Langkah Penting Merealisasikan Projek IPR Fish Bank Ko-Nelayan
Hari ini, YBhg. Datuk Hj. Yusof Hj. Ag Besar - Pengurus Besar Ko-Nelayan dan Tuan Salleh Obong - Timbalan Pengurus Besar telah mengadakan sesi pembentangan rasmi kepada Pengarah Bahagian Kementerian Ekonomi, Datuk Zul Hadi, pegawai kanan Kementerian Ekonomi dan SEDIA bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Projek IPR Fish Bank. Pembentangan tersebut telah menerima respons yang amat positif, di samping beberapa cadangan strategik daripada pihak Kementerian bagi memperkemaskan dan memperkukuhkan pelaksanaan projek pada peringkat seterusnya. Perkembangan ini mencerminkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap potensi Projek IPR Fish Bank sebagai inisiatif berimpak tinggi dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan, meningkatkan pendapatan nelayan serta menyokong agenda pembangunan ekonomi biru Sabah secara mampan. Ko-Nelayan komited untuk meneruskan usaha ini sehingga manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh komuniti nelayan dan rakyat Sabah keseluruhannya. #konelayansabah #penerajutransformasinelayan #SabahMajuJaya #MalaysiaMadani #ukkkonelayan
Kembali ke Aktiviti 2026