Sesi Penggambaran Ko-Nelayan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026
Unit Komunikasi Korporat telah mengadakan sesi penggambaran rasmi selama seminggu sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 bagi setiap bahagian dan unit di bawah Ko-Nelayan.
Sesi penggambaran ini melibatkan semua bahagian utama iaitu Pejabat Pengerusi, Pengurusan Tertinggi, Pejabat Pengurus Besar, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Nelayan dan Bahagian Perancangan & Pembangunan Strategik.
Pada masa yang sama, staf-staf yang bertugas di wilayah dan projek Ko-Nelayan dari seluruh Sabah turut memberikan kerjasama dengan menghantar rakaman video bagi tujuan ucapan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026, sekaligus mencerminkan semangat kekitaan dan perpaduan yang erat dalam kalangan warga Ko-Nelayan tanpa mengira lokasi perkhidmatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Ko-Nelayan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi penggambaran ini berlangsung.
#konelayan #konel #sabah
Kembali ke Aktiviti 2026