Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2025.
Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, hari ini bertempat di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang, Sabah.
Bagi yang terlepas peluang untuk mendapatkan produk-produk usahawan dan Hiliran Ko-Nelayan, jangan risau, esok merupakan hari terakhir Ko-Nelayan berada di KDCA! Temui Ko-Nelayan di booth Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).
Jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan dan merasai suasana budaya sambutan Pesta Kaamatan yang hanya diraikan setahun sekali di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Pesta Kaamatan bukan sahaja menjadi salah satu platform untuk menghimpunkan seluruh kaum etnik yang terdapat di Negeri Sabah, tetapi melalui sambutan Pesta Kaamatan, negara kita Malaysia semakin dikenali oleh negara luar kerana Pesta Kaamatan juga diraikan oleh seluruh rakyat Sabah yang berada di luar negara.
“Kaamatan Untuk Semua” — “Kaamatan For All” — “Kaamatan Montok Toinsanan”
Sabah Maju Jaya, Malaysia Madani
#konelayan
#KDCA
#kaamatan
#Kaamatan2025