Majlis Perasmian Jelajah Kebun Dapur di Papar 2026

Majlis Perasmian Jelajah Kebun Dapur di Papar 2026

Majlis Perasmian Jelajah Kebun Dapur 2026
2 Mei 2026
Program
Sabah

Majlis Perasmian Jelajah Kebun Dapur di Papar 2026

"Kaamatan Menuai Perpaduan, Merayakan Keharmonian” "Kaamatan Harvesting Unity, Celebrating Harmony" "Kaamatan Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan"

Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 telah berlangsung pada hari ini, 01 Mei 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Masyarakat Papar.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, sekali gus menjadi titik permulaan sambutan Pesta Kaamatan di seluruh daerah di negeri Sabah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang turut hadir melawat booth Kebun Dapur KO-NELAYAN serta memberikan sokongan penuh terhadap produk hasil usaha usahawan KO-NELAYAN.

Pihak KO-NELAYAN turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang hadir serta mengambil peluang untuk mendapatkan benih ikan Tilapia Merah melalui program Jelajah Kebun Dapur yang dianjurkan.

PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN SABAH MAJU JAYA

_ukkkonelayan_ #paparsabah #kebundapur #konelayan #SabahMajuJaya #kaamatan #Kaamatan2026

Kembali ke Aktiviti 2026