Lawatan Tapak Bersama Bursa Malaysia Islamic Services (BMIS)

Lawatan Tapak Bersama Bursa Malaysia Islamic Services (BMIS)

Lawatan Tapak Bersama Bursa Malaysia Islamic Services (BMIS)
12 Jun 2026
Lawatan
Sabah

Lawatan Tapak Bersama Bursa Malaysia Islamic Services (BMIS)

Pada 12hb. Jun 2026, satu lawatan kerja telah diadakan yang diketuai oleh Puan Dayang Adrina Fatiah Ag Nohin, Ketua Unit Pengurusan Kredit KO-NELAYAN, bersama Encik Ariavistara Ryee Kuinon, Pengurus Wilayah Pantai Barat. Turut serta ialah Ustaz Muhammad Hasanan Yunus dan Puan Athirah Qistina Azlan Shah dari Bursa Malaysia Islamic Services (BMIS) Sdn. Bhd., serta Ustaz Amir Aiman Mohd. Al-Kharid dari Bursa Suq Al-Sila’.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Projek Akuakultur di Penampang milik Encik Moris Miting, yang menjalankan aktiviti ternakan ikan kolam di bawah program i-Akuakultur dan ke perusahaan Sambal Ikan Masin Tuhau milik Puan Eriy Dusun di Tamparuli, Tuaran di bawah program (i-Usahawan) dan seterusnya rombongan melawat ke projek-projek KO-NELAYAN Sabah di Tuaran.

awatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pihak BMIS dan Bursa Suq Al-Sila’ mengenai fungsi dan peranan KO-NELAYAN dalam pembangunan usahawan serta pelaksanaan sistem pembiayaan KO-NELAYAN ke arah pembiayaan patuh Syariah.

#penerajutransformasinelayan #konelayansabah #SabahMajuJaya #MalaysiaMadani

#ukkkonelayan

Kembali ke Aktiviti 2026