan Negeri Sabah (JPRJPKNS) Bil.24 Siri 2/2024.
Hadir bersama, Tn. Ag. Asmat Hj. Ag. Saman, Pen. Pengurus Besar (PPB) Bahagian Khidmat Pengurusan, Tn. Roger Yapin, Pegawai Tadbir KO-NELAYAN serta kakitangan KO-NELAYAN (Bahagian Khidmat Pengurusan).
KO-NELAYAN telah menerima anugerah Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) terbaik peringkat Badan Berkanun Negeri pada 27 November 2024 bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort yang telah disampaikan oleh Pn. Shirley Sion, Pengarah Arkib Negeri Sabah.
Semoga momentum kejayaan dan kecemerlangan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang dalam memacu pentadbiran KO-NELAYAN yang lebih efisien.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Penyertaan KO-NELAYAN dalam sambutan Regatta Lepa kali ke-29 di Semporna, Sabah
25 November 2024
Penyertaan KO-NELAYAN dalam sambutan Regatta Lepa kali ke-29 yang telah berlangsung pada 22hb sehingga 24hb November 2024 bertempat di Padang Bandaran Semporna.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#regattalepa2024
#sempornasabah
#sabah
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Kursus Evolusi Kaedah Penangkapan Ikan Moden e-SMART (Program Nelayan Digital Siri 2/2024)
22 November 2024
Kursus Evolusi Kaedah Penangkapan Ikan Moden e-SMART telah berlangsung di LA Hotel Tawau pada 20 hingga 22 November, 2024. Ini merupakan kursus siri kedua bagi tahun 2024. Perasmian majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Tuan Salleh Hj. Obong, Penolong Pengurus Besar (PPS) selaku wakil kepada Pengurus Besar KO-NELAYAN.
#konelayan
#penerajutransformasinelayan
#SabahMajuJaya
Aktiviti Terkini
Tempahan Ikan Kerapu Hibrid KO-NELAYAN
21 November 2024
Antara inisiatif yang diambil oleh Projek Akuakultur KO-NELAYAN dan KONEL Venture Sdn. Bhd. bagi memperkenalkan dan mempromosi produk yang dikeluarkan oleh KO-NELAYAN adalah mengadakan kerjasama memasarkan dan membekalkan produk ikan Kerapu Hibrid ke Sabah International Convention Centre (SICC). Penghantaran pertama adalah sebanyak 166.78kg (120 ekor) ikan kerapu hibrid.
Bagi yang berminat untuk menempah ikan kerapu hibrid KO-NELAYAN memerlukan apa-apa maklumat berkaitan, boleh terus menghubungi Ko-Nelayan Marketing.
#konelayan
#penerajutransformasinelayan
#SabahMajuJaya
Aktiviti Terkini
Program Ceramah Peluang Kerjaya Akuakultur dan Kursus Pembenihan Ikan Keli Afrika
19 November 2024
Pada 19hb. November, 2024 satu program ceramah Peluang Kerjaya Akuakultur dan Kursus Pembenihan Ikan Keli Afrika telah disampaikan oleh kakitangan Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) kepada 25 orang pelajar SKM SMK Kunak Jaya, Kunak. KATC diketuai oleh Tuan Guntur Putera Malindo Wasianto dan turut menyampaikan ceramah ialah Puan Ahzlinda Ahkian.
#konelayan
#penerajutransformasinelayan
#SabahMajuJaya
Aktiviti Terkini
sesi Libat Urus Strategik di antara KO-NELAYAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN)
13 November 2024
Satu sesi Libat Urus Strategik telah diadakan di antara KO-NELAYAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) pada 13 November, 2024 di
Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN, Kg. Laya-Laya, Tuaran.
Rombongan JPAN diketuai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan),
Ybhg. Datuk Robert Stidi serta Puan Maria David Edick, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Rombongan tersebut disambut oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN serta barisan Pengurusan Tertinggi dan pegawai-pegawai KO-NELAYAN.
Selain Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC), rombongan tersebut juga turut melawat Taman Mini Akuakultur KO-NELAYAN dan Trayong Eco Fishing Point (TEFP) KO-NELAYAN.
Aktiviti Terkini
Majlis Menandatangani Borang Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
9 November 2024
Sekitar suasana Majlis Menandatangani Borang Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri (KO-NELAYAN) yang telah diadakan pada 08 November 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan
Aktiviti Terkini
penganugerahan KO-NELAYAN atas Anugerah Penarafan 5 Bintang Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) Tahun 2024
8 November 2024
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada KO-NELAYAN Sabah atas penganugerahan Anugerah Penarafan 5 Bintang Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) bagi tahun 2024.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN diiringi bersama Cik Asmijah Abdul Majid, Pegawai Sumber Manusia KO-NELAYAN.
Semoga KO-NELAYAN terus mengorak langkah maju ke hadapan!
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayansabah #SabahMajuJaya #sabah #kotakinabalu
Aktiviti Terkini
Penyertaan KO-NELAYAN Dalam Pameran Tawau Agriculture & Aquaculture Exhibition
8 November 2024
Penyertaan KO-NELAYAN dalam pameran Tawau Agriculture & Aquaculture Exhibition bermula pada hari ini, 08 November sehingga 10hb November 2024 bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah bermula pada 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Sempena pameran ini, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi suasana pameran dengan menyokong pembelian pelbagai jenis jualan Produk Hiliran dan Usahawan Ko-Nelayan melalui KO-NELAYAN Marketing.
Pameran ini turut disertai oleh usahawan bimbingan KO-NELAYAN iaitu Puan Susiani Sugimin dan beberapa lagi usahawan bimbingan KO-NELAYAN di dewan tersebut.
Jom sokong produk KO-NELAYAN dan usahawan Bimbingan KO-NELAYAN!
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan #tawau #TawauSabah #tawautown #usahawantawau #konelayantawau
Aktiviti Terkini
KOLAM PANCING TANGKAP & LEPAS KO-NELAYAN DI TAMAN MINI AKUAKULTUR (TMA), KG. LAYA-LAYA TUARAN
4 November 2024
๐ NOVEMBER PROMOTION !!!
Jom kita beramai-ramai mengambil peluang sempena promosi sepanjang bulan November ini memancing di Kolam Pancing Tangkap & Lepas KO-NELAYAN di Kg. Laya-Laya, Tuaran.
#TMA #reels #sabahtourism #kolampancing #sabahinfo #Homestaytuaran #fypsabah #pertandinganmemancing #tuarankita #fyp #kotakinabalu #tma #homestaytuaran
Aktiviti Terkini
MAJLIS PENUTUPAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN SABAH (HPPNS) TAHUN 2024
3 November 2024
Hari ini merupakan hari terakhir Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) 2024, yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 01 November 2024 yang lalu.
Majlis Penutupan ini dirasmikan oleh YB Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri II, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) selaku wakil kepada Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Syabas dan tahniah buat semua pempamer HPPNS 2024.
#HPPNS2024
#MalaysiaMadani
#konelayan
Aktiviti Terkini
Majlis Perasmian Konvensyen Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) 2024
2 November 2024
Hari ini berlangsungnya satu Majlis Konvensyen Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) 2024 yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC).
Majlis Konvensyen ini dirasmikan oleh YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Sabah selaku wakil kepada Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Seramai 5 orang usahawan bimbingan KO-NELAYAN turut menyertai Konvensyen tersebut iaitu:
1. Encik Sufian Bin Mohd Tahir
2. โ Puan Royna Binti Masbud
3. โ Puan Maznah Binti Jamain
4. โ Puan Rahini Binti Oyoh
5. โ Puan Nasriah Binti Abdullah.
#hppns2024
#MalaysiaMadani
#konelayan
Aktiviti Terkini
UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA USAHAWAN BIMBINGAN KO-NELAYAN YANG MENERIMA ANUGERAH 'HIGH ACHIEVERS'
2 November 2024
KO-NELAYAN mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua usahawan bimbingan KO-NELAYAN yang telah menerima anugerah โHigh Achieverโ pada 01/11/2024 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) 2024. Semoga terus maju jaya dan diharapkan pencapaian ini akan menjadi pendorong kepada usahawan yang lain.
1. Puan Suhartini Binti Sultan
(Pengusaha Keropok Lekor (Ready to eat)
2. โ Encik Ahmad Bin Monta
(Pengusaha Keropok Lekor Keping dan Keropok Lekor frozen)
3. โ Puan Dayang Suhanah Binti Harun
(Pengusaha Ikan Kering Bersambal frozen)
4. โ Puan Maznah Binti Jamain
(Pengusaha Ikan Tausi & spicy Sardine)
5. โ Puan Eriy Binti Dusun
(Pengusaha Sambal Tauhu Ikan Bilis/Udang)
6. โ Encik Ag. Faez Bin Ag. Sahbudin
(Pengusaha Ternakan Udang Dalam Kolam (VANNAMEI) Udang Putih.
7. โ Encik Mohammad Noorazrin Bin Jufrey
(Pengusaha Ternakan Udang Dalam Kolam)
