Majlis Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran
Berita baik untuk warga Tuaran! Ko-Nelayan akan berada di Dewan Masyarakat Kiulu sempena Majlis Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran yang berlangsung bermula 4 sehingga 6 Mei 2025.
Penyertaan ini merupakan salah satu inisiatif Ko-Nelayan dalam mempromosikan produk keluaran usahawan bimbingan dan Hiliran Ko-Nelayan. Selain itu, pameran ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan Program Peningkatan Pendapatan yang disediakan oleh Ko-Nelayan khususnya kepada para nelayan, pengusaha Hiliran dan juga Akuakultur.
Penyertaan ini turut menyokong usaha memeriahkan sambutan perayaan kebudayaan masyarakat setempat di Negeri Sabah.
#tuaran
#pestakaamatan2025
#kaamatan
#konelayan
#SabahMajuJaya