Penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Haji Yusof Haji Ag. Besar, Pengurus Besar Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) atas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap jasa, dedikasi serta sumbangan beliau dalam memajukan sektor perikanan dan komuniti nelayan di Negeri Sabah. Seluruh warga KO-NELAYAN merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar YBhg. Datuk terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kejayaan berterusan dalam memimpin organisasi ke arah kecemerlangan.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh kakitangan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN)
#konelayansabah
Kembali ke Aktiviti 2026