Lawatan Ke Premis Projek Penternakan Ikan Air Tawar

Lawatan Ke Premis Projek Penternakan Ikan Air Tawar

Lawatan Ke Premis Projek Penternakan Ikan Air Tawar-1
25 Mei 2026
Program
Sabah

Lawatan Ke Premis Projek Penternakan Ikan Air Tawar

Satu lawatan telah diadakan ke premis Projek Penternakan Ikan Air Tawar penerima Skim i-USAHAWAN 2026 milik usahawan, En. Barry Ronald Kundahal. Beliau merupakan pengusaha penternakan ikan air tawar yang mengaplikasikan sistem biofloc dalam operasi ternakannya.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Dahara Hj. Paro (Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Nelayan), Puan Dg Adrina Fatiah @ Ed Binti Ag Nohin (Ketua Unit Pengurusan Kredit), Encik Mohd Naeim Bin Maddibut (Ketua Unit Pengurusan Kompleks), Puan Nurazima Binti Kamaruddin (Pengurus Wilayah, Pejabat Ko-Nelayan Wilayah Pedalaman Beaufort) serta kakitangan Bahagian Pembangunan Nelayan.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan projek, melihat kaedah pengurusan ternakan yang dilaksanakan serta memberi sokongan dan pemantauan terhadap pelaksanaan projek di bawah Skim i-USAHAWAN 2026.

PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN SABAH MAJU JAYA MALAYSIA MADANI #konelayan #akuakultur #tambunan #akuakultursabah

Kembali ke Aktiviti 2026