Majlis Penyerahan Sumbangan Bot Gentian Kaca

Majlis Penyerahan Sumbangan Bot Gentian Kaca

Majlis Penyerahan Sumbangan Bot Gentian Kaca
6 April 2026
Program
Sabah

Majlis Penyerahan Sumbangan Bot Gentian Kaca

Tuaran, Sabah – Majlis Penyerahan Sumbangan Bot Gentian Kaca di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah diadakan dengan kerjasama antara Ko-Nelayan dan Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Tuaran, Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC).

Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah sesi tandatangan borang CSR antara pihak Ko-Nelayan yang diwakili oleh Tuan Guntur Putra Malindo Wasianto, Ketua Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan Tuaran dan pihak PRP Tuaran yang diwakili oleh Tuan Onasis bin Haji Abd Husin, Timbalan Komandan PRP Tuaran.

Sesi penyerahan bot telah disaksikan oleh Tuan Hildey bin Jumain, Ketua Inspektor Penjara, serta Puan Azhlinda Akian, Pengurus Unit Akademik KATC, bersama para pegawai dan urusetia yang turut hadir memeriahkan majlis.

Program CSR ini bertujuan membantu pihak PRP dalam misi bantuan bencana banjir di kawasan Tamparuli, khususnya dalam usaha menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas serta terperangkap akibat banjir. Sumbangan bot ini diharap dapat menjadi aset penting dalam operasi menyelamat yang dijalankan.

YBhg. Datuk Haji Yusof Haji Ag. Besar, Pengurus Besar Ko-Nelayan, amat berbesar hati atas peluang untuk membantu pihak PRP. Beliau berharap agar sumbangan bot ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai mangsa banjir pada masa akan datang dikawasan yang terlibat bencana banjir dan sekaligus dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir serta keperluan penggunaan boat Dari masa ke semasa.

PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN SABAH MAJU JAYA

-ukkkonelayan-

#konelayansabah #nelayan #SabahMajuJaya #sabah

Kembali ke Aktiviti 2026