Majlis Perasmian Jeti Nelayan Kg. Dudar Ulu, Kota Belud
Majlis Perasmian Jeti Nelayan Kg. Dudar Ulu, Kota Belud telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.08 Pintasan pada hari ini. Hadir dalam majlis ini, Tuan Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN, Tuan Ir. Mohd. Azizulhelmi bin Ismail (Jurutera) serta Tuan Arieavistara Ryee Kuinon, Pengurus Wilayah KO-NELAYAN Pantai Barat.
Jeti nelayan ini dibina di bawah Program Bantuan Asas Perkampungan Nelayan (i-INFRA) KO-NELAYAN dan telah diserahkan kepada Pengerusi JKKK Kg. Dudar pada 18 Mac 2026. Pembinaan jeti ini telah siap sepenuhnya pada 25 Februari 2026.
Kemudahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada komuniti nelayan setempat dalam memperkukuh aktiviti ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan penduduk kampung.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN SABAH MAJU JAYA
_ukkkonelayan_
Kembali ke Aktiviti 2026