#hppns2024
#MalaysiaMadani
#konelayan
Aktiviti Terkini
SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH (HPPNS) TAHUN 2024
1 November 2024
Sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan peringkat Negeri Sabah (HPPNS) tahun 2024 telah diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu,Sabah pada 1hb. November, 2024. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I, merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) selaku wakil kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.
Pada majlis tersebut juga telah diadakan peluncuran ikan arowana KO-NELAYAN yang pertama iaitu โArowana Kinabaluโ yang diadakan di gerai utama KO-NELAYAN dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan.
#hppns2024
#MalaysiaMadani
#konelayan
Aktiviti Terkini
SELAMAT HARI DEEPAVALI 2024
31 Oktober 2024
Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan KO- NELAYAN mengucap Selamat Hari Deepavali.
Semoga Deepavali kali ini penuh dengan kebahagiaan, kesejahteraan, dan keberkatan.
Selamat bercuti!
#MalaysiaMadani
#konelayan
Aktiviti Terkini
PROGRAM INNOPACK 2024 BERSAMA SIRIM
24 Oktober 2024
Objektif utama program ini adalah untuk membantu usahawan meningkatkan kebolehpasaran dan nilai tambah ke atas produk 10 orang usahawan melalui pembungkusan yg memenuhi standard SIRIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Usahawan yang memenuhi kriteria telah diberi taklimat dan geran innopack. Program kali ini telah diadakan di Pejabat Wilayah Tawau.
Aktiviti Terkini
NOTIS MAKLUMAN KEMASKINI ALAMAT DAN NOMBOR TEL. PEJABAT KO-NELAYAN WILAYAH PANTAI BARAT
23 Oktober 2024
Aktiviti Terkini
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KOLAM PANCING
22 Oktober 2024
Aktiviti Terkini
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN TIMBALAN KETUA MENTERI I
20 Oktober 2024
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada YB DSP Dr. Jeffery G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) daripada seluruh warga KO-NELAYAN Sabah.
Aktiviti Terkini
MAJLIS PERASMIAN SABAH INTERNATIONAL BLUE ECONOMY CONFERENCE MALAYSIA (SIBEC) 2024
19 Oktober 2024
Majlis Perasmian Sabah International Blue Economy Conference Malaysia (SIBEC) 2024 yang dirasmikan oleh
Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).
#konelayan
#SIBEC
#SIBEC2024
Aktiviti Terkini
PENGURNIAAN PINGAT KEBESARAN DAN SIJIL PENGHARGAAN
10 Oktober 2024
SSETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA :
1. YB DATUK PETO GALIM
2. YBHG. DATUK LEONARD STEPHEN
3. YBHG. DATUK MUHAMMAD BIN TASSAN
4. ENCIK SABRAN BIN SAYAN
5. PUAN RUSIAH AG. ABAS
6. ENCIK AMIR HUSSIEN AMIT
7. PUAN NUR ASHRIAH AWANG ASMI
ATAS PENGURNIAAN PINGAT KEBESARAN DAN SIJIL PENGHARGAAN
SEMPENA HARI JADI RASMI YANG KE 71 TAHUN
TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
PADA 5 OKTOBER 2025
#dirgahayutytsabah
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMadani
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
DIRGAHAYU TYT NEGERI SABAH
05 Oktober 2024
Selamat Hari Jadi Rasmi diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah.
Semoga Allah S.W.T melanjutkan usia Tuan Yang Terutama, memberkati dan merahmati pemerintahan Tuan Yang Terutama.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah ( Ko-Nelayan )
#dirgahayutytsabah
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Program Pembangunan Reka Bentuk Pembungkusan dan Pencetakan
02 Oktober 2024
Program Pembangunan Reka Bentuk Pembungkusan dan Pencetakan 10 Produk Usahawan KO-NELAYAN Sabah 2024 bersama SIRIM BERHAD.
Aktiviti Terkini
Pengumuman Pelantar Pancing Trayong Eco Fishing Point (TEFP)
02 Oktober 2024
Aktiviti Terkini
Menerajui Era Baharu Ekonomi Digital Komuniti Nelayan Sabah
02 Oktober 2024
KO-NELAYAN Menerajui Era Baharu Ekonomi Digital Komuniti Nelayan Sabah!
Dalam usaha memperkukuhkan kedudukan komuniti nelayan dan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Sabah di persada ekonomi digital, KO-NELAYAN dengan bangga terus mengorak langkah ke hadapan!
Dipimpin oleh Haji Yusof Haji Ag. Besar (Pengurus Besar), bersama barisan pengurusan tertinggi termasuk En. Salleh Bin Obong (Penolong Pengurus Besar PPS), En. Ag Asmat Bin Ag. Saman (Penolong Pengurus Besar KP), dan En. Mohd Nadzril Anak Encharang (Pegawai IT), KO-NELAYAN bersatu dalam merealisasikan impian mensejahterakan nelayan tempatan dan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui Platform Digital e-Kan.
Pada 30 September 2024 yang lalu, KO-NELAYAN telah mencatat sejarah baharu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah (JPPKNS), Apabila di jemput hadir untuk membentangkan satu inovasi dan inisiatif penting yang sedang dilaksanakan oleh KO-NELAYAN dalam memperkasa para usahawan di bawa bimbingan KO-NELAYAN dan Usahawan PMKS di Sabah.
Ini bukan sekadar pencapaian, tetapi satu permulaan kepada masa depan yang lebih cerah buat seluruh komuniti nelayan dan Usahawan PMKS Sabah. Bersama kita menuju transformasi ekonomi digital, membawa hasil laut kita ke seluruh Malaysia!
#KoNelayan #EKan #NelayanDigital #EkonomiNelayan #SabahHebat #PembangunanNelayan
Aktiviti Terkini
Jualan Akhir Produk KO-NELAYAN di Pavilion Sabah, MAEPS Serdang, Selangor
19 September 2024
TINGGAL 5 HARI LAGI MAHA 2024!
Jom ramai-ramai datang ke tapak jualan KO-NELAYAN di Pavilion Sabah, MAEPS Serdang Selangor dan dapatkan produk akhir Usahawan Ko-Nelayan Sabah! Rebut peluang selagi stok produk masih ada ๐ Jom jom jom datang!!
MAHA 100 TAHUN
SABAH MAJU JAYA
#konelayanmaha2024 #konelayan #maepsserdang #MAHA2024
#maha2024maepsserdang
Aktiviti Terkini
Sesi Lawatan YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I ke Pavilion Sabah, MAEPS Serdang
15 September 2024
Sekitar suasana lawatan YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) ke Pavilion Sabah, MAEPS Serdang Selangor sempena MAHA 2024.
Semasa sesi lawatan ini, YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan juga mengadakan lawatan ke tapak pameran dan jualan produk-produk tempatan Usahawan Ko-Nelayan bersama Ybhg. Tuan Leonard Stephen Poyong, Setiausaha Tetap MAFFI.
Hadir bersama dalam sesi ini, Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN diiringi Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN bersama pegawai-pegawai KO-NELAYAN.
Dua orang usahawan KO-NELAYAN telah menyertai lawatan MAHA 2024 iaitu Puan Suhartini Sultan (Kemacha Tini's Lekor) dan Puan Rafidah Dzulkiflee (Babu Pop) sebagai salah satu inisiatif KO-NELAYAN dalam membantu usahawan dalam meningkatkan ilmu dan pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam dunia keusahawanan melalui lawatan ke tapak pameran berkaitan peralatan mesin, rekabentuk produk dan sebagainya. Semoga inisiatif ini membantu usahawan KO-NELAYAN untuk terus berjaya dalam dunia keusahawanan.
MAHA 2024 (100th Years)
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#MAHA2024 #MAHA2024SERDANG #konelayansabah #maeps #pertanian #perikanan #maepserdang #maeps
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2024
15 September 2024
โSelamat Menyambut Maulidur Rasul.
Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.โ
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2024
15 September 2024
Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita bersama-sama sentiasa menyemarakan rasa cinta kepada tanahair kita.
"Rukun Negara diamal sentiasa, Tonggak pegangan jiwa rakyatnya, Hari Malaysia diraikan kita, Semoga Malaysia sejahtera selamanya."
Tulus ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan kakitangan KO-NELAYAN.
#konelayan
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMadani
Aktiviti Terkini
Temui KO-NELAYAN di Pavilion Sabah Sempena Sambutan 100 Tahun MAHA (MAHA 2024)
12 September 2024
Warga Sabahan dan orang ramai yang berada di sekitar Kuala Lumpur & Selangor, jom temui KO-NELAYAN sepanjang 11 September sehingga 22 September 2024 di Pavilion Sabah sempena Sambutan 100 Tahun MAHA (MAHA 2024).
Selain daripada pameran dan jualan produk-produk Usahawan Ko-Nelayan terdapat juga pameran dan jualan produk tempatan Sabah dari seluruh Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) dan Sawit Kinabalu Agribusiness Products.
Di samping itu, turut berlangsung aktiviti Business Matching antara KO-NELAYAN dan beberapa syarikat di Malaysia yang akan membuka jalinan peluang kerjasama yang lebih proaktif dalam bersama-sama memajukan industri perikanan khususnya di Negeri Sabah.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#MAHA2024 #konelayan #maha2024 #serdang #maepserdang
