Lawatan Kerja Menteri MAFFI Ke Projek-Projek Ko-Nelayan
30 Julai 2026 - Yang Berhormat Datuk Jamawi Jaafar Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) telah mengadakan lawatan kerja ke projek-projek KO-NELAYAN yang terletak di Taman Mini Akuakultur, Kg. Laya-Laya, Tuaran. Antara projek yang dilawati ialah Pusat Asuhan Benih Ikan Marin (SENTS), Pusat Infrastruktur Pengumpulan Ikan, Kolam Pancing dan premis Hab Usahawan.
Beliau turut melawat ke Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN di Kg. Laya-Laya dan Pusat Penternakan Ikan Marin di Kg. Trayong, Tuaran.
Turut sama semasa lawatan tersebut ialah YB Datuk Roslan Muharam, Pembantu Menteri (1) MAFFI, Datuk Ts. Hj. Jifrin Hj. Mohamad, Setiausaha Tetap MAFFI serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah MAFFI.
#konelayansabah
#penerajutransformasinelayan
#ukkkonelayan
#kebundapur
#onsoi