KATC sebagai Pempamer — Majlis Konvokesyen ILTP
Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) telah dijemput sebagai pempamer dalam pelbagai bidang TVET sempena Majlis Konvokesyen Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Ke 36 yang diadakan di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi dan turut dihadiri oleh Pembantu Menteri, YB Datuk Jordan Jude Ellron dan Puan Kamsiah binti Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) berperanan menyediakan latihan komprehensif, latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang dalam bidang perikanan dan akuakultur. KATC telah mendapat sijil tauliah Pusat Bertauliah SLDN daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sejak tahun 2014 dan telah berdaftar dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
#konelayansabah #penerajutransformasinelayan #ukkkonelayan #teammaffi #berbudikepadatanah #Onsoi