Aktiviti Terkini
Kunjungan hormat dan lawatan sambil belajar ahli-ahli Jawatankuasa Nelayan Darat KO-NELAYAN DUN.38 Paginatan ke Ibu Pejabat KO-NELAYAN Sabah
6 September 2024
Kunjungan hormat dan lawatan sambil belajar ahli-ahli Jawatankuasa Nelayan Darat KO-NELAYAN DUN.38 Paginatan ke Ibu Pejabat KO-NELAYAN Sabah bertempat di Wisma Pertanian Sabah.
Hadir bersama dalam majlis ini ialah Tn. Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN serta Tn. Hj. Yusof Hj. Ag. Besar Pengurus Besar KO-NELAYAN, Pn. Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar (PN), Pn. Dyg Adrina Ag. Nohin Ketua Unit Pengurusan Kredit serta En. Arieavistara Ryee Kuinon Pengurus Wilayah Pantai Barat.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan
Aktiviti Terkini
Kursus Pemprosesan Produk Hiliran Perikanan Anjuran Unit Sumber Manusia, KO-NELAYAN
5 September 2024
Kursus Pemprosesan Produk Hiliran Perikanan anjuran Unit Sumber Manusia, KO-NELAYAN telah diadakan pada bulan Ogos, 2024 di Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC), Kg. Laya-Laya, Tuaran. Kursus tersebut dilaksanakan oleh KATC dan dibimbing oleh pihak MARDI.
Semasa kursus tersebut, para peserta diajar cara-cara memproses keropok ikan, bebola ikan, kek ikan (fishcake), nuget ikan dan 'patty' burger ikan.
Aktiviti Terkini
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM E-KAN SIRI 2/2024
5 September 2024
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi peserta kursus Elektronik Komuniti Usahawan Nelayan (e-KAN) siri 2/2024 (Level-Up) telah diadakan pada 29 Ogos, 2024 di Hotel Sky, Kota Kinabalu.
Kursus tersebut dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat KO-NELAYAN dan telah dilaksanakan oleh Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC).
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil kepada Pengurus Besar iaitu Tuan Salleh Hj. Obong, Penolong Pengurus Besar (Perancangan dan Pembangunan Strategik) KO-NELAYAN.
Aktiviti Terkini
SESI LAWATAN VERIFIKASI PERANTIS TAHAP 2 DAN TAHAP 3
3 September 2024
SESI LAWATAN VERIFIKASI PERANTIS TAHAP 2 DAN TAHAP 3 untuk Program Latihan Kemahiran SKM-SLDN Intake Julai 2024 telah berlangsung pada 03 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) Laya-laya Tuaran, Sabah.
Pegawai pemantau dari pihak JPK yang terlibat adalah Tn. Mohd Fazil Bin Jundam, Penolong Kanan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Wilayah Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan, Kementerian Sumber Manusia Bersama Penyelaras Program SKM-SLDN Pn. Ahzlinda Akian dan 45 orang perantis.
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Sabah Tahun 2024
31 Ogos 2024
Semoga kita sentiasa menghargai kebebasan dan kemerdekaan ini.
Mari kita bersatu hati menghayati erti sebenar kemerdekaan dan menghargai segala usaha yang dilakukan untuk mencapai kebebasan.
Dengan semangat yang sama, marilah kita membina masa depan yang lebih baik dan lebih cemerlang untuk Sabah yang kita sayangi dan Malaysia yang kita cintai.
#konelayan
#sabahmajujaya
#malaysiamadani
Aktiviti Terkini
Lawatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ke Projek Ikan Dalam Sangkar
09 Ogos 2024
Pada 3hb. Ogos, 2024, Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan telah menerima lawatan rombongan seramai 25 orang ahli daripada Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Program Lawatan Kerja Rasmi rombongan tersebut ke Negeri Sabah.
Rombongan tersebut disambut oleh Tuan Burhan Hj. Japar, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Industri Perikanan) KO-NELAYAN.
#tma #tamanminiakuakultur #konel #konelayan #sabah
Aktiviti Terkini
Majlis Penutupan Bengkel Jadual Pelupusan dan Rekod Fungsian Ko-Nelayan
08 Ogos 2024
Bengkel Jadual Pelupusan dan Rekod Fungsian KO-NELAYAN telah diadakan selama dua hari dari 7-8hb. Ogos, 2024 di Hotel Sky, Kota Kinabalu. Majlis Penutupan Bengkel tersebut yang diadakan pada 8hb. Ogos, 2024 telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN.
#konel #konelayan #sabah #kursus
Aktiviti Terkini
Selamat Ulang Tahun Kepada Yang Berusaha Tuan Kong Soon Choi
05 Ogos 2024
Selamat menyambut ulang tahun ke 42 kepada Yang Berusaha Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN. We wish a pleasant birthday to you and hope that you have a great, healthy and blessed life ahead.
Aktiviti Terkini
Hari terakhir SAEX 2024
29 Julai 2024
Hari terakhir SAEX 2024. Jemput datang ke Sabah Agro Expo SAEX 2024 di SICC Kota Kinabalu. Pelbagai jenis jualan Ko-Nelayan yang ada di sini.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan #safex2024 #siccsabah #kotakinabalu
Aktiviti Terkini
Kunjungan oleh Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi ke booth pameran dan jualan KO-NELAYAN
29 Julai 2024
Kunjungan oleh YB. Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi ke booth pameran dan jualan KO-NELAYAN sempena Majlis Perasmian Sabah Agro Expo Saex 2024.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan #safex2024 #siccsabah #kotakinabalu
Aktiviti Terkini
SABAH AGRO EXPO SAEX 2024
26 Julai 2024
Temui KO-NELAYAN sempena SABAH AGRO EXPO SAEX 2024 bermula pada 26-28 Julai 2024 bertempat di SICC Kota Kinabalu Sabah.
Pelbagai jenis produk jualan keluaran Usahawan Ko-Nelayan yang anda boleh dapati sempena SAEX 2024 antaranya ialah Ikan Tausi ALUS, Sambal Petai Ikan Liking MYFY, Sambal Ikan Bilis & Ikan Masin BANGMUQ dan produk-produk Hiliran KO-NELAYAN.
Terdapat hampir 295 booth pameran yang akan menampilkan pelbagai jenis produk dalam dan luar negeri.
Temui KO-NELAYAN di booth 166 dan 167!
Jumpa anda di sini!
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#saex2024 #konelayansabah #siccsabah #kotakinabalu #SabahAgroExpo
Aktiviti Terkini
Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus Upskiling Asas Pembenihan, Asuhan dan Penternakan Ikan Air Tawar (Keli & Telipia)
26 Julai 2024
Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus Upskiling Asas Pembenihan, Asuhan dan Penternakan Ikan Air Tawar (Keli & Telipia) anjuran Bahagian Pembangunan Nelayan (PN) dan
dikendalikan oleh Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) Bahagian Perancangan Pembangunan Strategik (PPS).
Majlis ini telah berlangsung pada 25 Julai 2024 (Khamis) bertempat di Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC), Kg. Laya-laya Tuaran dab telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan
Aktiviti Terkini
Kunjungan Hormat KO-NELAYAN ke Pejabat ADABI Sabah Distribution SDN BHD
25 Julai 2024
Kunjungan Hormat KO-NELAYAN ke Pejabat ADABI Sabah Distribution Sdn. Bhd. telah diadakan pada 24 Julai, 2024 bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemprosesan produk makanan.
Rombongan KO-NELAYAN diketuai oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN dan disambut oleh Tuan Muhammad Zahari Muhammad Nasir, Pengurus Besar ADABI Sabah Distribution Sdn. Bhd. di KKIP Selatan, Kota Kinabalu.
#konelayansabah
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMadani
#penerajutransformasinelayan
Aktiviti Terkini
Kursus Upskilling Asas Pembenihan, Asuhan Dan Penternakan Ikan Air Tawar (Keli Dan Tilapia)
24 Julai 2024
Sedang berlangsung Kursus Upskilling Asas Pembenihan, Asuhan Dan Penternakan Ikan Air Tawar (Keli Dan Tilapia) bertempat di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan, Tuaran, Sabah.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan iklan terkini kursus. Sila klik pautan berikut: Klik Disini
Aktiviti Terkini
Majlis Penutupan Minggu Integriti 2024
22 Julai 2024
Majlis Penutupan Minggu Integriti 2024 Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) telah berlangsung jayanya pada 19 Julai 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah. Majlis ini telah dihadiri oleh warga MAFFI termasuk warga KO-NELAYAN yang diketuai oleh Pengurus Besar, Tn. Hj. Yusof Hj. Ag. Besar.
KO-NELAYAN telah merangkul beberapa kejayaan dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Minggu Integriti iaitu:
1. JOHAN bagi Pertandingan Video Animasi Tiktok "Integriti Disemai, Jati Diri Terpelihara" Klik Disini
2. NAIB JOHAN Pertandingan Mencipta Poster "Integriti Disemai, Jati Diri Terpelihara"
3. NAIB JOHAN Pertandingan Sukaneka "FIT INTEGRITI"
4. TEMPAT KETIGA Pertandingan Video Koir Integriti Perkhidmatan Awam "Integriti Disemai, Jati Diri Terpelihara"
5. TEMPAT KETIGA "TREASURE HUNT"
