Program Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah Ko-Nelayan Bersama Pegawai Ko-Nelayan Ke Tuaran
Program lawatan Ahli-ahli Lembaga Pengarah KO-NELAYAN diteruskan lagi pada 21 April, 2026 ke projek-projek di Inanam dan Tuaran, antaranya ialah tanah KO-NELAYAN di Kuala Inanam, Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC), Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan, Projek Asuhan Benih Ikan Marin (SENTS) & Propagasi Batu Karang, Projek Infrastruktur Pengumpulan dan Pemasaran Hasil Perikanan Akuakultur, Hab Produk Usahawan Ko-Nelayan dan Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar (TEFP) yang terletak di Kg. Laya-Laya, Tuaran.
Lawatan tersebut disertai oleh YB Datuk Harun Durabi, Pengerusi KO-NELAYAN, YBhg. Datuk Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN, YBhg. Datuk Hj. Mohammad bin Tassan, Timbalan Pengerusi KO-NELAYAN serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pegawai-pegawai KO-NELAYAN.
#penerajutransformasinelayan #konelayan #konelayansabah #SabahMajujaya
Kembali ke Aktiviti 2026