MAHA 2026 Hari Kesembilan

MAHA 2026 Hari Kesembilan

MAHA 2026 Hari Kesembilan
5 September 2026
Lawatan Kerja
Pavilion Sabah, MAEPS Serdang

MAHA 2026 Hari Kesembilan

5 September 2026 | MAHA 2026 — Hari Ke-9

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 terus meriah dengan kehadiran para tetamu kehormat dan pengunjung yang mengunjungi Pavilion Sabah di MAEPS, Serdang.

Ko-Nelayan amat berbesar hati menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, ke ruang pameran Ko-Nelayan.

Turut hadir mengiringi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) serta YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM). Ko-Nelayan turut menerima lawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Ybhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Shamsul Azri bin Abu Bakar, diiringi oleh Ybhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Kunjungan ini merupakan satu penghargaan yang amat bermakna kepada Ko-Nelayan untuk terus memperkenalkan produk dan hasil industri perikanan Sabah dengan lebih meluas, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepelbagaian, keunikan dan potensi produk-produk tempatan Sabah.

Kepada anda yang berada di sekitar MAEPS, Serdang, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Pavilion Sabah dan kenali dengan lebih dekat pelbagai produk, hasil serta keunikan dari Negeri Sabah.

#ukkkonelayan
#konelayansabah
#MAHA2026
#kebundapur
#Onsoi

Kembali ke Arkib Aktiviti