Kunjungan Hormat Ko-Nelayan Kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM)
Satu kunjungan hormat telah dibuat kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi tujuan perbincangan pembangunan modal insan melalui latihan TVET perikanan dan akuakultur di Sabah.
Berdasarkan perbincangan sebentar tadi, pihak JPSM selaku Sekretariat Majlis TVET Sabah berbesar hati untuk mengesyorkan Ko-Nelayan melalui Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC) memohon untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Teknikal di dalam Majlis TVET Sabah.
Pihak JPSM juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan KATC untuk memberikan latihan dan kursus dalam bidang akuakultur, perikanan dan hiliran perikanan di Sabah.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh En. Salleh Hj. Obong (Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan) dan turut hadir bersama adalah En. Pelef Meneh (Penolong Pengurus Besar Bahagian (PPS)), En. Guntur Putera Malindo (Ketua KATC), En. Razman Durhan (Ketua Unit Pelaburan) dan Puan Ahzlinda Akian (Pengurus Unit Akademik KATC).
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayansabah