Lawatan Kerja Siap Dan Penyerahan Pondok
18 Mac 2026 (Rabu) Kg. Dudar, Kota Belud -
Lawatan kerja siap dan penyerahan pondok dan Jeti Nelayan bagi program Bantuan Pembangunan Asas perkampungan Nelayan (BPAPN) Ko-Nelayan kepada pihak Jawatakuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Dudar, Kota Belud. Penyerahan surat "Perakuan dan Pemilikan" bagi program BPAPN ini kepada pihak JKKK Kg. Dudar telah dilaksanakan. Program ini dihadiri oleh En. Arieavistara Ryee Kuinon (Pengurus Wilayah Pantai Barat), En. Ir. Mohd Azizulhelmi bin Ismail (Jurutera), Pn. Norhanidah binti Denar (Penguasa Pejabat Tuaran) dan kakitangan Wilayah Pantai Barat bagi pihak Ko-Nelayan, manakala bagi pihak Pengurusan Kg. Dudar dihadiri oleh Pn. Floriah binti Anggun (Pemaju Masyarakat), pengerusi JKKK dan penduduk kampung (nelayan). Untuk makluman Program BPAPN ini, melibatkan penyediaan infrastruktur asas nelayan seperti struktur binaan asas yang lazim digunakan oleh nelayan pesisir pantai bagi memudahkan kerja-kerja seperti pemunggahan hasil laut, penyimpanan peralatan perikanan dan tempat persinggahan berteduh serta beriadah. Sebarang pertanya mengenai program-program yang dilaksanakan oleh pihak Ko-Nelayan, orang ramai dijemput hadir ke pejabat Ko-Nelayan yang berdekatan atau hubungi Ko-Nelayan di talian 088-294 301.
SABAH MAJU JAYA PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN #konelayansabah
Kembali ke Aktiviti 2026