Program Pengukuhan Integriti (Fit Integriti): Kibar Bendera Ko-Nelayan di Puncak Gunung Kinabalu

15 kakitangan Ko-Nelayan menawan puncak Gunung Kinabalu, mengibarkan bendera MAFFI dan Ko-Nelayan

Program Pengukuhan Integriti (Fit Integriti): Kibar Bendera Ko-Nelayan di Puncak Gunung Kinabalu
12 - 13 September 2025
Program
Gunung Kinabalu, Sabah

Program Pengukuhan Integriti (Fit Integriti): Kibar Bendera Ko-Nelayan di Puncak Gunung Kinabalu

Seramai 15 orang kakitangan Ko-Nelayan telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu menerusi Program Pengukuhan Integriti (Fit Integriti) yang berlangsung pada 12 hingga 13 September 2025. Kejayaan ini turut diabadikan dengan pengibaran bendera Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) dan bendera Ko-Nelayan di puncak gunung tertinggi di Malaysia.

Objektif program ini adalah untuk:

  • Menyemai nilai integriti merangkumi kejujuran, disiplin dan tanggungjawab.
  • Meningkatkan daya tahan fizikal dan mental warga kerja.
  • Memperkuatkan kemahiran kerja berpasukan dan kepimpinan.
  • Menyemarakkan semangat patriotik serta mengukuhkan identiti jabatan.

Selain itu, kakitangan Ko-Nelayan turut membawa Produk Hiliran Ko-Nelayan ke puncak Gunung Kinabalu sebagai simbol kebanggaan terhadap hasil keluaran Ko-Nelayan serta sekaligus mempromosikan produk-produk Ko-Nelayan kepada masyarakat umum.

#mountkinabalu #gunungkinabalu #sabah #konelayan

Kembali ke Arkib Aktiviti