Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Nelayan Digital (e-SMART) Bil. 1/2026
Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) bersama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Nelayan Digital (e-SMART) yang dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Hj. Yusof bin Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar Ko-Nelayan dan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menilai pencapaian kerjasama sejak tahun 2023. Sehingga kini, seramai 448 orang nelayan dari 17 daerah di seluruh Sabah telah dibimbing untuk menggunakan aplikasi e-SMART, sebuah aplikasi terbitan teknologi angkasa hasil kerjasama MYSA dan Ko-Nelayan.
Inisiatif ini membuktikan komitmen Ko-Nelayan untuk memacu pendigitalan sektor perikanan Sabah. Teknologi angkasa kini dimanfaatkan secara terus oleh komuniti nelayan bagi meningkatkan kecekapan operasi, keselamatan di laut dan pendapatan mereka, selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dan agenda ekonomi biru negeri Sabah.
Mesyuarat turut membincangkan hala tuju e-SMART pada masa hadapan. Ini termasuk penerokaan teknologi angkasa baharu seperti GPS tracker bagi pemantauan dan keselamatan nelayan, serta pembangunan aplikasi mobile e-SMART berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Ahli mesyuarat turut diiringi melawat Fishermen Digital Control Centre (FDCC), iaitu pusat kecerdasan perikanan Sabah yang menghimpunkan data satelit, cuaca perairan dan maklumat lapangan, dan menukarkannya kepada maklumat bernilai untuk komuniti nelayan.
Mesyuarat berlangsung pada 15 Oktober 2026 bertempat di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.
Daripada Satelit di Angkasa, kepada Komuniti Nelayan di Sabah
#konelayansabah #penerajutransformasinelayan #ukkkonelayan