Majlis Perasmian SIFEX 2026
Majlis Perasmian Sabah International Food Expo (SIFEX) 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Chan Foon Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia pada hari ini, 25 April 2026, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah YBhg. Datuk Dayang Hajah Khatijah Datu Hj. Bachtiyal, Managing Director ESM Exhibitor Relations Malaysia.
KO-NELAYAN amat berbesar hati atas kesudian YB Datuk Chan Foon Hin mengunjungi booth KO-NELAYAN serta membuat pembelian produk ikan beku, iaitu Sabah Grouper dan Ikan Bawal Emas, sebagai tanda sokongan terhadap produk perikanan tempatan KO-NELAYAN. Ucapan terima kasih juga kepada Dato' Dr. Fazley Yaakob atas kesudian beliau untuk mengunjungi booth konelayan sempena SIFEX 2026.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN SABAH MAJU JAYA _ukkkonelayan_
#SIFEX #konelayan #siccsabah #SICC #sabah Sabah International Food Expo SIFEX sabah
Kembali ke Aktiviti 2026