Penyerahan Bantuan Skim I-Nelayan & I-Usahawan

Tuaran & Kota Kinabalu

Penyerahan bantuan Skim i-Nelayan dan i-Usahawan oleh Pengurus Wilayah Pantai Barat Ko-Nelayan
30 September 2026
Penyerahan Bantuan
Tuaran & Kota Kinabalu

Penyerahan Bantuan Skim I-Nelayan & I-Usahawan

30 September 2026 | Tuaran

Penyerahan perahu ini telah disempurnakan oleh En. Arieavistara Ryee Kuinon, Pengurus Wilayah Pantai Barat, bersama En. Albert Aloysius kepada peserta Skim I-NELAYAN, En. Azizul bin Abd Rahman.

Diharapkan penyerahan perahu ini dapat membantu meningkatkan keupayaan dan produktiviti nelayan dalam menjalankan aktiviti penangkapan ikan, seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan serta kesejahteraan keluarga nelayan.

26 September 2026 | Kota Kinabalu

Penyerahan peralatan dan mesin pemprosesan telah disempurnakan oleh En. Arieavistara Ryee Kuinon, Pengurus Wilayah Pantai Barat, bersama En. Mohammad Noraizat bin Azman kepada Pn. Norfitrey binti Herman, peserta Skim I-USAHAWAN dari Kota Belud yang mengusahakan produk sambal petai ikan liking.

Diharapkan penyerahan peralatan dan mesin pemprosesan ini dapat membantu memperkukuh operasi perniagaan, meningkatkan kapasiti pengeluaran serta menghasilkan produk perikanan yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Pelaksanaan Skim I-NELAYAN dan I-USAHAWAN merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KO-NELAYAN dalam memperkasa komuniti nelayan dan usahawan perikanan serta menyokong pembangunan sosioekonomi mereka di Sabah.

PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA

#KONELAYAN #PenerajuTransformasiNelayan #iNelayan #iUsahawan #KomunitiNelayan #UsahawanPerikanan #sabah

Kembali ke Arkib Aktiviti