Program Sahabat Maritim di Kg. Kuala, Papar
13 September 2026 | Kg. Kuala, Papar
Program Sahabat Maritim merupakan satu program tanggungjawab sosial yang dilaksanakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara komuniti setempat dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat.
Dalam program ini, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan negeri Sabah serta pihak swasta telah mengadakan pameran dan sesi taklimat kepada komuniti setempat. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan dan perundangan, di samping memberi pendedahan berkaitan peranan, fungsi serta perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi terlibat.
Pelaksanaan program ini turut menjadi medium bagi menyalurkan informasi dan input yang bermanfaat kepada masyarakat, khususnya penduduk Kg. Kuala, Papar, sekali gus memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Bin Abd Majid @ Razali, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Hadir bersama YB Datuk Pengiran Saifuddin bin Pengiran Tahir Petra, Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd. (SUDC) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.29 Pantai Manis.
Turut hadir bersama ialah Tuan Arieavistara Ryee Kuinon, Pengurus Wilayah Ko-Nelayan Pantai Barat, serta kakitangan Ko-Nelayan yang turut menjayakan pelaksanaan program tersebut.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayansabah