Kunjungan Hormat UKK KPN
KO-NELAYAN telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diketuai oleh Ketua UKK KPN, Puan Fauziah binti Abdullah, pada 9 April, 2026 yang turut disertai Dr. Shatesh Kumar Sangar, Setiausaha Akhbar Menteri Perpaduan Negara dan disambut oleh Puan Fauziah Hj. Ngaimin, Ketua UKK KO-NELAYAN.
Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk mengadakan sesi libat urus promosi dan publisiti sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Likas pada 11-14 Jun, 2026 dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri.
Antara aktiviti semasa sambutan Minggu Perpaduan tersebut adalah pameran dan jualan, larian Unity, pertandingan e-sport, Pesta Buku, pameran Arkib dan Muzium Negara dan lain-lain lagi.
Kembali ke Aktiviti 2026