KO-NELAYAN juga merupakan urusetia bagi Program "FIT INTEGRITI" sempena Minggu Integriti MAFFI yang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Kejayaan ini sesungguhnya hasil daripada kerjasama dan semangat kerja berpasukan dari seluruh warga KO-NELAYAN.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan
Aktiviti Terkini
Kunjungan hormat KO-NELAYAN ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI)
22 Julai 2024
Kunjungan hormat KO-NELAYAN ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) pada 18 Julai, 2024. Rombongan KO-NELAYAN diketuai oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN disambut oleh Tuan Mohd. Nazri Omran, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah.
#konelayan
#SabahMajuJaya
#penerajutransformasinelayan
Aktiviti Terkini
Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
22 Julai 2024
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.
Sembah takzim daripada seluruh warga KO-NELAYAN
#IstiadatPertabalanYDPA17
#YDPAgong17
#konelayan
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMADANI
Aktiviti Terkini
Program 'Fit Integriti - Senamrobik dan Sukaneka'
10 Julai 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sempena Minggu INTEGRITI Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) 2024, KO-NELAYAN akan menganjurkan program 'Fit Integriti - Senamrobik dan Sukaneka' pada 17hb. Julai, 2024 di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah bermula jam 7.30 pagi. Orang ramai dijemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi program ini. Jom Sihat Bersama!
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#Fit4Health
#MelestarikanBudayaIntegriti
#SayaBerintegriti
#SayaSayangKONELAYAN
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Salam Maal Hijrah 1446H
05 Julai 2024
Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Pokok Sena,
Awal Muharram telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna
Pohon rimbun penuh berdaun,
Tumbuh subur di dalam hutan,
Doa Akhir dan Awal Tahun,
Mohon sentiasa diberi keberkatan.
Salam Maal Hijrah 1446H/2024 kepada Muslimin dan Muslimat KO-NELAYAN.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Majlis Penutupan Program Nelayan Digital, Kursus Evolusi Kaedah Penangkapan Ikan Moden e-SMART Siri 1/2024
29 Jun 2024
Majlis Penutupan Program Nelayan Digital, Kursus Evolusi Kaedah Penangkapan Ikan Moden e-SMART Siri 1/2024 telah diadakan pada 28hb. Jun, 2024 di Auditorium Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) di Tuaran dan telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN.
Program ini dirancang untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada nelayan mengenai teknik-teknik penangkapan ikan yang lebih efisien dan inovatif melalui sistem https://esmart.mysa.gov.my .
KO-NELAYAN - Peneraju Transformasi Nelayan
#KONELAYAN
#SabahMajuJaya
#PenerajuTransformasiNelayan
Aktiviti Terkini
Majlis Perasmian Program Food Feast 2024 anjuran Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS)
27 Jun 2024
KO-NELAYAN yang diwakili oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN telah menghadiri Majlis Perasmian Program Food Feast 2024 anjuran Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Program Food Feast ini adalah merupakan program untuk mempamerkan hasil pembangunan dan inovasi produk makanan gabungan daripada empat program pelajar Prasiswazah FSMP iaitu Program Perkhidmatan Makanan, Program Sains Makanan dan Pemakanan, Program Pemakanan dan Program Teknologi Makanan dan Bioproses. Selain itu, gerai pameran dan gerai jualan serta Food Truck juga turut diadakan bagi memeriahkan program ini.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah Puan Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Nelayan, Puan Dyg. Adrina Fatiah Ag. Nohin, Ketua Unit Pengurusan Kredit, Puan Rosalia Philip, Pengurus Wilayah KO-NELAYAN Kudat, Puan Rafneey Dzulkiflee, Pen. Pegawai Tadbir dan En. Snazzy Aslym Shenn, Pengurus Kilang Hiliran KO-NELAYAN.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayansabah
#konelayan
#UMSsabah
Aktiviti Terkini
Bengkel Tripartite Planning and Engagement Rancangan Malaysia Ke-13 KO-NELAYAN
23 Jun 2024
Bengkel Tripartite Planning and Engagement Rancangan Malaysia Ke-13 KO-NELAYAN telah diadakan pada 11-14 Jun, 2024 di Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu.
Bengkel tersebut diadakan bagi membentang dan menyemak Pencapaian Pelan Tindakan Tahun 2023, menyemak Kamus Data Pelan Strategik KO-NELAYAN Tahun 2023-2030 dan kerah minda bagi menyediakan kertas cadangan RMKe-13 oleh pegawai pelaksana yang terlibat.
#SabahMajuJaya
#konelayan
#penerajutransformasinelayan
#MalaysiaMadani
#RMK13
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
17 Jun 2024
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
Moga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Aktiviti Pemprosesan Keropok Ikan dan Pembuatan Mi KO-NELAYAN
12 Jun 2024
Aktiviti pemprosesan keropok ikan dan pembuatan mi KO-NELAYAN di Kompleks Perikanan KO-NELAYAN Kudat
#konel #konelayan #keropokikan #miikan
Aktiviti Terkini
๐NOTIS PEMAKLUMAN KAEDAH PEMBAYARAN
11 Jun 2024
Aktiviti Terkini
Majlis Jamuan Sempena Persaraan
11 Jun 2024
Majlis jamuan sempena persaraan Encik Adam Daud, Encik Madsah Ibrahim dan Encik Nasib Yusof yang diadakan pada 10hb. Jun, 1024 di Ibu Pejabat KO-NELAYAN, Wisma Pertanian Sabah. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti tuan-tuan di KO-NELAYAN. Kami ucapkan semoga sentiasa sihat dan selamat menikmati alam persaraan.
#konel #konelayan #persaraan
Aktiviti Terkini
Program Pelepasan Ikan ke Kolam Pancing Kerapu KO-NELAYAN
05 Jun 2024
Program Pelepasan Ikan ke Kolam Pancing Kerapu KO-NELAYAN bersempena dengan pembukaan semula Kolam Pancing Kerapu di Taman Mini Akuakultur, Kg. Laya-Laya, Tuaran telah diadakan pada 04 Jun, 2024. Program tersebut disempurnakan oleh Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi, Tuan Hj Muhammad bin Tassan serta Tn Hj Yusof Hj Ag Besar, Pengurus Besar bersama-sama Penolong-penolong Pengurus Besar dan pegawai-pegawai kanan KO-NELAYAN.
#konel #konelayan #kolampancingikankonelayan #kolampancing #tma #tamanminiakuakultur #pancing #ikan #ikankerapu
Aktiviti Terkini
โผ๏ธ NOTIS PERPINDAHAN โผ๏ธ
04 Jun 2024
Aktiviti Terkini
ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17
03 Jun 2024
DAULAT TUANKU.
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku.
Sembah takzim daripada Pengurusan Tertinggi dan kakitangan KO-NELAYAN.
Aktiviti Terkini
Lawatan ke tapak pameran dan jualan KO-NELAYAN
31 Mei 2024
Lawatan ke tapak pameran dan jualan KO-NELAYAN daripada YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan, Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah 2024.
Di samping itu, KO-NELAYAN juga dilawati oleh YB. Peto Galim, Timbalan Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) ke gerai jualan pengusaha bimbingan KO-NELAYAN.
Jom dapatkan pelbagai produk pengusaha KO-NELAYAN yang pastinya memikat selera anda dan keluaran 100% pengusaha tempatan Sabah.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #pengusaha
Aktiviti Terkini
Program bersama Nelayan, pengusaha Akuakultur dan Pengusaha Hiliran bagi DUN Paginantan Daerah Ranau
29 Mei 2024
Program bersama Nelayan, pengusaha Akuakultur dan Pengusaha Hiliran bagi DUN Paginantan Daerah Ranau telah diadakan pada 29hb Mei 2024 yang dirasmikan oleh Tn. Kong Soon Choi, Pengerusi Ko-Nelayan. Program tersebut turut dihadiri oleh Puan Dahara Hj Paro, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Nelayan (PN), En Burhan Hj Japar, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Industri Perikanan (PIP), En. Arieavistara Ryee Kuinon, Pengurus Wilayah Pantai Barat dan pegawai-pegawai Ko-Nelayan. Program ini bertempat di Mini Dewan Kg Nunuk Ragang, Ranau
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #pengusaha
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2024
29 Mei 2024
Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh Kakitangan KO-NELAYAN ingin mengucapkan "Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan 2024โ kepada seluruh rakyat Sabah yang meraihkannya di mana pun berada.
Semoga perayaan tahun disambut dengan penuh kesyukuran, keberkatan dan kejayaan kepada semua.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#KDCAPENAMPANG
#PestaKaamatan
Aktiviti Terkini
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2024
28 Mei 2024
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2024 ๐พ
