Audit Pematuhan Pensijilan Sijil myGAP Bagi PIHS
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Malaysia Madani.
Selamat menjalani Audit Pematuhan Pensijilan Sijil myGAP kepada Pusat Ikan Hiasan Ko-Nelayan Sabah (PIHS) pada hari ini, 9 April 2025.
Ko-Nelayan juga mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Perikanan Malaysia iaitu Puan Nor Fatmahwati binti Yakup dan Dr. Noor Affizah binti Bujang Saili, Pegawai-Pegawai Perikanan Gred G10, Bahagian Biosekuriti Perikanan, Cawangan Standard dan Perkhidmatan Makmal, Jabatan Perikanan Malaysia, yang juga merupakan juruaudit pada hari ini.
Semoga dipermudahkan dan berjaya mendapat pensijilan sijil myGAP kepada PIHS.
Daripada: Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan Ko-Nelayan
Kembali ke Arkib Aktiviti