Majlis Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah
28/03/2026 (Sabtu) SICC Kota Kinabalu, Sabah.
Suasana Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2026 disambut dengan penuh meriah, selaras dengan tema “Aidilfitri Wadah Perpaduan”. Ko-Nelayan turut mengambil bahagian dengan membuka booth bersama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), bagi memeriahkan lagi sambutan serta mendekati pengunjung. Kehadiran masyarakat daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira agama dan bangsa menyerlahkan suasana harmoni dan penuh kemesraan. Kemeriahan ini mencerminkan semangat perpaduan, toleransi serta nilai saling menghormati yang terus menjadi tunjang kesejahteraan bersama.
#konelayansabah
Kembali ke Aktiviti 2026