Pengambilan Baru Perantis ADi Tahap 2, Jun 2025

Program Latihan Kemahiran Akademi Dalam Industri (ADi) — Operasi Akuakultur Marin Tahap 2

Pengambilan Baru Perantis ADi Tahap 2, Jun 2025
6 Jun 2025
Kursus
Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC), Kg. Laya-Laya, Tuaran

Pengambilan Baru Perantis ADi Tahap 2, Jun 2025

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam 1 Kemahiran.

Pengambilan Baru — Program Latihan Kemahiran Akademi Dalam Industri (ADi) yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Operasi Akuakultur Marin – Tahap 2 kini dibuka bagi pengambilan Jun Tahun 2025.

Sijil Kursus Latihan (PC) Yang Ditawarkan:

  1. Penjagaan Kualiti Air Ternakan Akuakultur Marin
  2. Pengendalian Pemakanan Ternakan Akuakultur Marin
  3. Penjagaan Kesihatan Ternakan Akuakultur Marin

Tempoh Latihan: 3 bulan sahaja.

Sesi Temuduga: 11 Jun 2025, jam 8.00 pagi – 12.00 tengahari, di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan, Tuaran. Kod pakaian: Formal. Sila bawa bersama resume dan sijil akademik yang berkaitan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pengurus Unit Akademik / Pegawai Penyelaras ADi, Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan Tuaran.

(Pautan pendaftaran sesi temuduga bagi pengambilan ini sudah tidak aktif.)

#pusatlatihanakuakulturmarin
#katc
#konelayan

Kembali ke Arkib Aktiviti