Program Lawatan Kerja Berhubung Butiran 60 Jadual A
Program Lawatan Kerja Berhubung Butiran 60 Jadual A, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 telah diadakan oleh Jabatan Kastam DiRaja ke Korporasi Kemajuan Perikanan Sabah (KO-NELAYAN) pada 11 Jun 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Persidangan Samudera, KO-NELAYAN yang diketuai oleh Puan Siti Salasiah Binti Wan, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Cukai dalam Negeri Ibu Pejabat , Tuan Jamal Bin Paiman, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Cukai dalam negeri Kota Kinabalu) bersama rombongan, hadir sama dalam program ini ialah Cik Liana Binti Jailun, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, LKIM negeri Sabah, Tuan Azizam Bin Ulah (Pengurus Besar PNK, Kota Kinabalu), Tuan Rosman bin Awang (Pengurus Besar PENGASAH).
Semasa program ini pihak KO-NELAYAN di bawah pimpinan Ybhg. Datuk Hj. Yusof Hj. Ag. Besar (Pengurus Besar Ko-Nelayan) telah mengadakan taklimat mengenai Peranan
KO-NELAYAN sebagai Pemborong Diesel Bersubsidi Nelayan di Sabah, pihak LKIM juga telah memberi taklimat Peranan Peruncit Diesel Bersubsidi Nelayan di Sabah yang dikendalikan oleh PNK/PENGASAH.
Di masa yang sama pihak Kastam DiRaja Malaysia juga telah memberi taklimat berkenaan Butiran 60 Jadual A, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.
Dalam sesi lawatan kerja dan pemantauan ini turut dijalankan ke Jeti L & L, Sepanggar di bawah Pengasah dan Jeti Lubok Poring di bawah PNK Kota Kinabalu.
SABAH MAJU JAYA MALAYSIA MADANI #ukkkonelayan
Kembali ke Aktiviti 2026