Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙 Maaf Zahir dan Batin.
Dalam setiap langkah yang kita tempuhi,
pasti ada khilaf yang tidak disedari,
kata yang terlepas tanpa sengaja,
dan hati yang mungkin pernah terluka.
Syawal hadir membawa sinar,
mengajar kita erti keikhlasan,
untuk memaafkan dan juga memohon kemaafan,
tanpa syarat, tanpa ragu.
Semoga Aidilfitri kali ini
mendamaikan hati yang gusar,
merapatkan yang jauh,
dan menyatukan kembali yang pernah terpisah.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan
Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah
(KO-NELAYAN)
#konelayansabah
Kembali ke Aktiviti 2026