KO-NELAYAN Johan Gerai Terbaik Kategori Sektor Kerajaan HPPNS 2026
๐ TAHNIAH KO-NELAYAN! JOHAN GERAI TERBAIK KATEGORI SEKTOR KERAJAAN HPPNS 2026 ๐
KO-NELAYAN merakamkan rasa syukur atas kejayaan merangkul Hadiah Gerai Terbaik bagi Kategori Sektor Kerajaan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) 2026 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 bertempat di Padang Pekan Tenom.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah kepada Pengurus Besar KO-NELAYAN, Yang Berbahagia Datuk Hj. Yusof Hj. Ag. Besar.
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha berterusan KO-NELAYAN dalam menampilkan peranan, perkhidmatan serta sumbangan organisasi kepada pembangunan sektor perikanan dan kesejahteraan komuniti nelayan di Sabah.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga kerja KO-NELAYAN yang telah berganding bahu, mencurahkan tenaga dan memberikan komitmen dalam menjayakan penyertaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik serta memperkukuh peranan KO-NELAYAN dalam memajukan industri perikanan negeri.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga KO-NELAYAN! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. ๐
#konelayan #penerajutransformasinelayan #ukkkonelayan #Onsoi