Temui KO-NELAYAN SABAH di tapak pameran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bermula pada 28 Mei hingga 31 Mei 2024 sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah tahun 2024.
Dapatkan produk keluaran Usahawan Ko-Nelayan antaranya ialah IKAN TAUSI BORNEO ALUS yang pastinya keluaran 100% pengusaha KO-NELAYAN.
Turut serta dalam pameran ini KO-NELAYAN Marketing dengan jualan produk-produk Hiliran Perikanan KO-NELAYAN dan produk Usahawan Ko-Nelayan yang pastinya memikat selera anda!
Jumpa anda di sana!
โKAAMATAN, MELANGKAUI KETERJAMINAN MAKANANโ
โKAAMATAN, POINGALIB KOHIMAGANAN TAAKANONโ
โKAAMATAN BEYOND FOOD SECURITYโ
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#KDCAPENAMPANG
#PestaKaamatan
Aktiviti Terkini
Majlis Penyerahan Program Pembangunan Nelayan Wilayah Pantai Barat bagi tahun 2024
27 Mei 2024
Majlis Penyerahan Program Pembangunan Nelayan Wilayah Pantai Barat bagi tahun 2024 dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmy Bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri (III) merangkap Menteri Kerja Raya Negeri Sabah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tn. Kong Soon Choi, Pengerusi Ko-Nelayan, Tn Hj Yusof Hj Ag Besar, Pengurus Besar Ko-Nelayan dan Tuan Masawi Hj. Salleh, Pegawai Daerah Putatan.
Seramai 28 orang nelayan dan pengusaha dari daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Papar dan Kota Belud telah menerima pembiayaan Skim i-Hiliran, Skim i-Nelayan dan Innopack Rekabentuk Pembungkusan
.
#konel #konelayan #pinjaman #enjinsangkut #pengusaha
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
Aktiviti Terkini
Kursus Upskilling: Kursus Asas Pembenihan & Penternakan Ikan Keli Afrika Siri 1/2024
24 Mei 2024
Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) telah diundang untuk mengadakan program komuniti iaitu Kursus Upskilling: Kursus Asas Pembenihan & Penternakan Ikan Keli Afrika Siri 1/2024 kepada 30 peserta Orang Di Selia (ODS) termasuk 10 orang pegawai pada 23 Mei 2024 bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni Tuaran, Jabatan Penjara Malaysia.
Objektif kursus yang diperolehi oleh ODS melalui kursus upskilling ini ialah memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam kursus pembenihan dan penternakan ikan keli Afrika. Selain itu, objektif program ini ialah memperkasa modal insan serta menjana dan meningkatkan pendapatan dan peluang perniagaan.
Program komuniti yang melibatkan perkhidmatan komuniti yang berbayar seperti bekerja di sektor perladangan, pembuatan dan perkhidmatan. Program ini berkolaborasi bersama agensi badan berkanun, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Objektif utama penganjuran kursus kepada ODS PRP adalah memberi peluang kepada ODS untuk menjadi lebih bermotivasi dan berdisplin sepanjang masa berada di PRP, melahirkan ODS yang kemahiran dalam bidang akuakultur dan mempercepatkan proses pemulihan ODS.
Kursus upskilling ini telah disampaikan oleh Penceramah Personal KATC iaitu Tn. Nasib Hj. Yusof (Pengurus Unit Projek KATC), Pn. Ahzlinda Akian (Pengurus Unit Akademik KATC) dan En. Muhamad Zaki Asli (Fasilitator).
Sijil penghargaan kepada Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) dan penceramah telah disampaikan oleh Tuan Onasis Hj. Abdul Husin, Timbalan ketua Pusat Reintegrasi penghuni Tuaran.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
PENERAJU KEMAHIRAN AKUAKULTUR
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Hari Wesak 2024
22 Mei 2024
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya.
Semoga kita dapat terus kekal hidup bersama dalam suasana yang harmoni, sejahtera, penuh dengan kasih sayang, kesyukuran dan sikap toleransi antara satu sama lain.
#konelayansabah
#SabahMajuJaya
Aktiviti Terkini
Taklimat Pengenalan Sistem i-Adu
21 Mei 2024
KO-NELAYAN merupakan agensi pertama yang melaksanakan Taklimat Pengenalan Sistem i-Adu kepada Pengurusan Tertinggi KO-NELAYAN
melibatkan Pengurus Besar, Timbalan Pengurus Besar, Penolong-penolong Pengurus Besar, Pegawai Integriti, Pegawai Pengurusan Aduan
serta Pegawai Sumber Manusia KO-NELAYAN.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd. Fauzee Bin Harith, Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Majlis Penyerahan Dana Sumbangan Agrobank Dan Lawatan Tapak (Program Pembangunan Asnaf Aquapreneur)
20 Mei 2024
Seramai 10 orang peserta telah menerima Dana Sumbangan daripada Agrobank sempena Program Pembangunan Asnaf Aquapreneur
(AGROBANK - KO-NELAYAN) bertempat di Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC), Laya-laya Tuaran yang disampaikan oleh
Tuan Hj. Azizi Che Seman selaku Pengerusi Jawatankuasa Shariah Agrobank diiringi Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN.
Sesi lawatan ke dua (2) tapak peserta Projek Penternakan Ikan Keli Afrika dalam kanvas juga telah dilawati oleh pihak Agrobank dan KO-NELAYAN iaitu
milik Puan Nur Ain Liana Binti Abdullah (Kg. Bokulungon, Kota Belud) dan Puan Suzanah Binti Abdullah (Kg. Raganan,Tuaran).
Turut serta dalam sesi penyerahan dan lawatan ini ialah Tuan Hj. Rosli Jusoh, Ketua Jabatan Agrobank Centre Excellence (ACE), Tuan Salleh Hj. Obong, Penolong Pengurus Besar Bahagian Perancangan Pembangunan Strategik (PPS) KO-NELAYAN, Ustaz Hishamuddin Abdul Hamid Ketua Jabatan Shariah,
Encik Mohd Zulazri Pengurus Hidayah Centre Foundation, Tuan Guntur Putra Malindo Wasianto, Ketua KATC dan Puan Azhlinda Akian, Pen. Pegawai Perikanan KO-NELAYAN.
Objektif Program:
Penjanaan pendapatan tambahan RM 1,300.00 sebulan kepada Asnaf melalui Projek Pembangunan Asnaf Aquapreneur.
Kaedah Ternakan:
Kolam Kanvas - 1 Peserta 2 buah Kolam Kanvas
Spesis Ternakan:
Ikan Keli Afrika
3,000 ekor seorang
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
#konelayansabah #PenerajuKemahiranAkuakultur
Aktiviti Terkini
Penyertaan Pejabat KO-NELAYAN Pitas sepanjang Sambutan Kaamatan dan Pesta Pitas 2024
20 Mei 2024
Penyertaan Pejabat KO-NELAYAN Pitas sepanjang Sambutan Kaamatan dan Pesta Pitas 2024 sebagai Pengerusi Pelaksana Pertandingan Memancing dengan kerjasama Jabatan Perikanan Sabah, LKIM Sabah, PNK & Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Pameran ini telah berlangsung bermula pada 16 hingga 18 Mei 2024 bertempat di Dataran Pitas, Sabah.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Penyertaan KO-NELAYAN Wilayah Sandakan sempena EKSPO KERJAYA TVET PSS 1.0
17 Mei 2024
Penyertaan KO-NELAYAN Wilayah Sandakan sempena EKSPO KERJAYA TVET PSS 1.0 yang telah berlangsung pada 14-16 Mei 2024 bertempat di Politeknik Sandakan Sabah.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
#konelayansabah
Aktiviti Terkini
Ulang Tahun Kelahiran Pengurus Besar KO-Nelayan
10 Mei 2024
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Pengurus Besar KO-Nelayan, Tuan Hj Yusof Hj Ag Besar.
Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.
#konelayan
KONELAYAN
Aktiviti Terkini
Majlis Sambutan Raya Kaamatan 2024
9 Mei 2024
Majlis Sambutan Raya Kaamatan 2024 telah di rasmikan dengan jayanya oleh Yb Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan. bertempat di Dewan Wisma Pertanian Sabah pada 09hb Mei 2024
#konelayan
#RayaKaamatan
#MAFFI
#KONELAYAN
Aktiviti Terkini
Majlis Apresiasi KO-NELAYAN 2024
3 Mei 2024
Majlis Apresiasi KO-NELAYAN 2024 yang dihadiri oleh semua kakitangan KO-NELAYAN seluruh Sabah telah berlangsung pada 3 Mei 2024 bertempat di Dewan Sipadan 1, Tingkat 4 Sabah International Convention Center (SICC) Kota Kinabalu Sabah.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Peto Galim selaku wakil kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri (l), merangkap Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) dan sekaligus merasmikan Majlis Apresiasi KO-NELAYAN 2024. Hadir bersama Ybhg. Datuk Robert Stidi Setiausaha Tetap MAFFI.
Aktiviti Terkini
PROGRAM INTEGRITI โSALAH LAKU, BURUK PADAHNYA!โ DAN MAJLIS MENANDATANGANI AKTA RAHSIA RASMI KO-NELAYAN.
3 Mei 2024
PROGRAM INTEGRITI โSALAH LAKU, BURUK PADAHNYA!โ DAN MAJLIS MENANDATANGANI AKTA RAHSIA RASMI KO-NELAYAN.
Yang di adakan pada 03/05/2024 ( Jumaat ) bertempat di Se7en Suria Hotel , Kompleks Suria Sabah, Kota Kinabalu dan dihadiri oleh semua Kakitangan Ko-Nelayan Sabah.
#konelayan
KONELAYAN
Integriti24
Aktiviti Terkini
AUDIT SURVEILLANCE 5 / FOCUS AUDIT
2 Mei 2024
Pelaksanaan AUDIT SURVEILLANCE 5 / FOCUS AUDIT oleh LRQA 06-08 Mei 2024.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan

