Majlis Penyerahan Skim Pembiayaan & Menandatangani Surat Setuju Terima Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Ko-Nelayan Wilayah Pantai Barat

34 penerima skim pembiayaan dan 4 penerima SDSI di Dewan Kanai, Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan, Tuaran

Majlis Penyerahan Skim Pembiayaan & Menandatangani Surat Setuju Terima Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Ko-Nelayan Wilayah Pantai Barat
3 September 2025
Majlis
Dewan Kanai, Taman Mini Akuakultur (TMA) Ko-Nelayan, Tuaran

Majlis Penyerahan Skim Pembiayaan & Menandatangani Surat Setuju Terima Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Ko-Nelayan Wilayah Pantai Barat

Majlis Penyerahan ini telah berlangsung pada 03 September 2025 bertempat di Dewan Kanai Taman Mini Akuakultur (TMA) KO-NELAYAN, Tuaran yang disampaikan oleh YB Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri (II) Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah diiringi dengan YBhg. Datuk Haji Muhammad bin Haji Tasan, Timbalan Pengerusi KO-NELAYAN.

Seramai 34 orang penerima skim pembiayaan yang terdiri daripada Skim i-NELAYAN, i-HILIRAN, i-AKUAKULTUR dan i-USAHAWAN manakala seramai 4 orang penerima Surat Setuju Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). 3 orang peserta skim kredit KO-NELAYAN turut menerima bantuan bencana daripada KO-NELAYAN.

Sesi penyampaian ini turut dihadiri oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN dan Tuan Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN, Puan Dahara Paro, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Nelayan, Tn. Burhan Hj. Japar, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Industri Perikanan), Puan Dayang Adrina Fatiah Hj. Nohin, Ketua Unit Pengurusan Kredit dan Tn. Arieavistara Ryee Kuinon, Pengurus Wilayah Ko-Nelayan Pantai Barat.

Kembali ke Arkib Aktiviti