Kunjungan Hormat Daripada Rombongan Insight Trace Sdn. Bhd.
14 Julai 2026 (Selasa): KATC telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Insight Trace Sdn. Bhd. yang diketuai oleh En. Loh Yit Hong, bersama beberapa pelabur dari China yang berminat untuk meneroka peluang kerjasama dalam memperkembangkan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) di negeri Sabah.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh Encik Guntur Putera Malindo Wasianto, Ketua KATC, bersama Encik Mohd. Fhairull Azzmie bin Mohd. Taib, Pembantu Perikanan. Lawatan ini bertujuan membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam pembangunan teknologi AI, sekali gus menyokong usaha memperkukuh inovasi dan pembangunan digital di Sabah.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayansabah
#ukkkonelayan
#teammaffi
#kebundapur
#berbudikepadatanah
#Onsoi