Lawatan Rasmi tapak projek Commercial Building Sejati Sentral

Lawatan Rasmi tapak projek Commercial Building Sejati Sentral

Lawatan Rasmi tapak projek Commercial Building Sejati Sentral
2 April 2026
Program
Sabah

Lawatan Rasmi tapak projek Commercial Building Sejati Sentral

Sandakan, Sabah – Satu lawatan rasmi telah diadakan oleh YBhg. Datuk Haji Yusof Haji Ag. Besar, Pengurus Besar Ko-Nelayan ke tapak projek Commercial Building Sejati Sentral di Sandakan, Sabah, hari ini.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha Ko-Nelayan dalam merealisasikan Pelan Strategik organisasi, khususnya bagi memperkukuh pemilikan aset melalui pelaburan jangka panjang yang mampan.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Pn. Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Nelayan serta Tn. Muhandri Mirul, Pengurus Wilayah Pejabat Ko-Nelayan Sandakan.

Cadangan pembelian bangunan di Sejati Sentral ini dilihat berpotensi tinggi memandangkan lokasinya yang strategik serta berdekatan dengan lapangan terbang. Keadaan ini menjadikannya amat sesuai untuk dijadikan Pejabat Wilayah Ko-Nelayan di samping berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran produk-produk perikanan.

Ko-Nelayan komited untuk terus memperkukuh kedudukan organisasi melalui pelaburan strategik yang memberi impak positif kepada pembangunan sektor perikanan serta kesejahteraan komuniti nelayan.

PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN "SABAH MAJU JAYA" - UKK KO-NELAYAN -

#konelayansabah #sandakan #SabahMajuJaya

Kembali ke Aktiviti 2026