Aktiviti Terkini
Notis penutupan operasi Ibu Pejabat Ko-Nelayan pada 03 MEI 2024 ( Jumaat )
2 Mei 2024
NOTIS
Penutupan operasi Ibu Pejabat Ko-Nelayan pada 03 MEI 2024 ( Jumaat )
#konelayan

Aktiviti Terkini
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2024
30 April 2024
Tenaga kerja yang berdedikasi adalah inspirasi yang tak ternilai harganya.
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2024
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan

Aktiviti Terkini
Majlis menandatangani "Letter of Intent" Kolaborasi di antara KO-NELAYAN dan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
30 April 2024
Majlis menandatangani "Letter of Intent" Kolaborasi di antara KO-NELAYAN dan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam pembangunan produk makanan hiliran berasaskan hasil-hasil laut telah diadakan pada 30hb. April, 2024 di ibu pejabat KO-NELAYAN, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.
Objektif kolaborasi ini adalah untuk membangunkan produk makanan hiliran yang berasaskan hasil-hasil laut, menyumbang kepada pembangunan industri hiliran perikanan, memastikan sumber laut dapat dinilai tambah serta sekuriti makanan terjamin, membangunkan produk inovatif, memperbaiki produk sedia ada, meningkatkan imej jenama serta daya saing produk dan akhir sekali untuk memastikanproduk memenuhi permintaan dan sesuai dengan tren kesihatan semasa. Antara produk-produk yang akan dibangunkan ialah biskut, mi rumpai laut dan bahan perasa daripada hasil-hasil laut.
"Letter of Intent" tersebut ditandatangani oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN dan Profesor Madya Ts. Dr. Hasmadi Mamat, Dekan Fakultri Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
MALAYSIA MADANI
#penerajutransformasinelayan
#SabahMajuJaya
#konelayan

