Kunjungan hormat KO-NELAYAN ke pejabat Yayasan Usaha Maju (YUM)
Kunjungan hormat KO-NELAYAN ke pejabat Yayasan Usaha Maju (YUM) telah diadakan pada 20 April, 2026 di pejabat YUM, Wisma Pertanian Sabah.
Rombongan KO-NELAYAN diketuai oleh Tuan Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar dan disambut oleh Tuan Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM dan barisan pengurusan tertinggi YUM.
Antara tujuan kunjungan hormat tersebut adalah bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama strategik di antara KO-NELAYAN dan YUM dalam aspek penguatkuasaan dan pengurusan pematuhan untuk meneroka amalan terbaik (good practices) serta pendekatan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak YUM.
Turut sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah Puan Nurul Shazuani Azman, Pegawai Undang-undang KO-NELAYAN dan pegawai-pegawai yang berkaitan.
#konelayan #PenerajuTransformasiNelayan #SabahMajuJaya #konelayansabah
Kembali ke Aktiviti 2026