Pertandingan Santai Mini Game KO-NELAYAN 2026
Pertandingan Santai Mini Game KO-NELAYAN 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 31 Oktober 2026 bertempat di Taman Mini Akuakultur (TMA), Kg. Laya-Laya, Tuaran. Penganjuran pertandingan ini adalah salah satu platform untuk mengumpulkan komuniti pemancing dan orang awam dalam suasana memancing santai dan mesra.
Program ini sekaligus ingin memperkenalkan Kolam Pancing Air Marin KO-NELAYAN sebagai salah satu tempat aktiviti rekreasi dan riadah yang lengkap dan memberi peluang kepada masyarakat umum dan komuniti pemancing khususnya untuk menjalani aktiviti memancing secara sihat, santai dan kompetitif.
Turut hadir memeriahkan pertandingan ini dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah YBhg. Datuk Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN diiringi Tuan Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN.
Dengan kapasiti penyertaan sebanyak 259 pacak, pertandingan ini menguji kemahiran, pengalaman dan strategi para pemancing dalam suasana pertandingan yang santai yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang dengan kaedah penentuan pemenang berdasarkan berat ikan yang berjaya dinaikkan. Peserta yang memperoleh berat ikan yang paling tinggi diberikan kedudukan utama.
Sorotan Pencapaian Pertandingan:
Johan : Tag 201 dengan berat ikan sebanyak 12.600kg, ditimbang pada jam 11.29 pagi.
Naib johan : Tag 119 dengan berat ikan sebanyak 12.100kg, ditimbang pada jam 10.03 pagi.
Tempat ke-tiga : Tag 140 dengan berat ikan sebanyak 11.000kg, ditmbang pada jam 10.24pagi.
Hadiah khas: Tiada peserta yang berjaya mendaratkan ikan keratang sepanjang tempoh pertandingan. Pemenang hadiah khas sebanyak RM200.00 ditawarkan kepada peserta yang berjaya mendaratkan Ikan Keratang seberat 40kg.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Jumpa anda di pertandingan memancing yang akan datang!!!
Cipta memori anda bersama KO-NELAYAN!
#konelayansabah
#ukkkonelayan
#penerajutransformasinelayan