Aktiviti Terkini
Selamat Hari Raya Aidilfitri
9 April 2024
Ramadhan telah kita tinggalkan,
kini menjelma Syawal yang mulia.
Aidilfitri berbahang gembira,
di sambut dengan rasa suka.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan

Aktiviti Terkini
Ceramah motivasi "Tangisan di Bumi Gaza"
4 April 2024
Ceramah motivasi "Tangisan di Bumi Gaza" telah diadakan sempena Program Ramadan. Ceramah tersebut dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan Islam KO-NELAYAN (BAKIK) dan dikendalikan oleh Unit Sumber Manusia diadakan pada 4hb. April, 2024 di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd. Jumat Abd. Razak, Ketua Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sabah.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan

Aktiviti Terkini
Good Friday
28 Mac 2024
Selamat menyambut Good Friday kepada semua sahabat handai yang meraikannya.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan kakitangan KO-NELAYAN Sabah.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan

Aktiviti Terkini
Salam Nuzul Al-Quran
27 Mac 2024
Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam.
kita sambut kedatangan malam penuh berkah ini dengan hati yang terbuka, tekad yang teguh, dan keinginan yang besar untuk terus memperdalam penghayatan dan pengamalan ajaran Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan kita.
Semoga kita semua diberkati dengan hidayah, rahmat, dan keberkatan dari-Nya.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan

Aktiviti Terkini
Program Agihan Bubur Lambuk KO-NELAYAN
26 Mac 2024
Program Agihan Bubur Lambuk telah selesai dengan jayanya pada 26 Mac 2024 bertempat di kedai Fish Mart Wisma Pertanian Sabah.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan #buburlambuk

Aktiviti Terkini
KUNJUNGAN ROMBONGAN FAKULTI SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN(FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS)
20 Mac 2024
Kunjungan rombongan Fakulti Sains Makanan Dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke KO-NELAYAN bertujuan untuk membincangkan kolaborasi pembangunan produk makanan hiliran melalui kursus NB30804 yang di hadiri oleh Prof. Madya Dr. Patricia Matanjun, Dr. Yanty Noorzianna Binti Abdul Manaf dan Ts. Dr. Mohd Azrie Bin Awang.
Rombongan kunjungan ini di sambut oleh Pengurus Besar KO-Nelayan Tuan Hj Yusof Bin Hj Ag Besar, Timbalan Pengurus Besar, Pn Suraya Undui, penolong Pengurus Besar bahagian Pembangunan Nelayan (PN) , Pn Dahara Hj Paro, Ketua Unit Pengurusan Kredit, Pn Dg. Adrina Fatiah Ag Nohin, Pengurus Wilayah Kudat, Pn Rosalia Philip, Penolong Pegawai Tadbir (PN), Pn Rafneey Binti Dzulkiflee dan Pengurus Kilang Hiliran Kudat, En Syazz Aslym Shenn Bin Samsudin.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan
.jpg)
Aktiviti Terkini
MARHABAN YA RAMADAN!
11 Mac 2024
Selamat datang bulan Ramadan!
Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua.
Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Muslim.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan KO-NELAYAN SABAH.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan

Aktiviti Terkini
PENUTUPAN SEMENTARA TEFP, TUARAN.
10 Mac 2024
Pelantar pancing TEFP akan ditutup bermula pada 10 Mac 2024 untuk tujuan penyelenggaraan. Pembukaan semula pelantar pancing akan dimaklumkan kelak.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan

Aktiviti Terkini
Sabah International Food Expo 2024
10 Mac 2024
Sabah International Food Expo yang berlangsung dari 8-10 Mac 2024 Di rasmikan oleh Yb Datu Seri Haji Mohamad Bin Sabu selaku Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang bertempat di Sabah International Convention Centre
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
sifex2024
#konelayan #sabahinternationalfoodexpo

Aktiviti Terkini
Penutupan kursus Program e-KAN dan Majlis Pelancaran Bakul Ramadan e-KAN KO-NELAYAN
7 Mac 2024
Program e-KAN merupakan satu inisiatif pendigitalan untuk mewujudkan gerbang pemasaran secara digital produk dan perkhidmatan yang berasaskan perikanan dan juga untuk membudayakan keusahawanan digital di kalangan usahawan di bawah bimbangan KO-NELAYAN dan usahawan tempatan di Negeri Sabah.
Program e-KAN ini adalah seiring dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dan pendigitalan Kerajaan Negeri Sabah yang memberi tumpuan khusus kepada peningkatan ekonomi dan mendedahkan usahawan dengan pelbagai kaedah dan teknik untuk meraih jualan serta menjana pendapatan tambahan secara online.
Penutupan kursus Program e-KAN diadakan bersama-sama dengan Majlis Pelancaran Bakul Ramadan e-KAN KO-NELAYAN pada 7hb. Mac, 2024 di Hotel Sky, Kota Kinabalu. Majlis ini telah dihadiri oleh Puan Suraya Undui, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN, Encik Salleh Hj. Obong, Penolong Pengurus Besar (Perancangan & Pembangunan Strategik), Puan Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Nelayan) dan pegawai-pegawai KO-NELAYAN.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
#konelayan #programekan

Aktiviti Terkini
Pameran KO-NELAYAN sempena SABAH INTERNATIONAL FOOD EXPO (SIFEX 2024)
6 Mac 2024
Temui KO-NELAYAN di tapak pameran bernombor 188 dan 163 sempena SABAH INTERNATIONAL FOOD EXPO (SIFEX 2024)!
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis produk keluaran pengusaha bimbingan KO-NELAYAN antaranya ialah SAMBAL BLONDO ADHWA.
Anda juga boleh mendapatkan produk Hiliran KO-NELAYAN daripada KO-NELAYAN Marketing antaranya ialah Keropok Goreng Lada Hitam & Asli, Keropok Goreng Ketam, Keropok Mentah Lada Hitam & Asli dan produk-produk keluaran pengusaha bimbingan KO-NELAYAN.
Berita gembira! Masuk adalah PERCUMA! Jom jumpa anda di sana!
Tarikh : 08-10 Mac 2024 (Jumaat- Ahad)
Masa : 10.00 am - 8.00 pm
Tempat: SICC Kota Kinabalu, Sabah
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
#konelayan #sifex2024

Aktiviti Terkini
MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN KURSUS JURUAUDIT DALAMAN
23 Februari 2024
MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN KURSUS JURUAUDIT DALAMAN (ADVANCED) SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015
21-23 FEBRUARI 2024 DI HOTEL 7 SURIA SABAH
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#kursus #konelayan #konel

Aktiviti Terkini
Program e-KAN Start Up & Boost Up Sesi Mac 2024
19 Februari 2024
Adakah anda usahawan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan anda dalam perniagaan atas talian?
Terokai potensi anda dan perbaharui pengetahuan anda dalam menguasai ilmu keusahawanan digital.
Berkembanglah bersama Program e-KAN melalui BAKUL RAMADAN 2024 yang akan datang di Marketplace e-KAN https://ekan.com.my/ !
Pendaftaran bagi Program e-KAN Start Up & Boost Up bagi sesi Mac 2023 kini dibuka!
Lokasi: Kota Kinabalu
Tarikh : 5-7 Mac 2024 (Hari Selasa - Khamis)
Link: Pautan Borang Penyertaan
Anda juga boleh scan QR code yang tertera di poster tersebut.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#cny2024 #konelayan #usahawanberjaya #usahawankonelayan #usahwansabah #pengusahasabah #produksabahan

