Mesyuarat Khas Kerjasama Strategik Pelaburan Pembangunan Penternakan Udang Putih
5 Oktober 2026 | Pejabat ADUN N.3 Pitas, Tingkat 8, Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu.
Satu Mesyuarat Khas Kerjasama Strategik Pelaburan Pembangunan Penternakan Udang Putih antara KO-NELAYAN dan pihak Pejabat ADUN N.3 Pitas telah diadakan pada 5 Oktober 2026 bertempat di Pejabat ADUN N.3 Pitas, Tingkat 8, Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Asdi @ Mohd Faizal bin Hussin, Pegawai Daerah Pitas dan turut dihadiri oleh YB Dato' Seri (Dr.) Ruddy Awah, Pembantu Menteri Kerjaraya & Utiliti Sabah merangkap ADUN N.3 Pitas dan Tuan Ali Khazrai Pandin Ali Udin, Penolong Pegawai Daerah Kanan Pitas.
Dalam mesyuarat ini, wakil daripada KO-NELAYAN iaitu Tuan Razman Durhan (Ketua Unit Pelaburan dan Inspektorat Projek) telah membentangkan kertas konsep bagi tujuan pembangunan industri penternakan udang putih di daerah Pitas. Bersama beliau ialah Tuan Guntur Putra Malindo Wasianto, Ketua Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC).
Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah:
• Puan Rasidah Asdari, Penolong Pemungut Hasil Tanah Pitas
• Tuan Nyuk Chee Yuen @ Melbourne, Juru Ukur Daerah Kudat
• Tuan Raflen Abd Hamid, Penguasa KO-NELAYAN Pitas
• Tuan Larry Jack Ernest, Pegawai Pertanian Pitas
• Tuan Jison Jiminal, Pengurus Besar Peladang Pitas
• Encik Shuardie Masrin, KO-NELAYAN Pitas
• Serta kakitangan Pejabat Daerah Pitas.
Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi membincangkan kerjasama strategik, potensi pelaburan serta pembangunan industri penternakan udang putih di daerah Pitas, khususnya dalam usaha memperkukuh sektor akuakultur dan meningkatkan potensi ekonomi setempat.
Pihak KO-NELAYAN Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB ADUN N.3 Pitas, Pejabat Daerah Pitas serta semua pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan perbincangan strategik ini.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayansabah #pitassabah #udangputih #sabah #akuakulturuntukmasadepan