Lawatan Industri Ke Semenanjung Malaysia

Lawatan Industri Ke Semenanjung Malaysia

Lawatan Industri Ke Semenanjung Malaysia
26–29 Ogos 2026
Lawatan Industri
Kedah, Perak & Selangor

Lawatan Industri Ke Semenanjung Malaysia

Satu Lawatan Industri ke syarikat pembekal mesin pemprosesan makanan di Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 26 hingga 29 Ogos 2026.

Objektif utama lawatan adalah mengenalpasti mesin serta teknologi pemprosesan yang bersesuaian dengan keperluan Projek Inofisheries di KKIP, Hab Halal Industri Hiliran Kunak dan Projek Hiliran Kudat khususnya dari aspek kapasiti pengeluaran, kecekapan operasi dan spesifikasi teknikal.

Rombongan Lawatan terdiri daripada Puan Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Nelayan), Puan Rosalia Philip Pengurus Wilayah Kudat dan Encik Syazz Aslym Shen Samsudin, Pengurus Kilang Hiliran Kudat.

Antara syarikat pembekal yang dilawati adalah Waffiy Industries Sdn Bhd di Sungai Petani Kedah, AEC Machinery Sdn Bhd di Jitra Kedah, NBZ Equipment di Hutan Melintang Perak, Canning Machinery di Ipoh Perak dan Burooj Stars Sbn Bhd (B-Pack) di Puchong Selangor.

Lawatan ini diharapkan dapat membantu dalam proses pemilihan teknologi dan mesin automasi yang bersesuaian bagi memastikan Projek Inofisheries, Hab Halal dan Industri Hiliran Kudat dapat dilaksanakan dengan lebih efektif, disamping memperkasakan Industri Hiliran Perikanan Sabah melalui teknologi, inovasi dan produk yang berdaya saing.

PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI

#konelayansabah

Kembali ke Arkib Aktiviti