Forum International Association of Traffic and Safety Sciences (IATSS) Batch 69 2026
KO-NELAYAN dengan bangga mengucapkan sekalung tahniah kepada Encik Razman Durhan , Ketua Unit Pelaburan dan Inspektorat Projek KO-NELAYAN kerana telah terpilih mewakili Malaysia ke Forum International Association of Traffic and Safety Sciences (IATSS) Batch 69 2026 selama dua bulan di Jepun.
Forum ini merupakan salah satu daripada program pembangunan kepimpinan dengan menjemput para profesional muda dari pelbagai negara Asia ke Jepun untuk latihan yang mendalam dan pertukaran budaya. Encik Razman merupakan salah seorang daripada dua calon yang terpilih dari Malaysia ke forum tersebut.
#konelayan #penerajutransformasinelayan #SabahMajuJaya -UKK KO-NELAYAN-
Kembali ke Aktiviti 2026