Lawatan Kerja Kementerian Ekonomi Dan SEDIA Ke Projek Ko-Nelayan Daerah Kudat
Satu lawatan kerja oleh Kementerian Ekonomi bersama Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) telah diadakan ke projek KO-NELAYAN Daerah Kudat pada 20 hingga 23 Ogos 2026 bagi meninjau perkembangan serta pelaksanaan projek yang sedang dijalankan.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai kemajuan dan pelaksanaan projek, mengenal pasti keperluan semasa serta membincangkan potensi penambahbaikan bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan dapat memberikan impak dan manfaat yang optimum kepada komuniti serta masyarakat setempat.
Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah:
1. YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad
Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi
2. YBhg. Datuk Seri Panglima Hashim Paijan
Ketua Eksekutif SEDIA
3. En. Aziyan Husim
Timbalan Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi
4. Ts. Dr. Chitdrakantan Subramaniam
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi
5. Pn. Khadizah Abd Rahman
Pegawai Analisa Dasar Kanan
Lawatan ini turut menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara agensi, di samping memastikan pelaksanaan projek KO-NELAYAN terus selari dengan keperluan pembangunan ekonomi serta aspirasi masyarakat setempat.
Semoga hasil daripada lawatan kerja ini dapat menyumbang kepada penambahbaikan berterusan, pengukuhan pelaksanaan projek serta pemerkasaan ekonomi komuniti di Daerah Kudat.
#ukkkonelayan
#penerajutransformasinelayan
#konelayansabah
#teammaffi
#berbudikepadatanah
#Onsoi