Aktiviti Terkini
Pameran sempena Karnival CNY SCC 2024
19 Februari 2024
KO-NELAYAN telah berada di perkarangan bangunan Wisma Perbadanan Pinjaman Sabah, Donggongon Penampang sempena Karnival CNY SCC 2024 bermula daripada 17-18/2/2024. Pelbagai acara menarik menanti para pengunjung antaranya persembahan "Lion Dance", Miss Cheongsam, Tanglung Angpao dan banyak lagi. Terdapat juga jualan pelbagai jenis produk keluaran usahawan bimbingan KO-NELAYAN seperti Ikan Tausi ALUS, Ikan Bilis, Popia Bilis dan banyak lagi.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#cny2024 #konelayan #usahawanberjaya #usahawankonelayan #usahwansabah #pengusahasabah #produksabahan

Aktiviti Terkini
Majlis Penyerahan Innopack Pembangunan Rekabentuk Pembungkusan KO-NELAYAN wilayah Tawau
15 Februari 2024
Lima (5) orang usahawan bimbingan KO-NELAYAN, wilayah Tawau terpilih sebagai peserta penerima Innopack Pembangunan Reka Bentuk Pembungkusan KO-NELAYAN bagi tahun 2023. Majlis penyerahan ini telah berlangsung pada 06 Februari 2024 bertempat di Pejabat Wilayah KO-NELAYAN Tawau.
Usahawan KO-NELAYAN yang terpilih ialah:
1. Pn Jarina Br Maskul (Brand Inamee | Produk Mi Kering (Rumpai Laut)
2. Pn Suhartini Bt Suktan (Brand Kemacha | Produk Keropok Segera)
3. Pn Suhaili Binti Md Soib (Brand De Water Lely | Ikan Pekasam Sejuk Beku)
4. En Muhammad Surmalin Bin Papo (Brand Nassalin | Mi Kering Ranggu)
5. Pn Normah Binti Umbing (Brand D'Normit | Produk Keropok Lekor Amira)
Majlis penyerahan innopack ini telah disampaikan oleh Puan Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar (PPB) Bahagian Pembangunan Nelayan bersama Puan Haslini Suit, Pengurus Wilayah KO-NELAYAN Tawau diiringi oleh Puan Dg. Adrina Fatiah Ag.Nohin, Ketua Unit Pengurusan Kredit KO-NELAYAN.
Tahniah diucapkan!
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #usahawanSabah

Aktiviti Terkini
Majlis Penyerahan Innopack Pembangunan Rekabentuk Pembungkusan KO-NELAYAN wilayah Pantai Barat
15 Februari 2024
Majlis Penyerahan Innopack Pembangunan Rekabentuk Pembungkusan KO-NELAYAN usahawan KO-NELAYAN wilayah Pantai Barat bagi sesi tahun 2023.
Tiga (3) orang usahawan KO-NELAYAN telah terpilih iaitu:
1. Pn Eriy Binti Dusun (Brand QueYun | Produk Sambal Tuhau Ikan Masin)
2. Pn Maznah Binti Jamain ( Brand Alus | Produk Ikan Goreng Tausi)
3. Pn Nasriah Binti Abdullah (Brand Adhwa | Produk Sambal Blondo)
Penyerahan ini telah disampaikan oleh Puan Suraya Undui, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN bersama Puan Dg. Adrina Fatiah Ag.Nohin, Ketua Unit Pengurusan Kredit diiringi oleh Tn. Arieavistara Ryee Kuinon, Pengurus Wilayah Pantai Barat KO-NELAYAN.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #usahawanSabah

Aktiviti Terkini
HAPPY CHINESE NEW YEAR
13 Februari 2024
Pengurusan Tertinggi dan Kakitanggan KO-Nelayan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA 2024
โ Mulakan hari di tahun baru dengan membuka lembaran baru Gong Xi Fa Caiโ
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #yearofdragon

Aktiviti Terkini
Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KO-NELAYAN
05 Februari 2024
Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KO-NELAYAN yang telah disempurnakan oleh Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN. Hadir bersama, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN Sabah.
Turut hadir bersama memeriahkan majlis ini ialah, YBhg. Datuk Robert Stidi, Setiausaha Tetap MAFFI bersama barisan Ahli-ahli Lembaga Pengarah KO-NELAYAN.
Semoga Tahun Baru Cina tahun ini membawa kemakmuran dan kebahagian kepada kita semua ๐ ๐งง ๐
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #yearofdragon

Aktiviti Terkini
Majlis Amanat oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan
23 Januari 2024
Majlis Amanat oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari 2024 bertempat di Dewan Wisma Pertanian Sabah.
Majlis amanat ini melibatkan kakitangan daripada jabatan dan agensi di bawah MAFFI.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani

Aktiviti Terkini
penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.)
9 Januari 2024
Pengurusan Tertinggi dan kakitangan KO-NELAYAN dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN Sabah atas penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) oleh DYMM Yang DiPertuan Agung di Istana Negara pada 9 Januari, 2024.
Syabas dan Tahniah!
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani
.jpg)
Aktiviti Terkini
pencarian peserta Program Lestari Ternakan Ketam Bakau Dalam Kolam KO-NELAYAN bagi tahun 2024
9 Januari 2024
Sukacita dimaklumkan bahawa pencarian peserta Program Lestari Ternakan Ketam Bakau Dalam Kolam KO-NELAYAN bagi tahun 2024 kini dibuka kepada rakyat Sabah yang berumur 18 hingga 45 tahun.
Untuk maklumat lanjut, syarat-syarat penyertaan dan juga pendaftaran program sila rujuk pada poster hebahan yang tertera.
Sebarang persoalan mengenai program ini, sila hubungi:
En. Fawzi: wa.me/601114155825
Pn. Norziah: wa.me/60143569486
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani

Program & Inisiatif
Mencipta peluang ekonomi dan sosial
Peningkatan Pendapatan Nelayan
Program ini menyediakan kemudahan peralatan menangkap ikan dan pinjaman kredit untuk meningkatkan pendapatan Nelayan
Pembangunan Usahawan
Meningkatkan pendapatan usahawan dengan menaiktaraf perusahaan yang bersaiz mikro kepada perusahaan yang berskala besar dan berdaya maju.
Pembangunan Modal Insan
Melahirkan usahawan terlatih serta tenaga kerja separa mahir dan mahir dalam bidang akuakultur
Pembangunan Akuakultur
Mengusahakan projek-projek perikanan dan akuakultur dengan menekankan kemajuan masyarakat nelayan
Pembangunan Industri Ikan Hiasan
Mengusahakan dan mengeluarkan ikan-ikan hiasan air tawar dan ikan-ikan air tawar
Pengeluaran Makanan dan Hiliran Perikanan
Mengeluarkan produk-produk berasaskan sumber laut yang berkualiti, bernutrisi tinggi dan berdaya saing di pasaran
Pembangunan Infrastruktur Perikanan
Menyediakan kemudahan one stop centre dan menyediakan kemudahan asas perikanan kepada komuniti nelayan
Pendigital dan Inovasi Perikanan
Menyediakan perkhidmatan digital kepada komuniti nelayan di Negeri Sabah
Produk Ko-Nelayan
Ketahui apa yang menjadikan Ko-Nelayan sebagai agensi perikanan yang ideal dan menjadi prospek utama dalam industri perikanan dan akuakultur. Penghasilan dan pengeluaran produk-produk yang berasaskan perikanan berkualiti tinggi dan berstatus halal. Antara produk kami ialah :
- Keropok Ikan
- Keropok Ketam
- Mi Ikan
- Mi Udang
Sekiranya anda penggemar produk-produk yang berasaskan perikanan, jom terokai dan ketahui lebih lanjut produk-produk keluaran Ko-Nelayan yang terkini!
Selanjutnya
Kenyataan Sebutharga / Tender
Ruangan ini menyediakan maklumat seperti Sebutharga dan tender yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat umum di Malaysia khususnya Negeri Sabah.
Sebutharga / Tender Terkini
Jom bersama kami
Ikuti perkembangan kami dari masa kesemasa untuk ketahui perancangan, program, projek serta insiatif yang dilaksanakan untuk merealisasikan kemakmuran masyarakat nelayan dan mensejahterakan industri perikanan melalui amalan perikanan yang lestari dan persekitaran yang mampan.


