Amaran Penipuan/Scammer: Dokumen Kerajaan Palsu dan Penyalahgunaan Nama Pegawai Ko-Nelayan
AMARAN PENIPUAN/SCAMMER
Kepada semua pengusaha, pelanggan, pembekal, rakan niaga dan orang awam, masih ada cubaan penipuan oleh scammer menggunakan dokumen kerajaan PALSU dan nama pegawai Ko-Nelayan. Pihak Ko-Nelayan menafikan dokumen palsu dan scammer tersebut yang tidak berkaitan langsung dengan Ko-Nelayan dan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Hubungi pegawai Ko-Nelayan di saluran rasmi untuk pengesahan terlebih dahulu. Jangan terpedaya dan tertipu, terima kasih atas perhatian anda.
#konelayansabah #penerajutransformasinelayan #ukkkonelayan
