MAHA 2026 Hari Kesepuluh

MAHA 2026 Hari Kesepuluh

MAHA 2026 Hari Kesepuluh
6 September 2026
Lawatan Kerja
Pavilion Sabah, MAEPS Serdang

MAHA 2026 Hari Kesepuluh

6 September 2026 | MAHA 2026 – Hari Ke-10

Gerai pameran Ko-Nelayan hari ini berbesar hati menerima kunjungan tetamu kehormat, iaitu:
• YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
• Puan Norhaidah Binti Matnoor, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)

Dalam perkembangan yang amat membanggakan, produk Ko-Nelayan serta produk usahawan bimbingan Ko-Nelayan telah habis terjual seawal jam 11.29 pagi.

Pencapaian ini merupakan satu tanda sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan terhadap produk-produk keluaran usahawan tempatan Sabah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah memberikan sokongan, membeli dan memperkenalkan produk dari Negeri Di Bawah Bayu. Sokongan anda menjadi semangat kepada kami dan para usahawan bimbingan Ko-Nelayan untuk terus menghasilkan produk yang berkualiti serta membawa nama Sabah lebih jauh.

Terima kasih kerana terus menyokong produk tempatan Sabah!
Dari Sabah, untuk Malaysia. 🇲🇾

#ukkkonelayan
#konelayansabah
#MAHA2026
#berbudipadatanah
#Onsoi

Kembali ke Arkib Aktiviti