Kunjungan Hormat Ke Taman-Taman Sabah
Kudat, Sabah – Satu kunjungan hormat oleh pihak Ko-Nelayan kepada Taman-Taman Sabah, Kudat telah diadakan pada 7 April 2026 (Selasa) bertempat di Pejabat Taman Tun Mustapha, Kudat. Delegasi Ko-Nelayan diketuai oleh Tuan Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan, bersama Tuan Vejay Jailon, Ketua Unit Pengurusan Sumber dan Teknologi Perikanan serta En. Mohd Nazley Duzit.
Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Tuan Norhaslam Adin, Penolong Pengarah Taman-Taman Sabah, Kudat.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan Projek Propagasi Batu Karang di kawasan Stesen Propagasi Karang Ko-Nelayan (CPS), Pulau Banggi. Selain itu, perbincangan turut memberi fokus kepada cadangan kerjasama strategik dalam program pembangunan komuniti nelayan di kawasan Taman Tun Mustapha.
Antara perkara yang diketengahkan termasuk langkah awal bagi perancangan dan pelaksanaan Projek Kebun Ikan komuniti nelayan melalui kolaborasi antara Ko-Nelayan, Taman-Taman Sabah dan The World Wide Fund for Nature (WWF).
Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh pemuliharaan sumber marin serta meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti nelayan setempat secara mampan.
PENERAJU TRANSFOMASI NELAYAN SABAH MAJU JAYA
#konelayansabah #SabahMajuJaya #sabah #tamantamansabah #banggi #kudatsabah
Kembali ke Aktiviti 2026