Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Beaufort

Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Beaufort

Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Beaufort
6 Mac 2026
Program
Sabah

Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Beaufort

Satu majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Pejabat UPPM DUN Lumadan melibatkan sumbangan sebanyak 150 pek beras daripada KO-NELAYAN untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Beaufort. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil KO-NELAYAN, Puan Nurazima Kamaruddin, selaku Pengurus Wilayah Pedalaman KO-NELAYAN. Penyerahan sumbangan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas akibat bencana tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil PPM Lumadan, Tuan Diuslin Augustine, yang menerima sumbangan berkenaan bagi tujuan pengagihan kepada penduduk yang terjejas.

Diharapkan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu serta memberi sedikit kelegaan kepada mangsa banjir di kawasan terlibat.

SABAH MAJU JAYA

#konelayan #sabahmajujaya

Kembali ke Aktiviti 2026