Salam Ramadan Al-Mubarak
🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙
Pihak Ko-Nelayan ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada warga kerja, ahli-ahli serta pelanggan yang dihormati. Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan kepada kita semua. Mudah-mudahan setiap amalan dan usaha yang dilaksanakan sepanjang bulan mulia ini diberkati dan dirahmati Allah SWT. Marilah kita bersama-sama menghayati Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadah, memupuk nilai kesabaran serta memperkukuh ukhuwah sesama kita. Ramadan Kareem.
Ikhlas daripada, Pengurusan Tertinggi dan kakitangan Ko-Nelayan
#konelayansabah
Kembali ke Aktiviti 2026