Program Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah Ko-Nelayan Ke Kilang Rosmie Snack Industry Sdn. Bhd. (Bikmie)
KO-NELAYAN telah mengadakan lawatan rasmi ke kilang baharu Rosmie Snack Industry Sdn. Bhd. (Bikmie) sebagai salah satu usaha meninjau perkembangan perusahaan dan produk tempatan yang berpotensi untuk dikembangkan ke pasaran yang lebih luas.
Lawatan yang diketuai oleh Ahli Lembaga Pengarah KO-NELAYAN bersama rombongan seramai 20 orang pegawai ini merupakan antara kunjungan rasmi KO-NELAYAN bagi tahun 2026 ke kilang ini.
Sepanjang lawatan, rombongan berkesempatan meninjau kemudahan dan infrastruktur kilang baharu, operasi pengeluaran serta perkembangan perusahaan Bikmie dalam memperkukuh pengeluaran produk tempatan Sabah.
Kewujudan kemudahan baharu ini mencerminkan usaha dan komitmen berterusan pihak Bikmie dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran serta memperluaskan pasaran produk tempatan. Perkembangan ini turut memperlihatkan potensi perusahaan tempatan dalam memperkasakan produk berasaskan identiti dan keunikan Sabah.
KO-NELAYAN sentiasa komited dalam menyokong pembangunan serta pengukuhan sektor keusahawanan dan industri berkaitan perikanan dan produk tempatan di Sabah melalui jaringan kerjasama serta inisiatif yang bersesuaian.
Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara KO-NELAYAN dan pihak Bikmie, di samping membuka ruang kepada peluang serta inisiatif baharu yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan industri tempatan Sabah.
#konelayansabah
#penerajutransformasinelayan