Lawatan pemeriksaan Jeti Nelayan Kg. Sungai Pukul, Pulau Sebatik
Lawatan pemeriksaan Jeti Nelayan Kg. Sungai Pukul, Pulau Sebatik telah diadakan pada 14 Mei 2026 bagi tujuan cadangan menaiktaraf kemudahan jeti tersebut. Lawatan ini dihadiri oleh Tuan Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN bersama Puan Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Nelayan) dan Puan Haslini Suit, Pengurus Wilayah KO-NELAYAN daerah Tawau.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Tuan Ir. Mohd. Azizulhelmi Ismail, Ketua Unit Kejuruteraan KO-NELAYAN, Tuan Mohd. Naeim Maddibut, Ketua Unit Kompleks, En. Azmin Nunasus dan En. Mishran Yusran serta Pengerusi JKKK, KK Husin.
Projek ini dilaksanakan di bawah Program Bantuan Asas Perkampungan Nelayan (i-INFRA) bagi menyediakan jeti pendaratan ikan yang lebih selesa kepada para nelayan. Selain itu, kemudahan ini juga bertujuan menyokong aktiviti pemasaran hasil perikanan, pembaikan peralatan perikanan serta aktiviti sosial komuniti nelayan pesisir pantai.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN SABAH MAJU JAYA MALAYSIA MADANI ukkkonelayan
Kembali ke Aktiviti 2026