Kebun Dapur

Kebun Dapur

Kebun Dapur
15 Februari 2026
Program
Sabah

Inisiatif Kebun Dapur di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI)

Inisiatif Kebun Dapur di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bertujuan memperkukuh sekuriti makanan negeri dan memperkasa ekonomi isi rumah, khususnya di luar bandar. Program ini menggalakkan penanaman sayur dan herba, penternakan kecil serta perikanan air tawar berskala rumah, sekali gus mengurangkan kos sara hidup dan berpotensi menjana pendapatan tambahan. Sehingga kini, 16 Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (APCC) diwujudkan dan sembilan lagi bakal dilengkapkan. Inisiatif turut merangkumi Program Mentor-Mentee melibatkan 18 mentor belia, kemudahan pinjaman sehingga RM50,000 melalui agensi kewangan, serta galakan pendigitalan perniagaan bagi usahawan makanan tempatan.

#kebundapur #2026 #konelayan #korporasikemajuanperikanandannelayansabah #sabah #malaysia

Kembali ke Aktiviti 2026